Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

QnA: Bolehkah kita dijangkiti kutu kucing?

Share

Kali ini DC share sedikit info mengenai persoalan di atas.  Semoga ianya berguna untuk kita semua.

Kutu kucing atau Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yg boleh dijumpai pada kucing. Jangkitan kutu memang memeningkan kita. Tapi, boleh ke manusia dijangkiti kutu kucing?


Secara amnya, kutu kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia. Mereka hanya boleh menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.

Warna merah menunjukkan darah yang telah dihisap oleh larva kutu kucing. 

Namun merujuk pada Wikipedia, kutu betina boleh hidup dan bertelur jika mereka boleh menghisap darah selama 12 jam berturut-turut. Pada pendapat DC, kenyataan ini membawa maksud, jika kita tidak merasa gatal hasil gigitan kutu tersebut.  Tetapi secara amnya, ia boleh dielakkan jika dalam masa 12 jam tersebut, kita membersihkan diri atau mandi menggunakan sabun antibakteria.


Rawatan gigitan kutu kucing


Kalau kita nampak ada bintik merah dan terasa gatal di bahagian yang dinyatakan:
  • segera cuci kawasan tu dengan sabun antibakteria;

Antara sabun antibakteria yang terdapat di pasaran.

  • Gunakan air sejuk, kerana dengan menggunakan air panas atau air suam, ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut.
  • Lap kering dgn tuala bersih
  • Sapukan krim hydrocortisone. (Ingat tak lagi DC pernah senaraikan ubat ini dalam First Aid Kit Kucing?) Atau gunakan losyen calamine untuk melegakan rasa gatal tersebut. Menggunakan ice pack juga membantu mengurangkan bengkak pada gigitan kutu. 
Antara produk yg membantu melegakan kegatalan gigitan  kutu kucing

  • Jangan garu sbb ini akan mengalakkan jangkitan bakteria.

Elakkan dari menggaru

Harap info ini membantu :)








Rujukan:
http://www.buzzle.com/articles/cat-fleas-on-humans.html
http://www.orkin.com/other/fleas/cat-fleas-on-humans

15 comments:

PONDOK PONDOK KAYZA said...

Terima kasih utk info mengenai jangkitan kutu kucing.

penkcintadia said...

dc.. tq sgt2 info ni.. sb lama dh nk tahu.. huhu..cat lover here.. folow k..?=) meoow!

Miss Sha said...

alamak..rasanya saya da terkena kutu kucing ni..baru je adopt anak kucing, mak dia da mati..ni skrg ada gatal2 kt betis, kaki..camne nk ilangkan ea..

~atiQah~ said...

salam.saya dah kena kutu kucing ni.banyak sangat gigitan dia kaki,badan dan tangan habis merah2. saya dah sapu krim hydrocort dan calamine lotion, namun, tak 100% sembuh pun.masih rasa gatal2 juga.sangat berbisa dan tak selesa.cara terbaik adalah dgn membasmi kutu2 dgn bersihkan rumah, bilik, buat cara tertentu untuk bunuh kutu tersebut.

Miss Sha said...

a ah kan atiqah..saya dah sembuh..ari2 mandi letak dettol..baru ilang..

xastor said...

miss sha, guna sabun dettol ke larutan berubat dettol?

xastor said...

Miss Sha,

guna sabun dettol or larutan berubat dettol?

Miss Sha said...

Larutan.yg warna brown tu.ltk dlm air mandi,pastu biar bilasan last tu air larutan dettol.bkn air paip.bau cket,tp bgus.pastu da kering,sapu calamine n hydrocortisone.jgn garu at all.sy ada parut sbb garu.T.T

laila tony said...

sy sekeluarga br tahu kitorang terkena kutu kucing..yang kesiannya anak sy 4 tahun gatal2..jumpa doktor dh banyak kali, doktor ckp kudis sbb dh macam nanah sbb garu.Yelah, budak mana tahan gatal kan..skrg kitorang suami isteri plus anak no 2 pun gatal2 jugak..dh baca tip nak bunuh harap2 pasnih berjaya lah..kitorang dh siap basuh baju2..kapet, toto tapi still gatal2..especially malam...siang ok je.

Anonymous said...

tQ DC...baru tau..rupanya sy juga diserang kutu kucing!!! argghhh..gatal dia mmg xleh blah..g amik ubt kt doc.igt kot demam cmpak.tp bukan...kesannya..sgt stress

lisa said...

so,cmne cr nk hlangkan part ksn gigitn ktu kcin gtu sis??gatal da ilang part yg tinggl ... bnyk lak tu. gune maderma pun xilang

honam joe said...

terima kasih DC

Si meow kecil said...

saya kena kutu kucing lah ni haritu saya pi rumah akak sycduk main kucing 4ekor sbb comel sgt.dah balik rumah sendiri gatal2 bnyk timbul rasa gatal sedangkan nyamuk tak nampak pun.boleh guna sabun lifebouy kan?

Asikin Azmi said...

Petua org2 tua...
1) Dulang
2) Cecair mandian anti-bakteria
3) Gelas/Cawan
4) Lilin

Cara-caranya
Ambil dulang msukkan air sehingga separuh penuh & sedikit titisan mandian anti-bakteria..larutkan cecair sabun t'sebut..ambil cawan tuk jadikan stand lilin..nyalakan lilin ditengah2 dulang yg b'isi air t'sebut..letak dulang ditengah2 bilik@hall rumah & matikan lampu...dlm 15minit @ 1/2jam anda akan nampak kutu kucing akan datang kedulang dan melompat masuk kedlm dulang t'sebut.kerana kutu kucing akan mencari haba panas utk dirinya utk kekal hidup..buat cari ini dlm 4/5 hari sehingga anda nampak kutu kucing yg mati lemas b'kurangan..dlm waktu yg sama..boleh la anda merawat kulit yg gatal dgn m'beli lotion/ubat diFarmasi....Selamat Mencuba..

Arif syakif said...

Da ilang ke skrg ni. Saya kne plak. 😭

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...