Friday, February 18, 2011

Musyang Berbulu Beruang!

Pada hari tu, dengan berbaju tidur *satin lak tu*, DC seperti biasa ke belakang rumah nak bersihkan kandang  dan rumah kucing. Dah menjadi rutin DC akan clearkan kain baju di ampaian *untuk di sumbat ke dryer* terlebih dahulu sebelum memulakan operasi pembersihan.

Tiba-tiba terasa  kaki DC macam sejuk dan basah. Memang memeranjatkan bila lihat penampilan terbaru Musyang. Sungguh curlassss!

Inilah dia Musyang yang berbulu 'beruang'..


Comelkan? Bab muka je tak kena lumpur haha!


Panik sekejap tengok Musyang macam ni. Tertanya-tanya apakah yang dah berlaku. Rasanya dia kena belasah atau dia membelasah hero kampung si Belang tu. Inilah akibatnya kalau kembirikan kucing pada usia lewat. Sifat bergaduh tu tetap ada..  Lepas ni Musyang kena apa ye?

Jawapnya kena mandi junub la haha!.. pukul 7 pagi ok?..

Taraaaaa!!! Musyang dah mangi la!

grrrr.. seeeejukkkk!!!

terpaksa pakai kolar balik walaupun bulunya belum kering..

Kucing2 yang tidak dikurung, mmg DC pakaikan kolar berloceng, sebagai makluman kepada masyarakat bahawasanya kucing2 itu bertuan *berpuan?*..

.. lepas mandi .. biasalah, ngantok...

Sebenarnya suami DC mencari kucing Belang pagi tu untuk pastikan betol ke Musyang ada konflik dengannya.  Mmg sah! Belang pun 'berbulu beruang' jugak!  Hmmmm suami dah bagi warning pada DC supaya jgn berbaik dgn Belang kerana sikapnya yg suka menganggu ketenteraman anak bini dan anak bulus di rumah.. ehmmm... *speechless*..

Kepada mu wahai Encik Musyang, taukah kamu punch card ofis mama merah hari tu!!

13 comments:

  1. hehe...sama lah...kite pon beberapa kali kena camtu dah siap siap nak g ofis bebdk jebon wat hal geram jek kann..sabo jelah :D

    ReplyDelete
  2. Tu diaaa, musyang mmg ade class! wakaka mcm curl-curl tu highlight hitam. Sha igt kan pakai shampoo treatment ke ape adeh la XD

    Waa mcm baik je musyang mandi sis, siap leh pose duduk tegak tu. hoho~

    ReplyDelete
  3. MM - DC setakat ni belum penah hadapi krisis mcm ni hehe.. dak Jebon tu dia buat apa plak yg menggeramkan MM?

    bunny :) - Sha, bulu Musyang sebenarnya mmg byk kerinting tp pjg. Tu yg tak tahan kalau tak sikat esp bahagian ketiak, sure bersimpulnya. Sis suka kalau dia mandi, bulu kat ekor tu sebijik mcm rambut kita kena perm zig zag tu haha!..

    Dia dok baik2 tu sbb kena 'train' dgn DC laa.. ingat Sha je boleh buat 'petting session'? ahakss

    ReplyDelete
  4. wow....musyang mmg jantan heheheh

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya kan, Musyang dengan Belang pergi buat mud warp kat spa Kg Dusun lah! purrrr.....meow!

    ReplyDelete
  6. m.q. - jantan sejati! semua kucing DC yg bulu semi-long tu buatan dia la haha! *psst! skrg dah tak sejati sbb kena zass! hehe*

    ReplyDelete
  7. Cat-in-Sydney - tak terfikir lak.. err ada ke spa for cats eh?

    ReplyDelete
  8. siannyer musyang..hhehehheeh...gengster kampung pisang nih...

    ReplyDelete
  9. Naddy - erkkk! kampung pisang jugak dpt nama!

    ReplyDelete
  10. hikhik..kesian dengan musyang kene belasah... =)

    ReplyDelete
  11. haha mantain macho je walaupun diberi mandi..heheh!

    ReplyDelete
  12. elok je dia duk diam tepi sink tu ye? Dc buat camne eh?

    ReplyDelete
  13. hehe..kat area umah saya pun ada spesis mcm belang tu..2 ekor lg (saya panggil Rain n Taiko) si Taiko tu tempang lagi tp jaguh gadoh n juara memikat..haha..tp 2 ekor ni dah menjadi bapa kpd anak2 kucen sya tanpa disedari...huhu..hubby pun x bg layan sgt dua ekor ni sbb kaki gado..

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC