Thursday, January 27, 2011

Rawatan Hidroterapi Untuk Kucing

Agak memeranjatkan orang ramai apabila doktor menyarankan rawatan ini dilakukan ke atas seekor kucing bernama Nazzaning pada bulan Julai 2010.

Nazzaning merupakan seekor kucing betina baka Turkish Van berusia 6 tahun. Pemiliknya, Florence Rostami pada awalnya menyangka Nazzaning hanya mengalami kecederaan di tapak tangan. Namun selepas lawatan ke vet, dan menjalani rawatan MRI, Nazzaning didapati separuh lumpuh kerana kecederaan saraf tunjangnya. Ketika ini lah, seorang pakar neuro bernama Boaz Levitin yang bertugas di NYC Veterinary Specialists mencadangkan Nazzaning mendapatkan rawatan terapi fizikal dalam air.






Hidroterapi merupakan sejenis rawatan menggunakan air kerana sifat air seperti suhu dan tekanan boleh merangsang sirkulasi darah, membuang racun dalam merawat penyakit tertentu.  Rawatan jenis ini hanya digunakan oleh manusia dan juga anjing. Tidak dinyatakan mengapa rawatan hidroterapi dicadangkan digunakan ke atas Nazzaning. Terdapat andaian mengatakan, rawatan ini merupakan kaedah terakhir untuk menyelamatkan nyawa Nazzaning dan tidak kurang pula yang berpendapat, ianya dilakukan kerana Nazzaning merupakan kucing baka Turkish Van yang tidak takut pada air dan juga terkenal kerana pandai berenang.

Nazzaning

Nazanning di bawa ke Water 4 Dogs, sebuah pusat pemulihan untuk haiwan di bandar New York. Hidroterapi ke atas haiwan peliharaan bukanlah rawatan yang murah.  Rostami sanggup melakukan apa sahaja demi memulihkan kesihatan kucing kesayangannya. Beliau membelanjakan sejumlah US160 setiap sesi  dimana Nazzaning harus menjalani 3 sesi rawatan setiap minggu dan setiap tempoh sesi ialah 30 minit.

laman web Water 4 Dogs


Pengurus Water 4 Dogs, Jean Marie Cooper memberitahu, antara rawatan Nazzaning ialah berjalan di atas mesin pejalan kaki (treadmill) yang di tenggelami air sedalam 4-5 inci bagi membantu kekuatan dan kedudukan kakinya. Pada awalnya Nazzaning amat risau dengan apa yg berlaku disekelilingnya dan kerap mengiau dengan kuat tetapi selepas beberapa sesi, Nazzaning berada dalam keadaan lebih baik dan rileks.



Nazzaning juga menjalani rawatan mengurut dan stretching di rumahnya.  Rostami merasa amat gembira dan berpuas hati kerana Nazzaning kini boleh mengimbangkan badan dengan baik dan telah boleh berjalan dengan sendiri.


Nazzaning merupakan kucing pertama yang menjalani rawatan ini dan berjaya melaluinya.Dengan kejayaan Nazzaning, Jean Marie Cooper berharap lebih ramai haiwan peliharaan seperti ferret, arnab haiwan reptilia malah kuda boleh menjalani rawatan yang serupa.


Sumber :

4 comments:

  1. wah...syoknya ada kucing yg tak takut air...senang nk mandikan..cumil lgi tu!!! ngee~

    ReplyDelete
  2. comelnya Nazzaning tu kan...

    hepi bila baca kisah kucing yg berjaya mcm ni sekurang-kurangnya dpt hilangkan kesedihan terbaca tentang poodle puppy yg mati didera tuh :(

    ReplyDelete
  3. Lady Anne - mmg baka Turkish Van suka berenang :)

    MM - DC kdg2 bukan tak nak cerita psl kucing2 yg malang tp takut hati DC sedih dan terkenang2 dgn kucing atau anjing yg tak bernasib baik di dunia ni. DC mmg lemah menangani cerita atau berita mcm tu.. DC berdoa semoga Allah membalas perbuatan mrk yg kejam tu, tak di dunia .. di akhirat nanti!!

    ReplyDelete
  4. kat luar negara memang dah banyak orang buat..tapi kat malaysia tak tau la pulak...ade video pasal nie kat youtube..comel je kucing2 nie.. =)

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC