Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

First Aid Kit untuk kucing

Share

Percaya atau tidak, sesiapa yang memelihara kucing sebenarnya mesti mempunyai peti pertolongan cemas haiwan ini. Malah ada di antara pemilik kucing tidak sedar betapa pentingnya kita mesti mempunyai first aid kit sehinggalah kucing kita ditimpa sakit atau kemalangan kecil. Lebih cemas kalau tiada klinik haiwan yg berdekatan, atau jika ada, klinik tersebut tutup terutama di waktu musim perayaan. Terus terang, saya sendiri pun panik :) Gambar di atas ada lah contoh terbaik, saat2 cemas yg saya alami bila kucing saya (Betty) tidak langsung peduli anak yg telah dilahirkannya. Maka dengan itu saya jadi bidan terjun, memotong tali pusat anak2nya. Sebenarnya banyak peralatan dan ubat-ubatan yg perlu sentiasa tersedia dalam first aid kit sicomel anda. Sesetengah kelengkapan boleh didapati dari farmasi manusia. Berikut ialah antara ubatan yang saya sediakan untuk first aid kit kucing saya. Bagaimanapun, nasihat saya, rujuklah kepada vet anda sekiranya anda tidak pasti dengan ubat yang saya senaraikan, apa tah lagi jika simptom/tanda sakit kucing anda berterusan. Kalau boleh label ubat2 tu supaya anda dpt mengambil tindakan pantas bila berlaku kejadian tidak diingini sbb kdg2 kita ni mudah panic bila kesayangan kita tu dah lain macam.. 1. Gauze/kain kasa dan kapas – untuk membersihkan luka 2. Syringe (picagari) – untuk kemudahan memberi ubat/makanan 3. Anti bacteria wipes/alcohol wipes atau pads – untuk luka 

4. Gunting kecil yg tumpul hujungnya – kegunaan untuk potong bulu kucing yg mengganggu kawasan luka, atau mcm kes saya potong tali pusat anak kucing (kena pastikan gunting tu dah dinyahkuman ye).. 5. Sarung tangan getah (rubber gloves) – saya pernah guna plastic gloves untuk letak ubat kutu. Kucing saya hissing, panik bila dengar bunyi gemersik plastik, ada yg mcm histeria melompat sana sini.. aduh.. 

6. Flashlight/torchlight atau penlight – saya guna untuk suluh mata kucing kalau2 mrk tu kena kes2 keracunan. 7. Petroleum jelly – untuk kemudahan memasukkan termometer ke dalam rektum kucing.
  8. Digital Termometer (Jangkasuhu digital) – untuk mengesan demam - lebih tepat dan selamat digunakan berbanding termometer kaca yang menggunakan merkuri kerana kita perlu pastikan tahap minima merkuri dalam kaca thermometer sebelum menggunakannya. Kena goncang sampai level 99 darjah F baru boleh guna. Kena masukkan selama lebih dr 1 minit untuk dapatkan bacaan yg tepat. (agak2 boleh tahan ke kucing tu?) mudah pecah pulak tu. - masukkan termometer ke rektum/lubang najis kucing dengan bantuan petroleum jelly sedalam lebih kurang seinci. Bila dapat bacaan sila la cuci thermometer dgn air sabun atau alcohol wipes & simpan. - penting untuk anda tahu bahawa suhu normal pada kucing ialah 38.5-39.2 celcius (99.5 - 102.5F) - 38 celcius ke bawah – kucing anda mengalami hypothermia atau kesejukan - 39.5 Celcius ke atas – kucing anda mengalami hyperthermia atau demam (Peringatan : ambil suhu kucing ketika dia berada dalam situasi normal atau rileks. Suhu kucing anda sebenarnya boleh berubah selepas dia bermain atau ketika waktu matahari panas terik.) 

9. Cecair iodine (iodine solution) seperti betadine solution – ubat antiseptic untuk luka kecil. Sapu dua kali sehari mengikut keperluan. 10. Activated charcoal tablets – untuk kes2 keracunan kerana charcoal berkesan menyerap toxin/racun. Kdg2 kucing kita menjilat ubat kutu yg kita letak pada badan dia, termakan rumput yg kena sembur racun, memakan serangga atau bermain dengan tikus yg kena racun. - beri ½ (separuh) tablet sekali sahaja. - kalau nak tau kucing kita kena racun, simptom pertama dia muntah2, murung, hilang selera makan dan mata hitam dia membesar. Kalau suluh dgn torchlight pun mata hitam dia tetap membesar. Bawa dia ke klinik haiwan jika tanda2 makin teruk spt kerap muntah atau tiba2 dpt sawan. 

11. Hydrogen peroxide – ni untuk cuci luka yang bernanah. - Cairkan larutan bila nak guna. Cuci dalam 2-3 hari atau hingga nanah habis. - Hentikan penggunaan larutan ni kalau luka dah betol2 bersih sbb larutan ni boleh menghakis kulit.

12. Larutan kaolin pectin – untuk anti diarrhea atau rawatan awal cirit birit atau berak cair. - Beri 1-3ml, 2 kali sehari hingga sakit reda. - Kalau nak tau larutan ni protect lapisan perut dari terkena asid perut yang berlebihan yang boleh mengakibatkan luka atau ulcer pada si comel. 
13. Terramycin ointment – untuk sakit mata. Ubat ni saya baru masukkan dalam first aid kit kucing saya bulan ni atas pandangan seorang sahabat. Alhamdulillah, beberapa kucing especially kittens yg mmg mudah kena sakit mata, pulih slps guna ubat ni. Tkasih sahabat!

14. Diclofenac Sodium 250mg (Voren) – ini utk kes demam panas - cara guna – masukkan ke rektum/lubang najis kucing. - sebiji kapsul untuk sekali guna untuk seekor kucing dewasa, untuk anak kucing, beri separuh kapsul tu - Seeloknya bawa kucing anda berjumpa vet, ini hanya untuk rawatan kalau sakit kucing anda datang di waktu2 yang tidak diingini mcm waktu public holidays, raya, krismas.. 

15. Laxatone - seperti jel, untuk rawatan hairballs atau gumpalan bulu kucing yang tidak dapat dikeluarkan secara semula jadi atau pun muntah. (ia menghalang sistem penghadaman kucing) - ubat ini bertindak sebagai pelincir yang akan mengeluarkan hairball secara semula jadi. - mempunyai dua perasa - biasa atau tuna. Mudah diberi kepada si Manja anda. Itu je, ada banyak lagi sebenarnya. Boleh rujuk di laman web internet. Tapi apa2 pun sekali lagi saya nasihatkan, dapatkan pandangan vet anda terutama kalau tak sure cara pemberian ubat. Yg penting dan pasti, sekarang anda harus ada FIRST AID KIT SI COMEL!

25 comments:

Anonymous said...

d mana blh dapat/beli ubat2 ni.kucing dah banyak sakit dan mati.

Gee said...

Bole beli di farmasi biasa, ada juga di pet shop.

~~ Cik Muda Enny ~~ said...

pakai terramycin tu betol2 mujarab tak??

i ade bace kat blog yg klau ade ketumbit pakai ubat niy bole elok..

i baru ade tande2 nak sakit mata niy..
mahal x??
:((

DearCats said...

Cik Muda Enny - DC tak pasti kemujarabannya pada manusia. Klu pd kucing, mengikut pengalaman saya mmg cpt sembuh. Harganya RM5 je Cik Muda hehe.. tp amat lah halus rupa dan kandungannya - besar jari kelingking kita je..

phat cat said...

kalau nak tau kucing kita kena racun, simptom pertama dia muntah2, murung, hilang selera makan dan mata hitam dia membesar. Kalau suluh dgn torchlight pun mata hitam dia tetap membesar. <<<<<----CHELLO X KERACUNAN PUN MATA DIA ASIK MEMBESAR JER... TAKUT PUN CAM TUH, HAPPY PUN CAM TUH, RELAX PUN CAM TUH..CEMANE TUH KAK.>??? muakaka.. :p

DearCats said...

phat cat - Ada pun Chello Cik Lia itu bukan lah keracunan sbb dia tak muntah2.. DC rasa lebih kepada terkenan dgn tuannya.. akakakak!

Noor Hafirdaus said...

Cerita pasal bidan terjun ni, suami saya yang selalu jadi bidan, saya tak sanggup. Suami saya akan potong tali pusat dan ikat dengan benang, kalau tak ikat dengan benang darah tak berhenti keluar. Saya memang tak sanggup nak hadapi detik2 mcm ni tapi kalau terpaksa memang kena buat jugakla.

Anonymous said...

salam.
anak kucing saya umur 1 bulan, matanya melekat je...bertahi mata..boleh juga guna terramycin ni? Bagaimana cara nak gunanya?

sekarang ni saya hanya cuci matanya guna pencuci mata yg biasa tu.

Emma said...

wow..sgt berinformasi, betul2 sya pon ada first aid kit kucing. Sedangkan utk diri sendiri pon takde..hehehe...voren tu tak sangka boleh guna utk kucing..sy ada ubat tu dlm simpanan. tq for the all the tips.

miss masya said...

slm....
kucing sye ni sakit mata.boleh sembuh ke kalau pakai terramycin tu coz mata dia mcm dah bengkak ..kalau sye nak bli 1st aid tu berape semua nye ye?...klu nak bli kat farmasi biasa,nak ckp ape?..1st aid utk kucing ke...

DC said...

Salam kembali miss masya. Seeloknya berjumpalah dgn vet untuk merawat sakit mata kucing miss masya. Panduan yg DC paparkan dalam entry ini sekadar 'option' sekiranya berlaku kecemasan bila kita tidak berkesempatan berjumpa vet atau klinik tutup.

Seingat DC, first aid kit lengkap utk kucing tiada dijual di Malaysia. Kita, sebagai pemilik kucing kena buat sendiri, tentukan ubat2 tersebut 'handy' atau sentiasa ada dalam simpanan :)

miss masya said...

ooo..ye ke?..hari tu 18.10..sye nak buat pembedahan kat mata kucing sye.....so sye kene tinggalkan kucing sye tu kat klinik....keesokkan hari nyee,dpt panggilan dr klinik tu,dorang ckp,kucing sye dah mati......sye menangis....pg2 dah nanges.....hurm....

Angin Selat Melaka said...

As'kum.

Utk sesiapa yg sayangkan kucing, setelah ubati ia dgn panduan yg diberi di atas tu (ubat doktor), maka teruskan dgn amalan penawar tradisional yg begitu efektif di sini:

Penawar Kesihatan Kucing

Penawar tu kuat juga kesannya. Semoga berjaya, cat lovers! Tq.

blogger said...

As-kum
Boleh x kak DC bagitau mcm mana nk buat lepas potong tali pusat ank kucing cbb kn lepas ptong die berdarah pastu lagi 1,beloh x akak bagitau susu ape nk bagi kt ank kucing baru lahir klau mk die x layan
Thanks for sharing information with me
As-kum

DC said...

wa'alaikummusalam blogger.. selepas potong tali pusat anak kucing tu.. kita kena ikat dengan benang.. jgn kuat sgt nanti putus lak. bila kering, tali pusat akan tanggal sendiri kalau ibu kucing tak makan..

ada 2 jenis susu anak kucing yg boleh diberikan pada baby cat. 1) jenis kering -kita kena bancuh sendiri. 2) jenis ready made atau dah siap dalam kotak mcm kotak minuman, antaranya brand PETS OWN MILK yg boleh didapati di petshop.

buzzer said...

Slm
sorry for interupting blogger and DC
tapi saye nak tanye DC yang kite kena bagi antiseptik ke seblom ptong tali pusat anak kucing,klau kena ape jenisnya
terima kasih cbb sudi jawab
Slm

DC said...

Salam kembali buzzer. Sebenarnya kita boleh biarkan ibu kucing menjalankan tugasnya sendiri memotong tali pusat anak2nya.. apa yg kita boleh lakukan ialah "standby" atau bersiap sedia jika berlaku komplikasi si ibu kucing enggan atau memotong tali pusat anak yg melekat pada uri. Jika si ibu kucing dah putuskan tali pusat tak perlu la kita buat apa2 sbb air liur ibu kucing tu dah cukup, mematikan tali pusat agar tidak berdarah. Ok kita kena sterilizekan dulu gunting tu (dgn air panas) atau gunakan Anti bacteria wipes/alcohol wipes (spt no. 3 di atas). Ada dijual di farmasi2.

miss masya said...

boleh tak abg senaraikan ape2 brg yg d perlukan..rasenye adik nak bli brg2 (first aid) tu la.....ssb adik ni,kalau tgk die lain mcm,adik dah risau........

elina said...

kat mne ye nk bli terramycin tu?farmasi biasa ade?

Anonymous said...

klu ank kucing tu da pun lahir pastu tali pusat nye masih ada.. kena potong je ke?

Anonymous said...

salam...macam mn rupa dan bentuk Larutan kaolin pectin?
terima kaseh:-)

Anonymous said...

Kucing sy mati lps sehari beranak.. Sy tak tahu knape.. Tp dia asyik terjun dlm longkang yg penuh dpn rumah.. Dia duduk je.. bila angkat, dia terjun lg.. Mcm kpnsan dia dmm pns kah? Ms tu hari cuti.. Tak dpt bw dia ke klinik.. Ank dia pon mati.. Asyik ngiau pnggl ibuny.. :'-(

shaza said...

Saya baru membela anak kucing parsi dlm usia 2 bulan...br 5 hari..masalhnya dia terkena berak2..cair..kesian tgknya sampai nak demam...klinik tutuo ni please...

shaza said...

Saya baru membela anak kucing parsi dlm usia 2 bulan...br 5 hari..masalhnya dia terkena berak2..cair..kesian tgknya sampai nak demam...klinik tutuo ni please...

raziskandi kandi said...

assalam . nak tanya . saya ada pernah bela beberapa ekor kucing tapi sering mati secara tiba tiba . pernah sekali saya nampak kucing saya mati depan mata saya dia rebah dan mulut nya berbuih , saya tau kemungkinan ada org telah meracunnya , so saya nak tau boleh tak diubati ? dan apa ubatnya ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...