Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Perlunya Memberi Ubat Cacing Pada Kucing (Deworm)

Share

Pernah lihat kucing mengheret duburnya ke lantai sambil duduk?  Memang agak kelakar bila kita tengok mereka berada dalam keadaan begitu.  Tapi taukah anda sebenarnya perbuatan seperti itu menunjukkan kucing anda kecacingan dan perlu diberi rawatan.  Duburnya gatal kerana ada pergerakan cacing halus berwarna putih seperti benang di situ.

Antara jenis2 cacing yg sering terdapat pada kucing ialah cacing pita, cacing gelang (roundworms), hookworms dan whipworms. Berikut ialah serba sedikit mengenai cacing yg diperkatakan.

Cacing Pita (tapeworms) - Cacing paling biasa didapati pada kucing. Berbentuk panjang dan pipih seperti pita. Badan bersegmen dimana segmen yg uzur atau tua boleh dilepaskan/putus dan keluar melalui najis. Berwarna putih atau krim. . Boleh mencapai ukuran sehingga 70cm panjang. Bila matang boleh mengeluarkan 5-30 biji telur.  Boleh dibinasakan dengan ubat cacing yg mengandungi Prazyquantel, dichlorphen atau febendanzole.

Cacing pita (tapeworms)




Cacing Gelang (roundworms) - berbentuk seperti silinder, bulat, berwarna dari putih hingga pink. Sering menyerang kucing terbiar (strays) melalui pemakanan seperti tikus. Mudah berjangkit pada kitten, melalui penyusuan.  Cacing dewasa boleh mencapai ukuran 15-35cm panjang.  Menyerang hati dan buah pinggang dan menyebabkan usus tersumbat. Boleh berjangkit pada manusia terutama pada kanak-kanak. Boleh dibinasakan dengan ubat anti parasit Selamectin.

Pergerakkannya terapong dan makan khasiat/nutrisi dari apa yg kucing makan.

Dalam kes2 biasa, bulu kucing kusam dan tiada simptom lain. Pada kes yg berat, kucing akan memuntahkan cacing, sembelit mahupun cirit-birit dan berlaku penurunan kadar sel darah merah (anemia).  Perut buncit dan mengelembung ke bawah.


Cacing gelang (roundworms)

Cacing Kerawit (Hookworms) -  bentuknya kecil, kurus dan berukuran kurang dari seinci. Mempunyai gigi untuk memudahkan mereka bergantung dan melekat pada dinding usus.  Hidup dengan menghsiap darah dan tisu dalam badan. Jangkitan cacing ini boleh menyebabkan kematian pada kucing jika tidak dirawat kerana ia menyebabkan kucing hilang darah yg banyak dan hilang selera makan. Mudah berjangkit pada kucing kerana boleh menembusi kulit seperti terpijak najis. Boleh menghasilkan 5,000-10,000 telur.  Agak sukar dikesan melalui najis. Larva cacing boleh menjangkiti manusia tetapi tidak berkembang ke peringkat dewasa. Ia menyebabkan iritasi, kegatalan dan radang kulit pada manusia.

Gambar Cacing Kerawit yang dibesarkan.. 
Gigi pada cacing kerawit yg menghisap darah dan tisu kucing

Cacing Cambuk (Whipworms) - berbentuk cambuk atau cemeti.  Kurus atau tirus di hadapan dan tebal di belakang.  Cacing dewasa berukuran 2-3 inci panjang. Melekat di dinding usus besar, makan darah. Lazimnya terdapat pada anjing.

Cacing Cambuk (Whipworms)

Simptom atau keadaan kucing kecacingan:

  • Kurus dan berat badan sukar naik
  • Sembelit mahupun cirit birit
  • hadirnya darah pada najis
  • Warna najis gelap dan hitam
  • Perut buncit, tak mahu makan atau terlebih makan,
  • Hilang berat badan walaupun makan dengan seimbang
  • Gusi pucat tanpa sebab, lemah
  • Bulu tidak berseri, kusam
  • Berlaku radang kulit terutama pada celah kaki (larva sedang bermigrasi)

Langkah2 pencegahan :

Rawat kutu kucing (jika ada) - Cacing juga boleh disebabkan oleh kutu yg bertelur pada badan kucing.  Ia berlaku apabila kucing menjilat ketika membersihkan badan mereka. Adalah penting kalau kita memberi ubat cacing pada kucing, kutu juga tiada pada mereka. Lebih baik kutu dirawat terlebih dahulu dan setelah beberapa hari kutu hilang, baru lah kita memberi mereka ubat cacing.


Beri ubat cacing - Menyingkir cacing pada kucing secara relatifnya mudah dan tidak mahal. Oleh itu lakukan rawatan berkala, kerana terdapat juga cacing yg begitu mudah berjangkit pada manusia.

Dos yang seharusnya diberikan pada kucing :

Usia 2-12 minggu – berikan dos setiap 2 minggu
Usia 4 -6 bulan – berikan dos setiap 1 bulan
6 bulan ke atas – berikan dos setiap 3 bulan
PRAZIVET - RM6 sebiji di Dearcats Pet House :)

DRONTAL CAT TABLETS
(Ada dijual di Dearcats Pet House dgn harga RM9 sebiji)


Bersihkan litter tray dengan betul - Litter tray atau bekas najis kucing jika tidak dibersihkan dengan baik tidak akan memutus atau membinasakan kitaran hidup cacing walaupun kucing telah diberi rawatan ubat cacing.

Pantau pemakanan kucing - Kucing outdoor atau indoor tidak terkecuali boleh dijangkiti cacing melalui pemakanan. Elakkan kucing dari mengejar/makan lipas dan tikus.  Elakkan dari beri makan makanan atau daging mentah pada kucing.

Antara ubat cacing di pasaran yg boleh digunakan :


Ubat cecair – Albomar, Wormnil(ubat haiwan)/Nemocid (ubat manusia)

Wormnil Oral Anthelmintic SuspensionSetiap 5ml mengandungi 
bahan aktif 250mg Pyrantel Pamoate USP
(dijual pd harga RM15.90 di Dearcats Pet House - percuma 3ml picagari)


0.2ml x1 kali sehari, untuk 3 hari (anak kucing baru cerai susu – 6 minggu)
1ml x 1 kali sehari, untuk 3 hari (kucing dewasa)

Ubat tablet/pil
Drontal, Worex, Prazivet Plus, Praziquentel, Pyrantel, Plozin (ubat haiwan)
Zentel, Mebex (ubat manusia)

½ tablet x 1 kali, untuk setiap 45-60 hari (kucing dewasa)

(Sila maklum DC bukanlah Vet, apa yg dipaparkan hanyalah panduan semata-mata dan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Pemberian ubat seperti Drontal dan Worex adalah mengikut berat badan.  Pastikan anda tau berat badan kucing anda dan adalah lebih baik anda  rujuk dengan Vet yg bertauliah, dapatkan pandangan dan recommendation beliau) 


Psst! : Kecacingan pada kucing juga boleh dikesan dengan meneliti najis atau lendir  yg melekat pada permukaan dubur kucing.  So, belek lah dan bersihkan selalu :) 











RUJUKAN:

http://wiki.answers.com/Q/What_are_the_signs_and_symptoms_that_a_cat_has_worms
http://www.hartz.com/Cats/Health/Parasite_Protection/Intestinal_Parasites_and_Your_Cat.aspx
http://vetmedicine.about.com/od/diseasesandconditions/a/CW-FelineHookworms.htm
http://vetmedicine.about.com/od/diseasesandconditions/a/CW-Whipworms.htm
http://vetmedicine.about.com/od/parasites/f/FAQ_tapeworms2.htm

6 comments:

meowwmania said...

arghhh gelikkkkk..............

Noor Hafirdaus said...

oh cacing rupa-rupanya tak tahu pulak tapi kelakarla sebab dia suka menggeselkan punggungnya sambil berjalan

armouris said...

lagi info tentang cacing di SIHAT SELALU - Jangkitan Cacing Ganggu Tumbesaran

masyietah87 said...

bole ke guna ubat zental utk mnusia kt kucink?

Pijin Pepijat said...

wah bestla artikel awak.. sy minta izin share kat fb ye.. promote blog awk kat group Dunia Kucing so lebih ramai org yg tau psl deworm ni :) macey

SHARIF MOHD ALI said...

sy pernah bagi ubat zental..tapi sy tgok tak ada perubahan...kucung saya perut besar..makan kuat..bila buang air besar dia cirit..kesian saya tegok..jln pun susah..biasanya dia aktif..kuat panjat sana sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...