Thursday, September 8, 2011

Lahirnya Dearcats Pet House


Setelah mendapat permintaan yang memberangsangkan untuk jualan Woody Pet Wood Litter, DC sedikit demi sedikit menjual produk2 lain juga. Kini DC mengorak langkah membina blog perniagaan - DearCats Pet House untuk memudahkan rakan2 memilih keperluan haiwan kesayangan masing2 dengan harga berpatutan.  

Tujuan utama mengapa DC begitu bersungguh-sungguh menceburi perniagaan ini  ialah untuk memberi kehidupan yang lebih baik pada kucing2 di rumah yang berjumlah lebih dari 30 ekor,  bukan sahaja dari segi pemakanan dan kos kembiri, malah yang lebih penting ialah menjaga kesihatan mereka (kos vaksin dan ubat-ubatan). Walaupun DC cuba menghadkan memelihara mereka dalam jumlah yang kecil, tetapi hati ini tidak akan tenteram jika terserempak atau melihat kucing2 di luar sana yang memerlukan perhatian. Oleh kerana itulah, kucing2 DC tidak pernah berkurangan jumlahnya.. Dan atas sebab2 itu DC perlukan dana bagi memastikan mereka dapat hidup lebih selesa.

Kepada mereka yang membantu, hanya Allah jua yang dapat membalas jasa kalian terhadap haiwan yang lemah ini..

Setakat ini blog DearCats Pet House belum siap sepenuhnya dan tidak menyediakan shopping cart atau perkhidmatan Buy It Now.  Tetapi boleh dilayari.. Kepada mereka yang berminat hanya perlu isi Borang Order yang juga merupakan borang pertanyaan, melalui SMS ke 0111-9732294 atau email ke dearcats676@gmail.com.






InsyaAllah, stok dan produk yang dijual akan DC tambah sedikit demi sedikit dalam mempelbagaikan produk yang ada.





7 comments:

  1. hik hik.. u jumpe jessie nov2011? hehe.. bln sebelas lmbt lgi.. hehe..

    ReplyDelete
  2. kenapa dc tak balas mesej saya huhuhu...saya nak tau bila dc turun sungai petani sebab nak beli wood

    ReplyDelete
  3. oopsss! family of fur .. thanks menegur.. sikalang jugak DC tukar!

    Noor Hafirdaus - maaf sesangat sbb tak reply. DC baru je login blog ni.. lagipun kalau ikut tarikh yg adik nak beli wood litter tu, akak dah cuti masa tu.. rasanya tak la turun ke sg petani lagi.. Kak Dc turun time nak blk kpg je ..

    ReplyDelete
  4. tahniah2..semoga biz akak berkembang maju.amin..

    ReplyDelete
  5. tahniah kak!

    smoga semakin sukses yer ;)

    ReplyDelete
  6. tahniah DC... semoga makin2 murah rezeki anak2 berkat usaha mummynya. amin...

    ReplyDelete
  7. SUKSESSS...!!!!!

    SUKSESSS...!!!!!

    SUKSESSS...!!!!!

    SUKSESSS...!!!!!


    *sambil hentak kaki..eh salah..hentak siku...*

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC