Saturday, October 16, 2010

3 Torties in da House!

Demok
DOB - Julai 2009
Mama - generasi ke dua kucing siam, Nyet
Bapa - unknown
Spayed



Demok, adik si Tabby ni agak liar. Salah saya jugak sebab jarang bermain dengannya. Namun setakat ni tidak pernah lagi dia beri 'tandatangan' pada kami hehe.. Tiap kali nak bermanja dengannya dia akan menyendengkan badan, seolah2 tidak suka dibelai. Kehadiran Demok saya perasan bila dia semakin bulat dan unik blend warnanya. Dalam 3 torties, Demok paling panjang bulunya. Kategori DSLH.



Totty
DOB - Februari 2009
Mama - Generasi pertama kucing siam, Nyet
Bapa - Musyang
Spayed

Masih ingat Totty? Kakak si Jerry. Anak yang terhempas ke lantai, gara2 mamanya susah nak beranak. Lahir pada hari Wilayah Persekutuan huhu! Unik kan wajah dia? ada tanda 'half-half marking'..



Daisy
DOB - 31 Ogos 2008
Mama - Cherrypie Manjalara
Bapa - Cherrypie Dega-One
Spayed

Siapa tak kenal Daisy kan? muka idong penyet ni hehe.. Paling senang ingat tarikh lahir dia sebab pada hari kemerdekaan negara.. Baka exotic short hair.

Oleh kerana 3 torties yang saya milikki ini, saya terpanggil untuk mengetahui mengenainya. Jom! Kita kongsi bersama apa yang saya tahu..

Apa itu torties? Ianya merupakan singkatan perkataan tortoiseshell. Cengkerang kura-kura? Bukan lah.. Blog ni kan hanya berbicara mengenai kucing. Jadi, pengertian tortoiseshell dalam dunia kucing, ialah penjelasan keadaan bulu kucing yang mempunyai campuran tidak sekata 3 warna –
  • oren atau krim
  • coklat,
  • biru atau hitam

Jika warna tortoiseshell itu samar-samar, tidak jelas dan cerah kita namakan – dilute tortoiseshell.

Tetapi jika campuran 3 warna ini tidak bercampur di antara satu sama lain dan tampak nyata, ianya dinamakan warna calico.

kucing calico bernama Gisele, ikhsan dari padipaddy


Hampir semua warna tortoiseshell ini berlaku pada kucing betina sama ada jenis pedigree atau tidak. OK, ini yang saya faham seringkas-ringkasnya bagaimana tortoiseshell boleh berlaku. (kalau salah harap tegur ya) Sifat betina mempunyai sepasang kromosom X (XX). Warna tortoiseshell berlaku kerana gen dominan warna bulu (oren dan hitam) pada kromosom X mengalami fenomena X-tidak aktif, di mana satu atau salah satu kromosom X itu terpadam secara rawak.

Purata nisbah lebih kurang 1:3000 warna tortoiseshell boleh berlaku pada kucing jantan. Jika ini berlaku, kucing jantan tortoiseshell akan bersifat tidak normal kerana akan mempunyai 2 kromosom X (XXY) sedangkan sifat jantan mempunyai hanya 1 kromosom X (XY). Kucing warna tortoiseshell jantan diklasifikasikan memiliki sindrome klinefelter - bersifat mandul dan mesti dikembiri bagi mengelakkan warisan baka tidak normal akibat kromosom sex yang tidak stabil.

No comments:

Post a Comment

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC