Friday, July 29, 2011

Snow, officially adopted!


Selepas sedikit kekecohan semalam.. akhirnya Snow a.k.a Ceno ni dah diangkat (adopted) oleh pemilik 2 ekor kucing bernama 'Liza' pada 5.30 petang 28/7/2011.. Alhamdulillah.. Snow kini dimasukkan ke wad klinik haiwan kerana demam dan bengkak kerongkong..



Buat pertama kali, DC bawa kucing ke pejabat satu hari suntuk. Sebabnya calon adopter pertama yang amat berminat tidak respon sejak malam semalam.  Terdetik di hati DC tentu dia ada kecemasan hingga tidak berpeluang menjawap call atau SMS. Ketika inilah DC memutuskan mendapatkan respon calon seterusnya.

Beberapa calon baru mula menerjah masuk dan akhirnya jumpa juga dengan tuannya. Beliau berjanji menjaga sebaik mungkin (siap bersumpah tu yang tak tahan!)..

Setelah buat keputusan dengan Liza, calon pertama menjawap SMS dan disusuli dengan email memohon maaf kerana ayahnya masuk hospital sehingga beliau tertinggal handphone dalam kereta. Simpati DC pd dia tetapi keputusan dah dibuat dan mungkin di lain kali dan masa kita dapat berurusan lagi :)

Terima kasih pada semua yang berminat dan membantu dalam hal ini dari segi sokongan moral, doa, emails, facebook dan blogs. Semoga Allah jua yg dapat membalasnya.. Amin..



4 comments:

  1. Kesiannya dengar dia sakit pulak! Kita suka dengar mak baru dia siap bersumpah tu. Kalau dia jaga tak elok....jagalah....sumpahan kucing ni dahsyat tau! har har har *evil laughs*

    ReplyDelete
  2. alahai ciannya Ceno..

    smoga Ceno cpt sembuh

    ReplyDelete
  3. Buat kedai jual Kucing kerdi rumah?


    Dah follow sini..

    ReplyDelete
  4. WuMing - DC tak jual atau membeli kucing. DC lebih berperanan sebagai rescuer shj.. Tapi tidak la aktif sgt, cuma ikut kemampuan..

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC