Friday, September 24, 2010

Jenis-jenis Sikat dan Berus Kucing

(Daisy berdiam diri ketika disikat di kepalanya)


Lazimnya kucing suka disikat. Tak kurang juga yang bertukar seperti singa bila kita cuba menyikat mereka. Untuk menyikat dan memberus sicomel, jenis sikat yang hendak digunakan bergantung kepada panjang bulu kucing yang kita pelihara.



(Omey bersikap waspada ketika disikat, tapi dia tidak lari)

Kenapa kucing perlu disikat?

Sebagai pemilik kucing tentulah kita mahu yang terbaik demi kesihatan mereka. Menyikat kucing merupakan salah satu aspek penting kebersihan kucing. Antara kebaikan yang akan anda perolehi ialah:
• mengeratkan lagi keserasian antara anda dan kucing anda;
• mengurangkan taburan bulu kucing di dalam rumah (terutama di sofa dan katil);
• mengurangkan gumpalan rambut (hairballs) yang dimuntahkan oleh sicomel;
• mengurangkan masalah bulu bersimpul (matted fur) yg kerap terjadi pada kucing berbulu panjang; dan
• mengurangkan masalah kesihatan kucing seperti kutu, tungau dan kurap.

Jenis Sikat dan Berus

Terdapat pelbagai gaya dan saiz sikat serta berus kucing di pasaran dengan fungsinya tersendiri. Tidak perlulah kita membeli semua jenis sikat yang ada. Memadai anda memilih yang terbaik dan sesuai dengan kucing-kucing anda. Berikut ialah jenis sikat dan berus yang saya gunakan:
















1. Sikat bergigi besi (Shedding comb).


Sikat ini bergigi jarang dan tumpul di hujung gigi. Bertujuan melerai bulu dan membuang bulu-bulu yang tertanggal hingga ke pangkal bulu kucing anda. Gigi yang keras dapat menembusi bulu kucing yang tebal hingga ke kulit kucing dan dengan mudah menarik bulu-bulu yang rosak keluar. Amat elok meleraikan gumpalan bulu yang bersimpul. Sesuai untuk kucing berbulu tebal, panjang dan separa panjang.














(2-in-1)

2. Berus kejur (bristle brush).


Sikat ini berbulu kasar namun lembut. Bertujuan membuang bulu-bulu rosak di permukaan badan kucing. Terdapat juga jenis sikat 2-in-1, iaitu berus kejur dan sikat gigi besi (pin brush) pada satu pemegang untuk kemudahan pengguna.

3. Slicker brush.

Sikat ini bergigi dawai halus, pendek, keras dan rapat, selalunya berbentuk segi empat. Dihujung hujung gigi berus mempunyai bola halus. Bertujuan membuang bulu-bulu rosak pada kucing berbulu pendek.4. Sikat Kutu (Flea comb).

Sikat bergigi dawai, keras, rapat giginya dan hujungnya tumpul untuk keselesaan si comel. Pada pendapat saya, setiap pemilik kucing patut mempunyai sikat kucing ini. Ia bukan sahaja memerangkap kutu malah boleh berupaya menyisir keluar sebahagian telur kutu, kotoran dan daki juga bulu kucing yang rosak. Harus lah berwaspada menggunakannya kerana ia boleh melukakan si comel jika kita tidak berhati-hati.
Ada sejenis sikat yang diperbuat dari getah (gambar di atas). Berguna bukan sahaja membuang bulu-bulu rosak dan bulu gugur secomel. Ia juga berfungsi mengurut (massage). Banyak review dan komentar yang saya lihat di bebarapa laman web, sikat ini amat disukai ramai kerana keberkesanannya. Berupaya membuang bulu kucing yang rosak dengan mudah, umpama magnet. Juga mudah dibersihkan! (psst saya dah order satu!)

4 comments:

  1. ktne nk cr sikat yg bwh skali kaler hijau tu?bp hargenye?

    - chulakitty -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nk tnye, antara 3 sikit diats...mne sikat pling elok utk kucing bulu pnjang n tebal tp halus sgt bulu dier?

      Delete
  2. ada jual dekat petshop. Ada beberapa warna - hijau, ungu, biru dan merah kalau tak silap. Harga pun tak ingat sbb saya order dari seberang laut. Kalau tak silap la harga di Malaysia dalam RM30 satu.

    ReplyDelete
  3. PETSHOP KAT MANER JUAL... KAT TERENGGANU NIT TIADA AR...

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC