Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kisah Baby a.k.a. Abby

Share

Baby @ Abby (gambar pada 24 Jan 2011)

Sesekali DC nak selitkan kisah2 kucing DC di blog kucing ni kerana faktor 'tak de masa' hehe.. Kali ini nak cerita pasal Baby atau Abby.

BIODATA :  Baby atau Abby dilahirkan pada 8 Jun 2008 di Tangkak, Johor dari isteri pertama Musyang, iaitu Gegurl.  Gegurl, yg fluffy asalnya dimiliki oleh adik lelaki DC yang ketika itu bertugas di Radio24. Atas kesibukan tugas, Gegurl diserah pada oleh mak DC di kampung untuk dipelihara.


Ibu bapa Baby

Percintaan mereka membuahkan 4 ekor zuriat iaitu 2 jantan - Baby dan Aning - dan 2 betina - Betty dan Casper.  DC memilih Baby dan Betty (ketika itu tidak bernama) untuk dibawa ke Kuala Lumpur manakala Casper dan Aning dijaga oleh adik DC yang menetap di Seremban.  Latest info dari mereka, Casper telah lama MIA (missing in action) kerana sifat-sifat semulajadi (on heat) sementara Aning pula baru saja mati pada tahun lepas.

Adik beradik Baby @ Anak-anak pertama Musyang


Abby ketika berusia 5 bulan

HOBI : Sifat Abby yang tidak pernah hilang hingga kini ialah suka 'kneading' sambil menyusu badan manusia. Siapa2 yang menjadi bahan deraan kneading Abby dalam keluarga DC  tidak lah dapat DC didedahkan kerana akan menjadi aib juga. *walaupun ada yg tau syyyyyy!!*
Contoh terbaik gambar kneading Abby - di lengan DC
 *masih terasa denyutan ngilu menahan gigi dan kukunya*


PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN :  Tak siapa pun dalam keluarga dapat melupakan Abby yang pernah garang teramat garang pada suatu ketika dahulu.  Siapa saja dalam keluarga DC telah mendapat 'tandatangannya' ketika tu.  DC lah yang paling teruk dicederakan bukan sahaja dalam sejarah kucing DC tetapi juga menjadi sejarah dalam hidup DC.

Peristiwa tu berlaku pada 12 Disember 2009 ketika DC leka menonton tv.  Terdengar suara Abby (ketika tu dah dikembirikan) menderam seolah2 sedang attack sesuatu.  Abby sewaktu tu memakai leash (dalam usaha menjinakkannya) dan diikat di meja komputer.  DC cuba bercakap dan memujuk Abby supaya 'cool down'.  DC perasan Smokey berada di sekitar Abby ketika tu. Patot lah Abby terasa terancam.  DC menghalau Smokey supaya pergi jauh dari Abby dan kembali memujuk Abby supaya berada dalam keadaan tenang. Hmm rupanya Abby telah tersalah anggap.  Dia menyerang tangan kanan DC, seolah-olah tangan DC itu adalah Smokey. Dia menggigit sekuat hati dan menendang, mencakar  semahunya. DC cuba melepaskan tangan DC tetapi dia berpaut kuat. DC menghentak tangan DC ke lantai, pun dia tak mau lepaskan. Anak DC juga cuba membantu tapi tak berkesempatan kerana semuanya berlaku dalam sekelip mata. Suami DC yang benar2 marah dengan kejadian tu, segera meletak iodin, membalut luka dan terus ke klinik. Masa tu airmata DC mmg tak boleh tahan dah.
ni je gambar yang sempat DC snap masa tu sambil menahan sakit
*nurse tu tegur .. aikkk sempat lagi nak bergambar tgh sakit2?* hik hik*

Sampai di klinik lourdes, jalan ipoh, orang2 yg berada di klinik ingat DC mengalami kemalangan jalan raya sebab balutan luka penuh dengan darah.  Bila kata kena cakar kucing, reaksi muka mereka seperti tak percaya. Mrk ckp kalau gigit anjing boleh lah percaya. DC tak larat nak melayan kerenah mereka dan nurse yg adapun  terus bawa DC ke bilik dressing tanpa queue. Tak malu DC katakan DC terjerit2 sebab pedih dan bisa dikerjakan oleh nurse *muhahahah! skrg gelak la*

kena cuci

Hasilnya? DC dapat MC dua minggu dan 2x suntikan.  Hmm percaya atau tidak selepas tu, vet sarankan Abby diPTS *put to sleep* :(..Suami pada awalnya pun bersetuju sebab katanya selepas ni mungkin Abby buat hal lagi. Jari suami pun pernah teruk gak digigit Abby sebulan sebelum dia mencederakan DC.  Malah anak DC pun pernah bengkak tangan hingga mendapat suntikan dari klinik yg sama kerana digigit Abby jugak.

Tapi kasih DC pada haiwan ini tak pernah pudar hingga kini.  DC perjuangkan nasibnya. DC kata dia boleh dibentuk, mungkin keadaan yg buat dia begitu. Mungkin stress. Lama jugak nak bentuk Abby. Setiap kali DC ke kurungannya DC akan cuba pujuk dan bercakap, membelainya.. Tak sia2, Alhamdulillah.. kini Abby dah pulih, sebaik kucing2 DC yg ada.. :)
Abby kini - gambar di ambil semalam (23 Jan 2011)
Dia tidak lagi dikurung.. sebab DC rasa itu salah satu penyebab dia menjadi garang..

Walaupun rupanya agak garang, dia kini dah berubah
Masa ni dia berjaya mengawal diri bila DC tegor ketika dia cuba bergaduh dgn siblingnya - Betty.
Nampak badan dia straight masa DC tegor.. hehe

Latest pix - gambar pagi tadi, 24 Jan 2011
DC rasa wajah Abby mirip kepada ibunya, Gegurl..

Bagaimana ye kucing yg kita dakap dan sayang, kita curahkan kasih sayang, beri penuh perhatian sebab ketika tu DC hanya ada 5 ekor kucing sahaja dan baby Beeha pun belum ada, tapi kemudiannya bertukar menjadi garang tiba-tiba?  




Psst!.. Avatar blog DC adalah gambar Abby! :)

7 comments:

bunny ;) said...

wauu. lemah lutut sha tengok luka sis T^T dulu sha nye hunnybunny camtu jugak, salah sikit je cakar, salah sikit je cakar. hehe alhamdulillah la skrg abby dah ok kan comel kemain haa 8D geram rase nak gomol2 je.

btw sis, baru2 ni kan anggish dah ok laa waaahaha XD tp slalu die nak dgn sha je la tapi. dlm rumah, kena dekat ngn die plahan2, pat2, nnt die dtg sondol2 manje2 t sha upload gambar :P ♥

nama anggish makin lama makin pendek dah sha panggil :))
manggish > anggish > gish > ish > h ekekeke. las2, jd mcm ish/esh, so sha buat jadi 'Ace' :D ngee~

Gee said...

bunny - ha'ah skrg dah boleh gomoi Abby tu.. tp tak boleh lebih2 sbb dia start kneading, tersiksa jiwa dan raga sis hehe..

Bestnyaaaa sis dengar dia dah ok dgn sha hehe.. dia dah tau bau Sha tu sesuatu yang calm him down.. tu satu peningkatan tu!. caiyok! caiyok!

Ace pun Ace la Sha.. dah nak bermanjakan?.. contohnya darling, jadik ling je.. sayang jadik yang je hehe..

ummufaqeha said...

cute la kucing dc..kucing NISS tomei je garang..tp ade time2x..gak abis kaki tgn bercalar balar..tapi syg nye pasal thn je la..;)

meowwmania said...

penah jugak ada pengalaman macam DC, salah satu sebab kucing bertindak macam tu mungkin sbb dia ada pengalaman yg buruk atau merasa keselamatannya terancam kan...

mujur DC sabar melayan kerenah si Abby, tak sia-sia kan..tentu skrg Abby dah percaya pada DC 100% ;)

bylindakitchen said...

akak.
abby tue sama macam doddy.
doddy tue perangai dia memang kita takkan sangka.
kalo gurau lebey sikit..dia akan terkam kita macam hilang kawalan.
camtue lah perangai dia.
hari-hari duk mengkaji apa punca dia jadik camtue.
semua kucing dia nak terkam.

Sharz said...

kalau garang same cam baby..sejak kene spay..jadi garang..selalu jugak tangan nie kene cakar...tapi tak pernah seteruk DC..maybe dlm situasi die nak bergaduh so die tercakar jadi mcm tue..kalau kite jadi DC kite pon tak marah sebab kite yg nak pegang die padahal die tgh sedia nak menyerang...

Dya Atira said...

sy pown pnah cedera camtu..puncanya..chici sgt takutkan hair dryer...msa kejadian tgh dokong die...pastu nk smpn hair dryer dlm laci...die yg tkejut trs cakar n gigit semahunya..tp bkn slh chici..slh sy...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...