Friday, January 21, 2011

Kisah Demok di hari Thaipusam

Ketika mata DC celik pagi semalam, terpandang suatu kelainan di luar sliding door bilik tidur.  Nampak meriah sgt! DC bingkas bangun. Oh tidak, kucing2 DC dalam cat house dah terlepas!.. Ada yang melenting-lenting ke sana ke mari, berkejar-kejaran, main nyorok2, memanjat pagar dan ada juga yang makan rumput.

DC terus berlari keluar rumah dan nampak banyak benda yang tunggang langgang. Tak mampu DC nak marah malah hanya dapat tersenyum di samping rasa gelisah sebab takut ada yang terlepas jauh.  Untuk lebih gamat, DC lepaskan juga anak-anak Cik Tom yang dah berusia 10 minggu tu.  Boleh bayangkan kegamatan 20 ekor tak? haha! Nak berjalan pun kena hati2 sebab takut terpijak ekor kucing atau anak2 kucing tu.. DC tak sanggup nak lepaskan lagi 9 ekor ooo.. *psst! tak mampu DC nak rakamkan keadaan sebenar ketika tu*

Ketika memeriksa sebab musabab mengapa mereka terlepas, DC perasan Demok, kucing tortoiseshell, bulu separuh panjang (DSLH) tidak berada di sekitar kawasan.  DC sedapkan hati mungkin dia berada tak jauh dari situ.  Rupanya pintu cat house DC dah reput dek terkena air pagi dan petang setiap hari ketika membersihkan cat house tu. 

Jam dah menunjukkan jam 11 pagi, suami sibuk membetolkan pintu cat house tapi bayang Demok tidak kelihatan langsung. Hati mula memikirkan yang bukan2.. :(  


Oleh kerana mmg dah ada plan hari Thaipusam tu, DC gagahkan juga keluar rumah walaupun hati dah tak keruan. (Sebelum tu DC dah hambat kucing2 masuk cat house dan cages)  Suami kata - "dia tak ke mana tu, ada tu, nanti balik la dia".. DC masih bimbang.  Ketika melayan anak dan suami di Hutan Lipur Kanching, hati masih teringat pada Demok. Sekembalinya dari sana pada pukul 3 petang, suami terus keluar rumah mencari Demok tanpa berkata apa2 pada DC. Dia dah paham, ketara riak wajah DC mcm orang putus cinta, makan minum tak lalu.

Suami kembali dengan menggelengkan kepala. Tau dah jawapannya. Tak jumpa..  Sambil melayan facebook dan bbm melayani perasaan gelisah kehilangan Demok, DC teringat pesanan orang tua - jika hilang sesuatu baca la ayat kursi sambil fokus pada benda atau barang yang hilang tu.  DC segera lapangkan dada dan membaca sambil menutup mata.  DC memandang keluar rumah.. kosong.. DC baca lagi buat kali ke dua.. Hati rasa tenang.. Buat kali ke-tiga DC baca lagi sambil bangun melihat luar rumah..  Oh tidak!.. DC gosok mata.. Demooookkkk!!!

Gambar yang dah di 'zoom-in' 5x.. DC snap gambar dari dalam rumah.

Ketika DC menerpa mendapatkannya, Demok terus ghaib.. Puas DC carik tapi tak jumpa. DC syak dia ada di sekitar tetapi menyorok.  Alkisah, Demok mmg tak friendly sebab DC jarang bermain dengannya. Memang sebelum ni setiap kali DC angkat tangan nak belai, dia akan segera merendahkan badan sambil muka mengiring, seolah-olah nak gigit tangan DC. So far, dia tak mencederakan DC.  

Hati DC berbunga ceria dan berdoa sebelum dia dapat ditangkap, dia tidak ditangkap oleh orang lain. Beberapa kali dia mengacah DC, berlegar-legar di luar pagar.  Setiap kali DC keluar rumah mendekatinya dia  terjun ke dalam parit besar di situ dan hilang. Akhirnya DC mengumpan Demok dengan kibbles. Nampak dia masuk dan makan, tapi lepas tu ghaib lagi.  

Tempat persembunyian Demok.. *rasanyalah*

Hari hampir senja, sudah tiba masanya DC membersihkan kandang dan rumah kucing.  Ketika itulah DC nampak Demok dah masuk kawasan pagar, sedang cuba 'melepaskan hajat' di kawasan pasir yg mmg DC sediakan untuk kucing2 yang tidak di kurung.  Ketika itu juga, seorang security guard sedang meronda. DC panggil dan minta beliau bantu menangkap Demok sementara DC mengawal di pintu pagar.  Dengan mudah Demok dapat di cekup lehernya walaupun dalam keadaan dia meronta.

Sabar je perangai kau Demok!.. Bikin mama resah gelisah satu hari suntuk!!
DC melompat keriangan! *macam budak2!* ... DC terus gomol Demok sambil sekeh2 kepala dia.. hehe *gerammmm!!* masa tu la Demok cuba menggigit DC tapi sempat DC larikan tangan DC yg masih berterusan menyekeh kepalanya ahakss! Syukur sangat!. sesungguhnya Tuhan itu Maha Mendengar dan kita hendaklah banyak2 bersabar dengan ujian dan ketentuanNya..

Demok dikerumuni oleh geng-gengnya sebaik sahaja dimasukkan ke dalam cat house

Demok - gambar snap pagi ni *sempat sekeh lagi*


7 comments:

  1. hehe...my hubby pun suka sekeh kucen yg nakal...

    ReplyDelete
  2. hehe nakal yer demok..nk gi batu cave ker pecah kelape kih3..
    kucing kte pon kalau dah terlepas mmg ssh nk pujuk die masok balik..
    terpakselah jadik pak guard tgk die sampai abes maen..pas 2 pandai pulak masok rumah sndri huhu

    ReplyDelete
  3. demok ni nak kena babap ni..
    buat mami awak risau saja ni...

    ReplyDelete
  4. mengkade2 Demok yekk..!!! padan muka kne sekeh..meh sini kalo nak tambah aunty lya sekehkan.... muakakak

    kak geeeeeeee,
    bunga-low dorg dah slmt diduduki mlm td..cam bawak tp cabel plak tinggei... dah semangat giler dah nak hedit...

    nnt dah masuk PCwPL, lya bgtau ekk... tih tih tih..

    ReplyDelete
  5. demok demok...nakal yer! kesian kat mama kamu hehe..

    ReplyDelete
  6. DEMOK cumil!!! hihi...meh main sorok2 dgn N..hihi

    ReplyDelete
  7. salam DC!

    Demok ikut orang berarak ke Batu Caves kot?

    gambar geng2 Demok kerumun dia tu sure busy body nak tahu pengalaman berjaya sneak out la tuh... :)

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC