Banyak pulak kerja ofis hari ni. So DC KISS 4 all loyal readers. KISS? Takkan tak tau? - Keep It Short and Simple :) *mcm bagus* Maaf la, hari ni entry DC mungkin banyak merapu huhu! *penat tau mengekalkan bahasa diva ni*
Aktiviti mingguan DC? Apa lagi kalau tak memproses DIY cat litter. Al maklumlah bila bilangan kucing ramai macam ni, keadaan kewangan tak begitu mengizinkan. So, buat je la pasir kucing buatan sendiri menggunakan bahan terpakai - recycle paper. Oh ye, DC dah penah buat entry cara buat DIY Cat litter ni pada 21 Feb 2009, sila layari link ni DIY: Cara buat pasir kucing yang mesra alam. Saja nak refresh memory rakan2 sebab katanya tak pernah baca entri tu. *sekeh kang baru tau!*
Shredder yang antik sebab dah gunakan dia sejak DC join company ni pd 1995 |
Setiap hari selepas habis waktu pejabat, DC akan shred kertas yang dah digunakan dan bawa pulang sedikit demi sedikit.
Bukan takat suratkhabar lama, bil telefon pun jadi mangsa keadaan |
Kalendar lama. Apa saja yang bermaksud 'lama' atau terbuang, boleh jalan |
Sekali shred |
dua kali shred |
Balik rumah terus rendam shredded papers ni dengan sedikit soda bikarbonat. Setiap hari makin bertambah sebab bawak pulang sedikit demi sedikit.
Soda bikarbonat ni juga dipanggil baking soda atau Sodium Bicarbonate |
Kenapa guna soda bikarbonat? Sebab ianya bagus untuk hilangkan bau seperti bau suratkhabar dan dakwatnya. Hasilnya, paper cat litter ni nanti akan berbau seperti buku baru yang kita beli di kedai :). Kalau nak tau serbuk ni sebenarnya juga merupakan cara mudah kita menghilangkan bau poo dan pee kucing.
Bila tiba harinya, sama ada hari sabtu atau ahad (bila-bila berkelapangan), DC akan mula operasi. Ringkasnya, mula2 DC gunakan mesin pengisar untuk haluskan lagi shredded paper tu.
Kemudian masukkan semua bahan tu ke dalam sarung bantal terpakai dan masukkan ke dalam mesin basuh untuk dicuci. Letak sabun. Kalau boleh gunalah biodegradable detergent untuk hasil yang maksimum dan kucing kita pun selamat dari bahan toksik. Tujuannya untuk buang dakwat paper. Oh ye, pastikan sarung bantal tu diikat dengan kemas, kalau tak ehmmmm.. berkecah (messy) la satu rumah. *bercakap melalui pengalaman - siap tersumbat mesin basuhku iteww*.
Bila tengok air tu dah agak jernih boleh la bilas dan keringkan |
Oleh kerana mesin basuh DC dah rosak bahagian pengeringnya, DC gunakan kaki untuk keringkannya. Macam mana tu? Iye DC main lompat2 atas sarung bantal yang berisikan bahan tu. *bayangkan tradisi orang barat hancurkan anggur dengan kaki* Takkan mampu nak perah guna tangan sebab berat!
Beginilah hasilnya selepas dikeluarkan dari sarung bantal |
Selepas tu hancurkan dengan tangan supaya jadi ketulan kecil dan jemur. Oleh kerana keperluan kadang kala mendesak, DC gunakan dryer.
DC ambik gambar mesin pengering ni dari koleksi blog personal - rozzygee.blogspot.com *promosi murah* |
Ini hasilnya setelah keluar dari 'oven' tu.. Cantik buatannya, elok dan bulat2 bentuknya.. Bau pun harum dan fresh!! |
DIY paper cat litter yang hampir kering |
Aunty DC,
ReplyDeleteMama kita kata, DC boleh buat business ni. purrrr....meow!
wah rajinnyer DC buat...nak buat tapi.....malassssss heheheheh
ReplyDeleteCat-in-Sydney ~ ada gak intention nak buat tapi perlu pengorbanan yg tinggi.. iaitu masa hehe
ReplyDeleterajin la..nak buat sbb byk newpaper..tp mls dan takde kelengkapan..
ReplyDeleteJom Terjah Entri Baru : [Ailurophile]My new Pointed Siamese Kitten
Naddy ~ abih tu Naddy ingat DC rajin eh?.. ini kes keterpaksaan tau.. kalau DC byk $$$.. takkan ku jadi begini huhu..
ReplyDeletealamak x de shredder nk manual la ni? kalau sha buat, gune blender mama gerenti kena campak keluar, buang rumah ekeke XD
ReplyDeleteohh mama buat kuih de berlambah sodium bicarbonate tu 8D bleh ilangkan bau poo pee eh? camne sis? tabur kat pasir stp ari? xbahaya ke kat kekanak tu? o_O;
VIVIAN ~ rajin tapi malas? kalau berkemampuan.. tak perlu buat hehe
ReplyDeletebunny :) ~ Sha nak seribu daya hehe.. actually kalau tak dpt guna blender pun ok.. sis pernah jumpa seorang guru ajak murid2 dia buat aktiviti ni as a school project :) Bole juga refer kat link ni sbb cara dia tak guna blender or mixer.
ReplyDeleteNext question tu just sprinkle-dry onto the damp patch and gently patted in, then allowed to dry sebelum cuci litter box tu.. Tak merbahaya compare to peroxide solution/chlorox yg org sering guna utk hilangkan bau poo and pee.. :)
macam best..nanti nak try buatlah hehe..tp opis kte xde shredder plak huhu..
ReplyDeletetabik spring kat DC sbb rajin *toing toing!
ReplyDeletennti klau rajin la kite cuba hehee...
rajinnya akak....hehe sya pernah buat sekali jer pastu udah malas...
ReplyDeleteeh akak ada emel sya erk???nape xder pun kat inbox??mushkil ni...ops...akak emel kat yahoo ke gmail??
hi, new to the site, thanks.
ReplyDelete