Ramai juga antara kita yg tidak tahu kewujudan mencukur secara 'lion cut' pada si Comel. Lazimnya, 'lion cut' dilakukan ke atas kucing yang berbulu panjang dan separa panjang. Kalau susah nak paham maksudnya, sila lihat gambar2 berikut -
Seolah-olah memakai setokin atau kasut but.. |
Antara sebab mengapa pemilik kucing memilih kucingnya dicukur seperti rupa singa ini ialah :
- Masalah kesihatan - seperti terlalu banyak kutu dan hadirnya fungus
- Keguguran bulu yang banyak
- Bulu kucing bersimpul mati / sukar dileraikan
- Cuaca panas
- Kucing sukar dibersihkan kerana memiliki bulu yang panjang seperti kucing baka Persian
Ada juga pemilik kucing menganggap potongan ini sebagai langkah pencegahan kepada hairballs, ada juga kerana kucingnya yang telah berusia dan susah membersihkan diri dan tak kurang juga gemar melakukannya kerana stail atau suka-suka.
Adalah disarankan potongan 'lion cut' ini diserahkan kepada professional groomer di salun kecantikan haiwan, cattery atau klinik vet yang menawarkan perkhidmatan ini. Jika kita lakukan sendiri, kemungkinan si Comel akan mendapat 'luka' adalah tinggi. Tentu kita tak mau luka tu jadi penyakit kulit pula kan? Fikirkan juga faktor cuaca jika ingin mendapatkan khidmat 'lion cut'. Tidak digalakkan kita memilih opsyen ini di musim hujan, kerana dgn ketiadaan 'baju' atau bulu si Comel akan mudah kesejukan, mendapat demam dan flu.
Bagaimana cara groomer melakukan 'lion cut' ini adalah bergantung pada temperament kucing tersebut. Jika si Comel agak agresif, mereka akan diberi sedatif untuk 'dipengsankan' bagi memudahkan proses cukur dilakukan. Bulu si Comel biasanya akan tumbuh dgn lebih sihat dalam tempoh 2 bulan.
Terdapat cerita di sebalik perkataan 'lion cut' ini. Seorang pemilik kucing memberitahu groomer yang dia ingin membuat potongan 'line cut' - iaitu padanya ialah potongan bulu di bawah perut kucing dengan niat membuang bulu kucingnya yang bersimpul. Setelah selesai, pemilik kucing tersebut begitu terkejut dengan potongan 'lion cut' yang telah dibuat oleh groomer tersebut (gambar pertama dan kedua di atas). Beliau menangis seminggu bila melihat kucing kesayangannya jadi begitu rupa!
Ada pihak menganggap 'lion cut' ini satu perbuatan yg agak kejam kerana ianya bertentangan dgn lumrah atau kejadian kucing tersebut. Pada pendapat DC, ianya bergantung pada niat, dan menjadi satu keperluan andaikata kucing kesayangan kita mengalami masalah kesihatan seperti yang telah DC senaraikan di atas. Secara jujur, DC sebenarnya memikirkan kemungkinan mendapatkan khidmat ini untuk kucing DC bernama Musyang kerana shedding yang melampau dan masalah kaf wau ta wau yg tiada penghujungnya *sigh*..
boleh diaplikasikan pada si MOMON nih hehe..
ReplyDeleteKelakarnya rupa! Nasib baik Angelina jenis bulu pendek. purrr....meow!
ReplyDeletehaha nak lion cut dgn bobo..dulu after kena fungus.dah tak brapa nak tumbuh2 bulu..
ReplyDeleteHaha cool! tapi kesian plak tengok bulu dorang kene cukur camtu ehek.
ReplyDeletenice entry...leh la sy share nanti ya :-) heheheh
ReplyDeleteMM - kalau dah diaplikasikan, habaq sini no? hehe
ReplyDeleteCat-in-Sydney - funny and cute eh?.. tu sbb ada org suka suki buat kat kucing.. DC tak sampai hati sbb dlm gambar mungkin cute.. realiti, kesian la..
V - ha ada sebab nak buat lion cut tu!.. apa lagi??
Faizal n Fashitah - ye kesian.. ntah mcm mana la penjagaannya lps kena cukur.. ada sahabat kata, kulit kucing mudah melecet, sbb mrk kan suka menggesel..
ReplyDeleteKitton - ye sila2 share.. ilmu dan info yg berguna elok dikongsi bersama.. sharing is caring tau :p
thanks DC for the info!
ReplyDeleteinteresting read..terstumble upon your blog when i typed catnip..you tau mana groomer yg groom cat in kl tak..really keen to trim my cat...bulu asyik tangle je...owh btw check out my cat video:
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=pUHMvAV3KKo
cheers,
ed
Hi Ed, i am not sure groomer yg available. Cuba tanya di Pets Haven Jln Ipoh. They did for dogs too. I stumbled into another advertisement di mudah.my - Dkash Buluh Petshop & Cattery - yg juga buat shaving service for cats. SElamat Mencuba!
ReplyDeleteSaya dah follow blog awak.
ReplyDeletecute.. tpi cam kesian kat kucing tu coz dh botak!!! huhuhu... but amazing LOL =D
ReplyDeleteCotton pun dh jdi camni
ReplyDeleteBiasanya berape ringgit kalau buat mcm ni?
ReplyDelete