DC kerapkali ditanya soalan di atas dan ada yang mahukan jaminan dari DC sebagai penjual wood litter breeders pack yang najis kucingnya tidak akan berbau selepas menggunakannya. Di sini ingin DC tegaskan, bahawa semua syarikat yang mengeluarkan pasir kucing mendakwa pasir kucing merekalah yang terbaik. Dan ketahuilah bahawa tiada satu pun pasir kucing yang boleh menutup bau najis kucing 100%! Semua pasir kucing dicipta untuk kemudahan si Comel melepaskan hajat dan hampir ke semuanya berfungsi mengurangkan bau najis kucing. Berikut ialah informasi dan makluman yang didapati dari beberapa sumber. Entri ini sekadar hebahan dan tidak bertujuan memburukkan sebarang jenama di pasaran.
Kenapa pilih pasir kucing jenis kayu/papan (Wood litter)?Pasir kucing jenis kayu/papan atau wood litter |
- Pasir kucing yg berasaskan tanah liat yg berkeupayaan menggumpal dan mengeras (clumping litters) bila ditelan (apabila kucing menjilat tapak kaki untuk membersihkannya) akan membentuk halangan dalam saluran usus dan pundi kencing kucing. Lapisan clay akan mengembang dan mengeras dalam usus, menghalang pengaliran cecair dan penyerapan nutrisi (intestinal blockages). Lapisan ini juga menyumbang kepada dehidrasi. (Rujuk artikel Clumping Clay Kitty Litters: A Deadly Convenience?)
Pasir kucing jenis clumping (mengeras, menggumpal) |
Berikut ialah rintihan pemilik kucing yang menggunakan clumping clay - "Sadly, the two females died. Both were passing clay stools right up until the time of their deaths; one kitten was still passing clay almost two weeks after I switched litters. The two males survived, though it took months for them to fully recover. Only after switching to a completely organic, homemade diet was I able to clear up the last traces of their ordeal. And still I grieve for the kittens who died so needlessly."
“There has been a rise in depressed immune systems, respiratory distress, irritable bowel syndrome, and vomiting (other than hair balls) among cats that I have seen in the past two years. All had one thing in common...a clumping product in their litter box. In several cases, simply removing the litter improved the condition of the cat.” (“Great Clumping Cat Litter—Is That Why Kitty is So Sick?” Healthy Pets—Naturally, April 1994.)
- Dari sudut Alam Sekitar, clay litter diperbuat dari proses perlombongan yg terdedah (strip-mining) dengan merosakkan permukaan bumi - menggondolkan beribu2 hektar tanah semata-mata untuk mendapatkan lapisan nipis yg dipanggil clay. Ini memberikan impak negatif kepada alam sekitar. Jika kita prihatin dgn persekitaran hidup kita, menggunakan pasir kucing jenis wood litter merupakan langkah terbaik.
Strip-Mining |
- Clay tidak menyerap bau sebaik pasir kucing jenis wood litter. Walaupun ia mampu menyerap kelembapan, jika tidak dibersihkan dengan kerap, air kencing mudah bertakung di bwh litter box. Bakteria dalam air kencing akan berganda dan menukarkan asid uric kepada bau ammonia yg kuat dan busuk.
- Pasir kucing selain dari jenis wood litter berat dan membersihkan litter box amat menyukarkan kerana ia boleh melekat dan melekit. Wood litter pula boleh bertukar menjadi ringan dan terapung (fluffy) selepas bersentuhan pada kelembapan seperti air kencing kucing. Tidak berair!
- Pasir kucing yang telah digunakan tidak boleh diguna semula mahupun biodegrade. (Apa itu biodegrade ye? ianya bermaksud keupayaan mereput dengan mudah tanpa merosakkan alam sekitar). Dengan wood litter yang telah dipakai, kita boleh guna semula (selepas proses pengeringan) pada pokok2 bunga dan tumbuhan lain. Wood litter, boleh mereput! (decomposed) dan merupakan produk biodegrade.
Di negara2 barat, mereka kitar semula wood litter dengan menambak tanah2 lembap. Gambar menunjukkan wood litter dari sebuah cattery yang telah mereput |
- Kebanyakan pasir kucing berasaskan tanah liat atau clay mempunyai habuk silica. Ia merbahaya bukan sahaja pada kucing tetapi juga pada manusia kerana partikel habuk dari pasir ini boleh menyelaputi jantung yang menyebabkan masalah pernafasan (respiratory). Pendedahan yg berpanjangan terhadap silica mengakibatkan silicosis, iaitu sejenis penyakit bukan kanser tetapi kadang kala menyumbang kepada penyakit jantung. Kerajaan California menyenaraikan silica sebagai carcinogen yg berkaitan dengan sakit bronkitis dan TB. - Rujuk artikel - Breathing Silica
Pasir kucing jenis kristal |
- Pasir kucing jenis kristal (crystal) pula mahal harganya. Kencing kucing mudah bertakung pd dasar litterbox. Apabila kucing masuk balik ke dalam litterbox, ada kala kucing terpijak air yg bertakung itu dan kemudiannya membasahkan lantai kita dgnnya pula. Bila kucing membersihkan tapak kakinya, sedikit sebanyak akan menjilat crystal tu. Bahan crystal itu merupakan silica based yg kita guna sebagai absorbent atau penyerap bau. Bahayanya? Rujuk lah point di atas. Fikirkan la sendiri..Bentuk crystal tu pula agak tajam permukaannya dan mungkin menyakitkan tapak kaki kucing. Malah kita pula kadang kala terpijak dgn crystal tu bila kucing merenjisnya ke lantai.
Menjilat atau membersihkan kaki selepas menggunakan litter box. Bayangkan jenis pasir dan bahaya akibat menggunakannya.. |
- Wood litter murah berbanding dengan pasir kucing lain. NASIHAT: Walaupun terdapat label "flushable" pada packaging kebanyakkan wood litter, kita sebagai pemilik kucing dinasihatkan tidak membuang najis kucing atau flush wood litter yang telah digunakan ke dalam mangkuk tandas kerana penyebaran sejenis parasit halus bernama toxoplasmosis gondii dari najis kucing berpotensi memudaratkan haiwan di laut seperti memerang laut. Rujuk artikel - Parasites in Cats Killing Sea Otters.
Bagaimana pula kepada mereka yang melatih kucing membuang najis di mangkuk tandas (toilet-train) ye?
Memerang laut (sea otters) |
Sebenarnya dalam mencari apa yg terbaik untuk haiwan kesayangan kita, sentiasalah pastikan ianya bebas dari sebarang pewarna, ejen pengering dan deodorizer yg merbahaya. Yg penting hendaklah berasaskan alam semula jadi seperti jenis wood litter.
Cara menggunakan Wood Litter
Curah 3/4 atau 1 inci wood litter ini ke dalam kotak najis kucing (Litter Tray). Wood Litter akan mengembang (fluff) sehingga 3-4 kali dari bentuk asal apabila terkena pada kelembapan. Bentuk akan bertukar kepada bentuk seperti serbuk kayu atau seperti hampas kelapa :)
Lebih elok jika kita gunakan double layer litter box, di mana air kencing akan mengalir ke lapisan bawah dan wood litter yang telah menjadi hampas (akibat terkena air kencing kucing) tinggal di atas lapisan atas (filter yang berbentuk jaringan). Hampas tadi jika dibiarkan lama akan mengering sendiri dan boleh digunapakai sekali lagi :)
Double Layer Litter Box |
Sebaik2nya gunakan lah scoop litter atau penyodok pasir yang berlubang besar. Ia dapat menjimatkan sebab memudahkan kita mengasingkan ketulan najis dengan butir2 pasir yang masih boleh digunakan.
DC guna jenama CatIt seperti ini |
Bagaimana nak perkenalkan Wood Litter Pada Kucing?
Ada antara pembeli yg mengadu, kucing mereka enggan menggunakan wood litter. Sebenarnya dalam setiap pertukaran pasir atau makanan kucing, mahupun menukar litterbox, sangkar atau berpindah rumah, kita perlu melatih mereka kerana ianya di luar kebiasaannnya. Jangan sesekali kita perkenalkan atau memberinya secara DRASTIK.
Umpama menukar makanan dari jenama lama ke jenama yg baru, hendaklah kita campurkan makanan yg lama dgn yg baru sedikit demi sedikit dengan mengurangkan makanan jenama lama. Selalunya kucing akan suka dengan jenama makanan yg baru walaupun kita tukar secara mendadak. Tetapi cuba perhatikan selepas itu. Kebanyakkan kucing akan mengalami cirit birit atau diarrhea.
Begitu juga apabila kita cuba perkenalkan pasir kucing. Jika kita perkenalkan dengan wood litter, hendaklah kita campurkan dengan dengan jenis pasir kucing yg lama. Lebih baik campurkan sedikit pasir lama yg telah digunakan ke dalam campuran baru supaya kucing kita cam bau yg sama. Setiap hari lebihkan wood litter dan kurangkan jenis pasir yg lama hinggalah tiada langsung penggunaan pasir lama.
Mudah kan?
Tambahan bacaan:
Sekadar santapan ilmu, ketika buat research DC terserempak dgn artikel ini - Wood-based litter protects against Marek´s Disease virus..
Berminat? Dapatkan wood litter di Catlicious-Littleshop.blogspot.com
musyanggggggggggggggggggggg!!!
ReplyDeletehehehe...
info yg sgt bagus...sabasss betehh!!!
kak, yg utk kitar semula bubuh kat pokok bunga tu maksudnya kita asingkan poo dorg dulu la kan..??
ker letak sekali ngan "kekacang" tu ??? cam x kena plak kan... hahahah
kalo cam tu, bleh jer asingkan & bubuh kat pokok2 bunga woody yg dah guna tu... bleh laa suburkan segala munge2.. hehehe
hye..dc..baru je jumpe dc ari tu bile wood litter,kucing niss kalo da 5ari tak tukar die xnak pakai da wood litter tu..;)
ReplyDeletesalam...Double Layer Litter Box brp RM ye?tkde jual kt cni he?
ReplyDeletekalau 1st time nak ajar macamna??? selama ni kucing sy x prnah membuang dln litter box....
ReplyDeleteSalam kenalan. Kalau litter wood jenis ini bagus tak?oko plus 1pack RM36.90 hingga RM46.90
ReplyDelete