Hari ni DC nak berkongsi sedikit ilmu mengenai Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) yang kebanyakkan dari kita maklum amat berguna dalam kehidupan manusia seharian seperti menurunkan berat badan, batuk, melawaskan usus serta melancarkan perjalanan darah.
Antara produk cuka epal yg terdapat di pasaran. Harga di antara RM6 RM9 sahaja |
Bagaimana pula khasiatnya pada kucing? DC terpanggil untuk membuat entri ni kerana ramai pemilik kucing mengadu dan meminta nasihat mengenai penyakit yang dialami oleh haiwan kesayangan mereka. Ingin DC tegaskan di sini bahawa entri ini khas untuk mereka yang memilih rawatan alternatif secara tradisional atau home remedies dan menganggap ianya merupakan langkah terbaik dalam menangani masalah pada kucing. Adakalanya masalah kewangan atau kesukaran mendapatkan vet di kawasan tertentu bukan la satu isu utama tetapi penggunaan ubat2an moden yang mengandungi steriod dan antibiotik bukan sahaja mendatangkan kesan sampingan tetapi juga menyebabkan kesihatan haiwan menjadi lebih buruk dan memudharatkan.
Berikut ialah rawatan ACV yang dicadangkan:
Rawatan fungus/kurap (ringworm)/masalah kulit :
- Untuk kucing yang dijangkiti fungus di mana terdapat kawasan botak pada kulit kucing (bald patches), Alexadry mencadangkan sapuan ACV secara terus menggunakan bola kapas/cotton ball- link. Pada pendapat DC sebaik-baiknya kita cairkan ACV secara 50/50 dengan air bersih (1 sudu ACV/1sudu air bersih) kerana ACV agak panas dan boleh menyakitkan kucing anda. Basahkan bola kapas dengan campuran ini dan sapu pada kawasan fungus tersebut. Lakukan 2x sehari selama seminggu.
- Michelle Wittenberg mencadangkan kucing yang dijangkiti kurap/fungus dimandikan dengan ACV yang berfungsi sebagai antikulat - link
- Jamie Conrad menegaskan kurap boleh disingkir dengan penggunaan ACV. Hanya campurkan 1/4 cawan ACV ke dalam tub/bekas mandian kecil yang telah diisi dengan air suam. Basah dan rendam kucing selama 10 minit - link.
Rawatan Jangkitan Saluran/Pundi Kencing (UTI/FLUTD/Cystitis):
Salah satu tanda kucing kita mungkin mengalami UTI ialah dia kerap ke litter box tapi kencing dengan kuantiti yang terlalu sedikit dan pekat, terdapat bijian kristal halus dalam air kencing, berbau kuat dan kucing merintih sakit. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah tidak lagi memberi mereka makanan kering atau biskut (kibbles).
Salah satu tanda kucing kita mungkin mengalami UTI ialah dia kerap ke litter box tapi kencing dengan kuantiti yang terlalu sedikit dan pekat, terdapat bijian kristal halus dalam air kencing, berbau kuat dan kucing merintih sakit. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah tidak lagi memberi mereka makanan kering atau biskut (kibbles).
- Shelley dari Gold Coast, Queensland Australia mendapati kucingnya yang sakit akibat UTI, riang kembali setelah memberi makan basah perisa tuna yang dicampur dengan1 sudu teh ACV dan sedikit air bersih. ( I discovered Apple cider vinegar when my cat became sick with a Urinary Tract infection, upon giving him a teaspoon in his wet tuna mix, and a bit of water, he was happier in a matter of hours and is completely normal now - link)
- Matwood dari Carmichael, Ca, Usa menceritakan pengalamannya mendapatkan rawatan UTI dari vet untuk kucingnya yang berusia 2 tahun. Kucingnya diberi suntikan antibiotik, ubat dan preskripsi makanan bagi menggalakkan ia minum banyak dan mudah kencing. Namun setelah 8 hari tiada perubahan berlaku, beliau mencuba rawatan ACV pula. Pada malam tersebut, beliau memberi kucing nya minum (secara suntikan menggunakan picagari) campuran ACV dan air bersih sebanyak 7cc, 1 sudu teh dalam makanan basah dan juga sedikit ACV dalam mangkuk minuman. Keesokkannya kucingnya berjaya menghasilkan air kencing lebih dari biasa! - link.
Amaran :
Menurut pembaca forum link earthclinic - sekiranya kucing anda tidak langsung dapat kencing sebelum atau selepas pemberian ACV, segeralah berjumpa dengan vet kerana kemungkinan berlakunya saluran tersumbat (total blockage) adalah tinggi dan kematian boleh berlaku dalam beberapa jam sahaja.
Rawatan Kegagalan buah pinggang berfungsi (Kidney Failure) :
(salah satu simptom jangkitan virus maut Feline Infectious Peritonitis [FIP])
Murphy dalam blognya Murphy's Cat menceritakan kejayaannya menyelamatkan kucingnya bernama Domino dari jangkitan virus maut FIP (Feline Infectious Peritonitis) selepas 2 bulan menggunakan ACV.
***Sekiranya kucing anda pulih dari Jangkitan Saluran/Pundi Kencing dan buah pinggang, kurangkan pemberian ACV dalam pemakanan mereka kepada 3x seminggu (bukan setiap hari) sahaja untuk maintain kesihatan mereka.
Rawatan jangkitan hama telinga (earmites):
Jaipi Sixbear dan satu link mencadangkan pemberian rawatan 5ml 50/50 campuran ACV dan air bersih kepada kucing yang beratnya 9kg. Jika berat kucing kurang dari itu, kurangkan juga pemberian dos 5ml tersebut. Gunakan eyedropper dan titikan ke dalam telinga, gosok dengan lembut dari belakang telinga dan bersihkan cuping telinga kucing menggunakan bola kapas (cotton balls). Lakukan setiap hari selama 5 hari atau sehingga tanda2 jangkitan tiada. - link.
Rawatan kutu dan pinjal (fleas and ticks):
Menurut Dr Martin Goldstein, DVM, seorang veterinar holistik Amerika yang terkenal kebanyakan semburan kutu/ flea sprays, kolar pembasmi kutu/flea collar dan tablet menggunakan bahan kima toksik untuk membunuh kutu dan pinjal haiwan. Ia amat memudharatkan. Sebagai alternatif, beliau menyarankan rawatan mengunakan syampu buatan sendiri yang boleh membunuh kutu dan menenangkan kulit haiwan yang sensitif.
- Campurkan 8 ounce (227ml) syampu kesukaan haiwan anda, 10 titik minyak tea tree (sebenarnya tidak elok untuk kucing, tapi untuk membinasakan kutu apa salahnya kan?), 1 sudu teh (15ml) aloe vera dan goncang/kocak dengan sebati.
- Syampu macam biasa dan biarkan selama 6-10 minit.
- Bilas haiwan dan gunakan bilasan terakhir dengan 1 sudu besar ACV yang dicampurkan dengan 1 pint (2 cawan) air bersih.
Buih syampu bertindak memati atau melemas kutu sementara bilasan terakhir menggunakan ACV akan meneutralkan asid pada kulit haiwan yang membuatkan kutu dan pinjal yang masih ada lari - link.
Menghilangkan bau kencing kucing :
Hanya tambah ¼ cawan ACV bersama pencuci biasa dan bersihkan kawasan atau tempat yang terkena kencing kucing seperti karpet, sofa dan lantai. Kadangkala kita kena lakukan pembersihan sebanyak 2x jika tempat tersebut telah menjadi 'favourite spot' kucing kesayangan anda. Jangan lupa, bila anda menggunakan ACV, jangan campurkan dengan larutan peluntur (bleach) - link.
Sebenarnya banyak lagi kegunaaan dan khasiat ACV pada kucing seperti mengurangkan berat badan dan juga boleh dijadikan sebagai tonik untuk memelihara kesihatan mereka :)
obese cat |
Cuka atau 'khal' dalam bahasa arab, amat baik untuk kesihatan seperti sabda Rasulullah S.A.W. - ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).
Iklan - pembaca boleh mendapatkan ACV pelbagai jenama di pasaraya2 dan boleh juga dibeli dari DC :)
Cuka Epal/Apple Cider Vinegar dari Turki yang DC guna |
Nota Tambahan (8/8/2014)
Terdapat juga ubat herba utk masalah pundi kencing spt Nephtone (syrup) dan Gutmotil (tablet) ini..
Bole didapati dgn harga RM16 |
Rujukan:
http://www.detox-for-life.com/apple-cider-vinegar.html
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Ew9tQnNeHc4J:murphyscats.blogspot.com/2008/11/domino-cat-saved-by-apple-cider-vinegar.html+apple+cider+vinegar+for+cats&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my
entry yg bes n berguna..teng cik dc..
ReplyDeletenice info kak..tq 4 sharing
ReplyDeleteyang last2 tu tak tahan tu kak g..mauahahahhahahahaha...ade jugak iklan ACV tu :P wek wek
ReplyDeleteMya
terima kasih banyak-banyak sebab share info yang sangat berguna. Banyak ilmu yang saya pelajari dari DC, terima kasih ya
ReplyDeletekalau guna cuka beras boleh ke? apa perbezaan cuka beras dengan cuka epal ni?
ReplyDeleteHi dc, ble guna utk kitten 3-5 month tk?
ReplyDeleteboleh gunakan pd kitten tp dlm kuantiti yg sgt sedikit.
ReplyDeleteslm, terima kasih bnyk2 psl info c/d 2..terkejut! sbb xpernah ambk tau psl ingredients dia..kalau i tkr kpd premium/super premium boleh x suggest kan mana2 brand?? xtau la..n lagi satu mana nak dapatkan cuka epal 2 ye??
ReplyDeleteDik...mohon share ya
ReplyDeleteKucing saya tak boleh kecing dan terdapat bebola keras di bahagia perut kucing saya...Ada tip xxx
ReplyDeleteterbaik. baru tau fungsi cuka epal rupanya boleh digunakan ke atas kucing..saya nak ikhtiar utk kucing saya yg kena busung..doakan menjadi..amin
ReplyDeleteSis.. Kucing mu selamat ka juga dari busung kucibg
DeleteHi dc.... kucing saya bary disahka mnghidap FIP... macamana pengambilan utk kucing yabg ada FIP?
ReplyDelete