Aden, bersama 3 lagi adik beradiknya dijumpai dalam keadaan basah kuyup, menggigil kesejukan dan kelaparan, ditinggalkan ibu, mencari tempat berlindung dalam keadaan hujan lebat oleh seorang rescuer pada 18 Mei 2010. Ketika itu Aden dianggarkan berusia 6 minggu.
Sedih dan sebak melihat keadaan tersebut, rescuer terus membawa mereka pulang ke rumah, dibersihkan dan diberi makan secukupnya. Selama 3 hari mereka dijaga dengan penuh kasih sayang, Aden kembali sihat dan ceria.
Nama Aden diilhamkan oleh pasangan Mummy Yana
Rescuer, kemudian dengan segera menghantar Aden dan adik beradiknya untuk adoption, menyebarkan berita kepada dunia bahawa kini mereka boleh dimiliki oleh mereka yang benar-benar layak dan berdoa agar dapat kehidupan terbaik dengan mereka.
Gambar di atas di ambil dari petfinder.my
Rescuer, kemudian dengan segera menghantar Aden dan adik beradiknya untuk adoption, menyebarkan berita kepada dunia bahawa kini mereka boleh dimiliki oleh mereka yang benar-benar layak dan berdoa agar dapat kehidupan terbaik dengan mereka.
Gambar di atas di ambil dari petfinder.my
Aden berjaya menarik perhatian Mummy Yana dan tanggal pada 21 Mei 2010, Aden dengan rasmi dimilikkinya. Sejak itu Aden yang bersaiz kecil tapi bersuara besar dimanjakan dengan toys (mainan kucing) dan belaian kasih sayang. Dia semakin nakal dan mencuit hati Mummy Yana dan pasangan.
Pada 3 Oktober 2010, Mummy Yana buat pertama kalinya mendaftar Aden menyertai pertandingan Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show 2010 untuk kategori kitten male short hair. Aden bukan sahaja membuat Mummy Yana menangis malah rescuernya juga bangga dengan berita kemenangannya!
Tak siapa menduga, Aden yang pernah menjadi kucing jalanan (stray cat) bisa menambat hati juri. Kepada kawan-kawan, percaya lah.. kita boleh mengubah nasib mereka ini. Peliharalah mereka dan berikan mereka kasih sayang yang sepatutnya mereka terima.
Kalau anda ingin membaca kisah2 kemenangan Aden, sila layari blog Yana di http://myfurrkids.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC