Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Giliran Ginger dan Smokey kena zass!

Share

Oleh kerana Sabtu ini merupakan hari sabtu pertama bulan Januari, klinik kembiri tutup. Mr Krishnan dengan rendah hati menawarkan appointment kembiri diawalkan iaitu pada hari Jumaat keliwon, 30 Dis 2010. Sudah tentu DC setuju sebab hari tu dah diisytiharkan cuti oleh PM kita hehe..

Ada 6 ekor lagi yang belum dikembiri. Poket DC hanya mengizinkan 2 ekor sahaja di kembiri buat ketika ini. Setelah fikir10x, DC membuat keputusan memilih Ginger dan Smokey.  

Masih ingat dengan Ginger? Dia dah 2 bulan dalam senarai 'for adoption' malah telah disenaraikan sebagai 'pet of the day' oleh petfinder dan facebook, namun masih tiada bertuan. Sebenarnya ada yang berminat tetapi DC terpaksa decline atas sebab-sebab tertentu. Hanya adopter yg betul2 faham dengan sikap 'jinak2 burung merpati' Ginger boleh adopt dia bukan setakat suka saja.  Sebab sesetengah adopter mengandaikan bila mereka adopt kucing, kucing tersebut dengan mudah manja dan suka dengan mereka.  

Ginger, kini berusia 6 bulan dan selamat dikembirikan.

Pet of the day di facebook

Pet of The Day di petfinder.my

Sekarang kita berkenalan dengan jejaka perasan - Smokey, baka mix breed russian blue.  Begitu lama DC bertahan untuk tidak zass dia ni.  Dan lama itu la DC pening dengan laungan mendayu-dayu dia.  Sampai kurus la Smokey ni berpenasaran kerana napsu yang membuak-buak haha! *kejam kau DC!*
.. sebelum pergi kembiri
Smokey pernah disenaraikan untuk adoption tetapi DC tarik balik atas sebab2 tertentu.  Antara yang berminat untuk memilikki Smokey ialah salah seorang pelakon Awan Dania huhu!.. Masa tu DC terfkir, ooo artis pun melayari petfinder la hehe.. Dia bagi no telefon dan berpesan jangan beri pada sesiapa. Siap intro facebook fan club dia.. Artis ensem itu mmg calon adopter yg sesuai, tapi lamaran tidak menjadi apabila DC terangkan sikap Smokey yang begitu tidak disukai oleh semua kucing2 lain.  Meaning sesiapa yg nak adopt Smokey tidak boleh pelihara kucing lain..  Setelah itu suami DC lihat ada keistimewaan pd Smokey dan meminta Smokey tidak disenaraikan for adoption. Keistimewaan?.. sebab jarang lihat kucing begini di luar sana dan dah lihat di mata kami sendiri, kucing baka ini amat patuh dan cling suka pada manusia hingga boleh di bawa bersiar seperti anjing!

Smokey selepas kembiri..
.. dah kurus
 Semoga Smokey selepas ini gebu kembali seperti dulu

Smokey, lebih 8 bulan yg lalu sebelum dikurung..
Ehmmm tinggal 4 hekowww lagi belum zasss.. - Oyen, Cik Tom, Wednesday dan Tomot huhu!



5 comments:

Namie Amir said...

potong jangan tak potong :-p

Ms J said...

mm... kenapala tak terjumpa smokey ni dulu? Besides black fur cat, Saya suka jugak yang camni. Tapi.. mungkin berjodoh kuat dengan JULIAN agaknya.. :) Cepat2 gemok eh? minggu depan Julian pulak nak dikembirikan.

meowwmania said...

dah sunat si Ginger dan Smokey?? alhamdulillah...aunty meow doakan smoga cepat pulih yer :)

DearCats said...

Namie Amir
potong? lagi pedas bahasa tu haha!

Ms J
ooh russian blue fan jugak ke? hehe..
Semoga Julian selamat di zass kan ye!

MM
*mekaceh aunty MM..* jwp Ginger
Ginger skrg adoi la MM byknyaaa bercakap.. tak larat nak layan.. tp dia semakin cantik laaaa! sampai suami tak bagi send for adoption.. iskk.. he is gorgeous!

Ms J said...

Gee, berapa hari nak tunggu baru boleh mandikan Julian eh? Bucukk amat nieh! huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...