Friday, November 4, 2011

5 ekor ahli baru

Bertemu kita kembali pada hari ni. Jom kita sambung kisah semalam. Agak terpempan tengok ada berbelas komen psl entry semalam.  Ingatkan dah tak ada yg berminat nak singgah ke teratak buruk DC ni hehe.. maklumla dah jarang buat entry. *gulp*

Entry kali ni DC nak introduce 5 ekor ahli baru dalam famili anak bulus DC yg dilahirkan pada hari Deepavali baru-baru ni.

Gambar 5 ekor ahli baru berusia 3 hari..

Ini ibunya, Tomot
sedang menyusukan..

Sebenarnya antara tips yg DC amalkan supaya anak-anak kucing boleh hidup ialah kita tak boleh pegang atau belai mereka sehingga mereka berusia 2 bulan ke atas (ini petua org2 tua dulu kala). Namun untuk rekod dan diari DC, DC terpaksa sentuh tengkuk (sahaja) anak2 kucing ini untuk dirakamkan.  Ada betulnya petua ni, sbb bau manusia akan mudah melekat pada anak kucing dan membuatkan ibu kucing berasa tidak selesa dan kurang berminat dengan anak2nya.  

Sekarang kita tengok anak2 Tomot yg masih belum buka matanya ni satu persatu..

Bercorak Tabby. Jelas huruf 'M' di kepalanya..

Warna Hitam Putih Kehidupan. Ye, pakai setokin di setiap kaki
dan calitan putih panjang di dahi sampaiiiiii ke hidung hehe
susah nk snap gambar dia ni.. wajah depan dia boleh refer pd gambar pertama, yg paling atas entri ni..
Ini Maksu (yg paling bongsu).  Corak tortoiseshell jelas kelihatan, berekor cangkuk.
Rasanya nama dia akan kekal MAKSU kelak hehe  

Corak Tabby oren/ginger.  Jelas pakai setokin.
Ini kembar yg di atas. Memang DC tak cam mereka berdua ni. Sama je warna dan corak.
Lepas snap gambar mereka.. DC dah termenung tak tau apa yg membezakan mrk :)

Dah abissss!.. tu je kisah hari ni.. hehe
Oppssss! lupa.. DADDY mereka? ehmmm 70% kucing jiran sebelah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\|/

Bernama OYEN, baka PERSIAN X
(jenis baka quoted by vet, kalau vet salah, salah la DC ckp ni ye)




6 comments:

  1. Alahai!! Comel!! rasa nak masuk sekor2 dalam mulut! hehehehe

    ReplyDelete
  2. comel.. geram! nak gigit!

    teringin pulak nak bela kitten tapi budak2 tu dua 2 dah kena zasss.. hehe

    ReplyDelete
  3. Aunty DC,
    Mama kita dah ooooohh aaaaahh...maklumlah kat rumah ni dah lama takde kitten. Brad was last, dah 4 tahun umur dia. Yang hidung calit putih sampai dahi tu kiut miutlah...macam skunk. purrr...meow!

    ReplyDelete
  4. Hihihihihihi...comel comel semuanya. Ikut baka daddy dan mummy dia. Bila besar sikit nanti, simptom picit anak kucing akan berlaku hahahahah sebab sangat geram dengan kecomelan mereka

    ReplyDelete
  5. amboi encemnya daddy patutla anak2 pun tomei2 belaka

    ReplyDelete
  6. wah...tahniah...seronot ada baby baru..hehehe kaler oren tu sebijik la ngn memet ery...dan bapak baby2 ni sebijik plak ngn anak si memet uning...aih..terbalik plak ni..hihihi

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC