Friday, April 22, 2011

Jessie yang Jelita..


Jessie nama diberi.  Kini status anak dara ayu dan jelita (belum zasss!).  Sejak dia diambil pada 5 Nov 2010, iaitu 6 bulan yg lalu, Jessie semakin playful dan nakal. Hobinya asyik mengejar semua kucing yg ada, mungkin dgn niat bergurau tetapi ada yg betol2 Jessie tak suka - Betty. Tak padan dgn status PR, dia sering menghalau penduduk tetap - si Betty a.k.a. Etty jauh dari kawasan rumah DC.




Malah dengan warga tua - si Musyang dan Nyet tu pun Jessie suka menampar mereka! Yg pelik mereka, mereka dan keluarga mereka tak pernah nak menyerang balik akan si Jessie, lupa daratan itu.. Mereka banyak mengalah.  Agaknya sebab tu la Jessie semakin byk mengumpul lemaknya..

Beginilah rupa Jessie ketika mula2 diambil.  Walaupun begitu rupanya, jauh disudut hati, DC dah 'sign mati' takkan serahkan dia utk pengangkatan (adoption) hehe..


berkerak telinganya
Jessie berbadan comel molek atau petite.  Nak kategorikan dia sebagai kucing 'munchkin' pun tidak. Dia cuma bersaiz kecil - ala2 anjing chihuahua yang takkan membesar :)

Kalau masih ingat entri DC perihal Jessie yang banyak mulut, Jessie juga sebenarnya mudah mesra dgn sesiapa sahaja. Ini yang DC takut orang catnap. Kucing2 DC yang lain hanya manja dgn famili DC tapi tidak dgn org luar.  Tetapi kucing2 yang masih boleh tolerate dengan orang luar jika di beri masa beberapa jam ialah Daisy, Musyang dan Nyet. Yang lain tu? jangan tanya. Semua berdesup desap hilang. Atas loteng, bawah katil, dalam bilik air dan dalam longkang pun ada. Duduk la situ berjam-jam!

Mangsa keadaan. Gara-gara anak perempuanku, Beeha (1 tahun 10 bulan). 
Berlari DC capai kamera bila tengok dia diselimut dalam keadaan 
terpaksa mcm ni haha! Ntah berapa lama Jessie berkeadaan begini 
sebab ketika ni Beeha tiada di sisinya.




Begitulah kisah ringkas Jessie yang berekor kontot ini.  Sebenarnya ada lagi cerita mengenainya yang bermain dengan DC di atas rumput tapi gambar2 tersebut telah rosak di makan virus uhukk! Sungguh jahat virus itu!








Kisah2 kucing DC yang lain yang sempat dibuat :) :-
Nyet
Baby a.k.a Abby
Betty a.k.a Etty
Smokey
Wenzday @ Ateh
Tomot a.k.a Amot
Manit & Aning




15 comments:

  1. amboii...berkenan lah tgk si Jessie tu mmg ayu jelita

    nak merisik nih..dah ada yg punya ke hehe..

    ReplyDelete
  2. Jessie punya hidung ada secalit hitam tu macam Angelina pulak! Seksi!!!! purrrr....meow!

    ReplyDelete
  3. jessie mmg shomel dan jelita lah

    ReplyDelete
  4. Sukanya tengok Jessie... Comel!

    Before kak e pun ada kucing nama Jessie (RIP)

    ReplyDelete
  5. eeeee.... mcm mana leh jadi gebu camgitu? Julian ni tak maunya gemuk atau gebu langsung! T_T

    ReplyDelete
  6. hye jessie~ ada number fon tak! :) miauuu...miauuu~ :) hehe!!

    ReplyDelete
  7. amboii cantik nya dier... heheeee... 'sign mati' eak..?? bgus sis... heheeee

    ReplyDelete
  8. MM - baru je mandikan dia tadi, mmg kecik sungguh Jessie.. mcm kitten 6 bulan. Bulu je gebu iskk

    Cat from Sydney - a'ah la.. baru perasan. Ada gaya selebriti haha!

    ReplyDelete
  9. Rezeki tu DC,... Jessie nampak garang tp seorang ibu yg penyayang..

    ReplyDelete
  10. Rezeki tu DC,... Jessie nampak garang tp seorang ibu yg penyayang..

    ReplyDelete
  11. DC, yg berkerak kt tlinge jessie tu kurap kn?leh tau x cmne DC ubat kn kurap tu?sbb ade kucing blkg umah tu kesian sgt kena kurap...stakat ni wife sy spray dia dgn ubat kutu je..ade cara yg lbih effective x?

    ReplyDelete
  12. Rosmawati Yusof - skrg ni DC dah kurung Jessie sbb takut dia pregnant hehe.. tak de transport nak pi zass dia

    ReplyDelete
  13. Ye kurap tu Mohd Taufik.. ehmm setau DC, kalau kurap mmg tak boleh spray. Wajib kena suntik. Kalau kuantiti kurap tu terlalu sikit boleh spray. Tp kalau tak baik2 dgn spray kena suntik dgn dectomacin atau dectomax. DC ada bnyk kucing so jarang ke klinik sbb kena duit byk unless for vaksin. DC mmg ada standby kat rumah dlm first aid kucing untuk penyakit regular mcm kurap tu. DC suntik sendiri di tengkuk - utk berat dlm 1kg suntik 0.1ml :). Tp dlm entri first aid kucing dlm blog DC tak letak Dectomacin. Sbb takut salah bg info :p

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC