Tuesday, March 1, 2011

Q N A : Bagaimana perkenalkan kucing baru kepada kucing yang sedia ada


Biar DC gelar kucing baru yang hadir dalam rumah kita sebagai 'Junior" dan kucing yang sedia ada sebagai ''Senior" untuk memudahkan penjelasan pada entri ini. Apa yang DC cuba sampaikan di sini merupakan dari pengalaman sendiri dan tak semua cara yang DC buat berjaya. Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman? :)





Sifat semulajadi kucing


Kucing bersifat 'territorial' - jajahan/kawasan takluknya. Dan mereka biasanya tidak suka berkongsi kawasan taklukannya. Mereka bersandarkan kepada bau dari penampilan. Mereka akan menunjukkan perasaan tidak suka dengan bergaduh dan menanda kawasan seperti kencing di dinding, lantai dan objek.

Kucing juga tak suka dengan perubahan. Oleh itu kehadiran kucing baru dalam rumah anda merupakan satu perubahan.  Dua karakter ini bermaksud anda akan mengalami kesukaran (tapi tidak mustahil) mengatasinya.


Sifat sosial kucing


Setengah kucing lebih sosial dari kucing lain. Contohnya, kucing dewasa yang berusia 8 tahun yang tidak biasa dengan haiwan lain dikelilingnya mungkin tidak akan dapat belajar berkongsi kawasan jajahannya dengan kucing lain di dalam rumah.  Tetapi anak kucing berusia 8 minggu yang terpisah dari ibu dan adik beradiknya mungkin lebih mudah menerima kucing lain sebagai sahabat.

Semuanya ini bermakna kucing 'Junior' dan 'Senior' perlu diperkenalkan dengan amat perlahan supaya mereka mengenali antara satu sama lain sebelum mereka boleh bersemuka (face-to-face). Perkenalan yang perlahan membantu menenggelamkan sifat takut dan agresif kucing.    Ingatlah, sepanjang proses 'perkenalan' ni, anda harus berada di sisi mereka. Proses ini memerlukan kesabaran dan masa. Ada yang mengambil masa berminggu dan ada yang berbulan lamanya.



Berikut ialah cara yang diharap dapat membantu Rushda atau readers yang mengalami masalah yang sama:


Pertama sekali, letak kucing 'Junior' dalam satu bilik atau sangkar yang mempunyai litter box (kotak najis), makanan, air, scratching post (tempat mencakar), toys (permainan) dan tempat tidur selama lebih kurang 5-7 hari untuk dia menyesuaikan diri dengan situasi baru. Biar dia explore  untuk memahami apa yang berlaku dan deria baunya mengenali apa yang ada disekelilingnya. Jangan sesekali dekat kan kucing 'Junior' dengan kucing 'Senior'.


Kedua - Beri makanan kepada 'Junior' dan 'Senior' berhampiran dengan pintu bilik  Jangan sesekali letak makanan mereka terlalu dekat dengan pintu kerana mereka tidak akan dapat menikmati makanan tersebut kerana 'terganggu' bau masing2.


Ketiga - Setiap hari sedikit demi sedikit, dekatkan bekas makanan mereka ke pintu bilik, hingga mereka dapat menikmati makanan dengan selesa dan 'serasi' dengan bau masing2. Jika anda letak kucing2 dalam sangkar, anda kena dekatkan sangkar mereka sedikit demi sedikit setiap hari.


Keempat - Jika anda letakkan kucing 'Junior' dan 'Senior' dalam sangkar, gantung mainan di pintu sangkar yang memisahkan mereka.  Cubaan ini bertujuan menggalakkan mereka bermain dan tidak sengaja menyentuh tapak tangan di antara satu sama lain. Luangkan masa anda bermain dan membelai (petting) kucing 'Junior' dengan tidak mengabaikan kucing 'Senior'.






Kelima - Tukar selimut, tempat tidur atau mainan kucing 'Senior' dengan kucing 'Junior atau sebaliknya. Anda juga boleh sapukan tuala basah pada pipi kucing 'Senior' dan letakkan di tempat makanan kucing 'Junior' atau sebaliknya. Lakukan begini pada setiap ekor kucing jika ada mempunyai lebih dari dua ekor.

Ketika ini anda boleh lah buka pintu bilik dan biarkan kucing 'Junior' meronda sekeliling rumah sementara kucing 'Senior' ditempatkan di dalam bilik yang lain (bukan bilik 'Junior' tadi!). Lakukan berperingkat - dalam 20-30 minit sehari. Masukkan kucing 'Junior' ke dalam bilik kembali dan lepaskan kucing 'Senior' pulak. Begitu la seterusnya setiap hari hingga tiada lagi tanda2 agresif yang kelihatan pada mereka seperti - mengkemekkan telinga (flattened ear), menderam dan membongkok sambil berjalan senyap.




Keenam - Temukan mereka. Perkenalkan kasih sayang anda sama rata kepada mereka. Oleh kerana mereka kini dah cam bau masing2, temukan mereka dalam satu kawasan atau satu bilik yg sama dengan pengawasan dari anda. (Human supervision) Sebab anda yang akan mengadili mereka sama ada mereka boleh 'bersahabat'.. Biar mereka mengenali antara satu sama lain dari jarak jauh terlebih dahulu. Jika mereka mula 'hissing', pisahkan mereka dengan segera..  Buat begini setiap hari dan panjangkan masa setiap kali mereka ditemukan. Contohnya, kali pertama lakukan dalam 10 minit, kali kedua buat dalam 15 minit dan seterusnya.


Ketujuh - Kali ini letakkan dua longgok makanan berasingan dalam bilik yang sama. Biar kucing2 itu  memahami apa yg anda cuba buat - iaitu memberi makanan kepada mereka berdua dengan sama rata dan tidak perlu bersaing untuk mendapatkan makanan. (Dilarang beri atau campak treats satu demi satu - untuk kita tengok mereka berebut!)


Kelapan - Kongsi mainan atau anda bermain dengan 'Junior' dan 'Senior' sama rata dalam satu kawasan atau satu bilik yang sama. Ni nak buatkan mereka faham yg kita tidak membahagi kasih sayang terhadap mereka berdua. Beri toy 'Senior' pada 'Junior' untuk dia menghidu dan bermain dengannya.  Kemudian berikan toy yang sama kepada 'Senior' kembali. Begitu lah, silih berganti.




Kesembilan - akhirnya cuba biarkan mereka berdua bersendirian. Awasi dari jarak jauh.  Ditahap ini, mereka mungkin tidak memerlukan kehadiran anda dalam cuba mengenali 'hati budi' masing2. Apabila mereka berdiri sambil merenung antara satu sama lain, anda hendaklah 'mengganggu' renungan mereka dengan mengambil alih perhatian menggunakan toy yang bergantungan (dangling).  Kadangkala terdapat tamparan kecil, atau mereka mengangkat tangan lembut seperti seolah2 hendak menampar bermaksud mereka ingin bergurau  :)  Hanya anda yang tau menilainya.







PERINGATAN:

1.  Pastikan kucing baru telah diperiksa oleh vet untuk mengelakkan dari penyakit berjangkit!
2. Proses perkenalan anak kucing lebih mudah dari kucing yang telah dewasa sebab kucing dewasa mempunyai sedikit toleransi dan bersikap agak dominan (mengetuai).
3.  Jangan sesekali perkenalkan kucing berlainan jantina melainkan kalau anda mahukan baka mereka!


Sumber :
http://www.wikihow.com/Introduce-a-New-Cat-to-the-Family
http://www.humanesociety.org/animals/cats/tips/introducing_new_cat.html

18 comments:

  1. alhamdulillah..Cherry saya berjaya serasi dgn senior dalam masa 3 hari. memang letak dlm cage..tp bila dah balik kerja..saya letak keluar atas pemantauan saya..of coz mmg ada bunyi2..nak tampar2..tp sooner or later..mereka akan serasi..semakin tua senior..semakin sukar nak serasi..or junior kita tu memang garang jenis nak show off jugak. kalau junior jenis yang sedar diri jd org baru..diam je walaupun dikejam..takde masalah..hehehe


    tapi..kucing suki RIP saya dulu memang cepat serasi..walaupun baru sehari jumpa org or kucing lain..tidak pernah bergaduh..smua buat kawan..i miss him! huhuh

    ReplyDelete
  2. mmg susah nak serasikan mereka nih, kadang tu walau dah lama pon bercakar jugak huhuu

    ReplyDelete
  3. MM - betol! tu sbb DC kata ada yg tak berjaya DC buat introduction. SAmpai kesudah.. terpaksa kurung mrk berdua. Spesis sama DSH, solid color, sekow putih sekow kelabu..

    ReplyDelete
  4. VIVIAN - syabas! sbb Vivian bertuah dapat kucing yg mudah bersosial. DC pun begitu.. tapi dalam 28 ekor tu mesti ada seekor dua yg susah dilentur :)

    ReplyDelete
  5. hmm, ujung bln 4 nk bwa blik si mimo n capuk 2...tkut gak...kucing kt umah tu kebykan ok, tp si Tif tu, dia memg pyah nk serasi...dgn yg dkat umah tu pon susah nk dekat, nikan yg x kenai, tp anis akn cba step by step...thanks ea..

    ReplyDelete
  6. Aunty DC,
    Good advice. Yang penting, kesabaran....kan? purrr....meow!

    ReplyDelete
  7. apa maksud bagi makan berhampiran dengan pintu? maksudnya, pintu tu yang memisahkan mereka ke?

    ReplyDelete
  8. Rushda - maksudnya jika Rushda memilih untuk mengurung Junior dalam bilik (bukan dalam cage). Ya pintu (ditutup) yang memisahkan mereka.. Biarkan mrk ambil bau masing2 sedikit demi sedikit. Dekat kan tempat makan tu sedikit demi sedikit ke pintu bila Junior rasa selesa - maksudnya dia berada dlm keadaan relax, selesa, makan dgn tidak toleh kiri atau kanan, atau telinganya dikepetkan (sbb takut dgn kehadiran kucing lain yg pd fikirannya akan mencederakan atau nak rampas makanan tu darinya).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rushda..macam mana nak memperkenalkan kucing betina yg besr dan dua2nya sudah mempunyai anak baru?

      Delete
  9. Assalamualaikum sy ada ank kucing yg ditinggalkan Oleh maknya. Mk kucing x nk bgi susu sbb dia x dpt kesan bau ank kucing (bau ank kucing dh tercampur dgn bau lain so dia x bgi susu) soalan: macamana sy nk bgi mk kucing tau tu ank dia? Pls jwb cept *EMERGENCY*

    ReplyDelete
  10. Salam.....Cornish rex mmg garang ke?? Ssh btl nk mesra ngan DLH, ragdoll & persian. Masa nk kenalkn ragdoll ngan DLH x sampai 1 hari pn. Ni dh 2 hari masih garang.... pening.

    ReplyDelete
  11. Baru sy tahu. Sy ade kucing scotich mix parsi 6bulan jantan besar. Lps tu sy ade jumpe kucing kg org buang kt kedai mkn usia lbh kurang 2bulan blh mkn sdiri tp cantik. Sy pun pungut bwk balik letak dlm 1 sangkar yg sama. 2 2 diam duduk hujung2 bekas pasir dan mknan tgh pisahkn dia. Klu dekat mesti ade byi nk bergaduh so 2 2 xmkn esokan harinya yg pungut tu demam bdan panas. Setiap , 4 5 jam sy kuarkn kucing junior bg mkn kt luar sangkar.. Yg sinior plak xmau makan merajuk. Dah 4hari dlm 1 sakar. Mkn kurang yg junior demam dah mkin pulih tp dekat je mesti yg besar akn tampar junior terketar yg junior. Takpa la besi set sangkar yg baru klu sis ckp mcm tu.

    ReplyDelete
  12. Baru sy tahu. Sy ade kucing scotich mix parsi 6bulan jantan besar. Lps tu sy ade jumpe kucing kg org buang kt kedai mkn usia lbh kurang 2bulan blh mkn sdiri tp cantik. Sy pun pungut bwk balik letak dlm 1 sangkar yg sama. 2 2 diam duduk hujung2 bekas pasir dan mknan tgh pisahkn dia. Klu dekat mesti ade byi nk bergaduh so 2 2 xmkn esokan harinya yg pungut tu demam bdan panas. Setiap , 4 5 jam sy kuarkn kucing junior bg mkn kt luar sangkar.. Yg sinior plak xmau makan merajuk. Dah 4hari dlm 1 sakar. Mkn kurang yg junior demam dah mkin pulih tp dekat je mesti yg besar akn tampar junior terketar yg junior. Takpa la besi set sangkar yg baru klu sis ckp mcm tu.

    ReplyDelete
  13. Hai DC,
    PERINGATAN ke 3 mengatakan "Jangan sesekali perkenalkan kucing berlainan jantina...". Dlm situasi saya, saya baru dptkan kucing berlainan jantina, jadi adakah artikel ni tak boleh diterima pakai utk situasi saya?
    Didahulukan dgn terima kasih...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Mcmana nak perkenalkan kucing lain jantina ye? Yg senior tu DLH betina setahun lebih, yg junior jantan 5 bulan. Dh try cari same jantina tp dapat yg lain jantina jugak.🤦‍♀️ first time jumpa yg senior tu gigit n kejar sungguh2 yg junior. Terpksa saya asingkn junior dlm cage.

    ReplyDelete
  15. Hi, saya nak tanya.. Saya da ade sekor kucing kat rumah, 8 bulan umurnya jantan, dan sekor lagi 1 tahun lebih umurnya betina.. Agak susah x nak serasikan mereka ni..? Saya dah asingkan yang senior di atas, junior kat bawah.. Adakah betol cara saya? Sangkar hanya ada satu dan besar dan muat untuk 2ekor, tp saya buat penghadang di tengah2.. Boleh ke? Dan boleh email saya cara2 lain lagi.. Hehehe.. Sbb saya nak mereka ni serasi.. Dan saya akan cuba cara yg dah diterangkan kat blog ni, bertukar2 alas, mainan kena guna yang sama, supaya dapat berkongsi baunya..

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC