Thursday, February 3, 2011

Corak Tabby Pada Kucing

Kucing tabby bermaksud corak belang yang ada pada badan haiwan tersebut, bukan warna. Kadangkala ramai orang merujuk kucing tabby ini sebagai kucing domestik berwarna kelabu berbelang hitam.  Sebenarnya corak ini bukan sahaja terdapat pada kucing domestik tetapi pada  hampir semua baka kucing. Difahamkan kebanyakkan kucing tabby, terutama jenis mackerel, mempunyai seakan huruf 'M' di dahi.

huruf 'M' didapati di dahi kucing red mackerel tabby ini


Terdapat 4 corak asas tabby yang diketahui iaitu :

  1. Mackerel (berbelang nipis)
  2. Classic (berbelang tebal)
  3. Spotted (bintik)
  4. Agouti or ticked (bintik halus)

Perlu di ketahui juga, terdapat corak tabby yg ke-5 iaitu 'patched tabby' (bercapuk, tompok) yang juga tergolong dalam kategori warna kucing yang lain. Kucing patched tabby ialah seperti kucing berwarna calico dan tortoiseshell. Kadangkala kucing corak ini digelar 'torbie'


1. MACKEREL TABBY

Merupakan corak yang paling biasa didapati. Kadangkala digelar 'belang tulang ikan' (fishbone tabby) Berbentuk gegelang dan belang nipis selari pada badan kucing.



2. CLASSIC TABBY

Corak jenis ini berbentuk pusar atau bulls-eye. Belangnya lebih lebar dari belang mackerel dengan paten membulat.


Grey Classic Tabby


3.  SPOTTED TABBY

Berbintik. Bintik besar dan kecil didapati terdapat pada baka Australian Mist, Bengal, Egyptian Mau dan Ocicat. Baka Bengal mempunyai paten bintik coklat yang tidak dapat dilihat pada kucing baka lain. Bintik2 berlaku secara rawak dan berlainan saiz. Ianya boleh berbentuk solid atau warna yg penuh. Bintik yang cerah di tengah-tengah dan gelap di sekelilingnya di panggil rosette.



Spotted Tabby pada kucing baka ocicat


4.  TICKED TABBY

Setiap helai bulu mempunyai bintik halus.  Pada kucing baka asli (purebred), sesetengah baka dibenarkan mempunyai corak belang, dipanggil 'bars' di kaki dan muka. Manakala sesetengah baka yang lain tidak dibenarkan mempunyai bars ini.




Sumber :

11 comments:

  1. Guess what? Everyone in our house is a tabby! Tabby power, yeah! purrr....meow!

    ReplyDelete
  2. oh bergitu...

    baru ku tahu hehe

    nice entri ;)

    ReplyDelete
  3. mmm sukenye yg kat corak mcm marble cake tu. mcm sedap je sha tengok muwahaha.

    mmmmm dari td 3-5 kali sha scroll ke atas bawah, kyon tabby lah kan, ade tande M kat dahi semua. tapi x dpt kenal pasti die yg mane satu sbb coat die.. nak kata belang x belang, ticked x jugak, spot x. HAHAHA *konfusi*

    ReplyDelete
  4. oOOoo... camtu rupenye tabby. Tapi naper one of pic tabby kat situ nampak macam Maine Coon? Sori tanye, becoz saya ada Maine Coon and just to make sure my Maine Coon memang ori breed XD

    ReplyDelete
  5. Cat-in-Sydney ~ yezza! power puff tabbies!! Haha

    ReplyDelete
  6. Cat-in-Sydney ~ yezza! power puff tabbies!! Haha

    ReplyDelete
  7. MM ~ DC pun baru tau in detail. Dulu tau asal belang je tabby, asal tabby je belang hehe

    ReplyDelete
  8. bunny ; ~ jgn mengkompiuskan diri Sha! Akak pun bukannya expert, takat bole bg panduan rambang je :)

    ReplyDelete
  9. Faizal n Fashitah ~ DC tak expert psl tabbies atau purebreed. Apa yg digambarkn hanya panduan umum je. To go into detail kena tanya atau google mengenai baka tu.

    Spt yg DC mentioned pd awal entry, tabbies bukanlah baka, ianya merupakan corak & paten yg ada pd hampir semua breed :)

    ReplyDelete
  10. rasanya HaeBi ticked tabby sbb ade belakng kt tgn.. tp.. ntah.. hahaha.. konpuse

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC