Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Wordless Wednesday - 11/1/12

Jerawat Kucing (Cat Acne)


APA ITU JERAWAT KUCING (CAT ACNE)?

Sering terjadi pada dagu dan bibir bawah kucing (rujuk gambar). Sebum atau kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut berfungsi menghasilkan minyak untuk melembapkan kulit, mencegah kekeringan dan iritasi. Apabila sebum terhasil berlebihan, ia menyebabkan saluran folikel rambut tersumbat. Ini menyebabkan terjadinya iritasi, bengkak & infeksi dan akhirnya terbentuklah jerawat.


Kedudukan kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut..


SEBAB2 TERJADINYA JERAWAT KUCING

Punca sebenar bagaimana jerawat kucing boleh terjadi tidaklah diketahui. Bagaimanapun beberapa kemungkinan boleh dikenal pasti seperti berikut:

  • Stres
  • Berdandan berlebihan (excessive grooming) dimana kita terlalu kerap menyikat dan berulangkali membersihkan/mandi kucing.
  • Kurang berdandan (poor grooming) – tidak menyikat langsung (mengharapkan kucing itu sendiri membersihkan badannya) dan jarang/mandi kucing
  • Bekas makanan yang diperbuat dari plastik – Apabila bekas makanan plastik jarang dibersihkan, sifar plastik yang poros mudah memerangkap bakteria atau mikroorganisma dan seterusnya memindah bakteria ke dagu kucing ketika dia menikmati makanannya. Terdapat juga kemungkinan bahawa kucing anda mengalami reaksi alahan pada bahan plastik. 
Mangkuk makanan kucing yang tidak dibersihkan dengan betul!
  • Alahan makanan
  • Diet pemakanan
  • Kurang daya ketahanan tubuh




SIMPTOM

  • Bulu di bawah dagu menipis
  • Kemerahan dan iritasi berlaku pada kulit di bawah dagu
  • Kelihatan noda hitam (blackheads) di bawah dagu yang kelihatan seperti kotoran
  • Berlakunya infeksi sekunder iaitu bengkak yang boleh menyebabkan pendarahan di bawah dagu



Simptom yang parah - pendarahan

RAWATAN & PENJAGAAN

Jika simptom ringan:
  • Dapatkan rawatan secara luaran/topical seperti berikut :
  • Bersihkan dengan lembut menggunakan sabun antibiotik, hidrogen peroksida, iodine (Betadine) atau garam Epsom.
Garam epsom yang boleh didapati di farmasi

  • Krim sapuan Topical Vitamin A
  • Rawatan antibiotic seperti Topical Retinoid(Retin-A 0.01% gel)
  • glukokortikoid topikal (untuk mengurangi peradangan).
  • Bersihkan kulit dengan sabun atau gel yang mengandungi benzoyl peroxide (berbentul gel, ointment atau shampoo) atau klorheksidin mungkin diperlukan
Shampoo haiwan yang mengandungi benzoyl peroxide


Jika simptom yang parah:

Dapatkan rawatan di klinik haiwan. Selalunya vet akan melakukan rawatan seperti berikut:

  • Bulu di sekitar dagu dipotong supaya rawatan dapat dilakukan dgn lebih efektif
  • Pemberian antibiotik oral (untuk merawat infeksi) seperti amoxilin clavulenant, enrofloxacin atau cephalosporin;
  • Oral glukokortikoid seperti prednison untuk rawatan peradangan parah.


TIPS MENGHINDAR JERAWAT KUCING


  • Ganti bekas makananan berunsur plastik kucing ke bahan yang berasaskan seramik, tanah liat/clay atau logam (stainless steel);
Mangkuk Makanan kucing yang berasaskan tanah liat/clay dan logam tahan 
karat (stainless steel) selamat digunakan bagi menjauhi jangkitan jerawat kucing.

  • Berikan mangkuk makanan yang besar dan luas supaya dagu kucing tidak menyentuh bibir atau tepi mangkuk tersebut dan misainya juga tidak bengkok;
  • Bersihkan mangkuk makanan dan juga bekas air setiap hari;
  • Pastikan kucing anda mendapat makanan yang mengandungi zat vitamin dan nutrisi yg lengkap, yang juga mengandungi fatty acid untuk menjaga kesihatan bulunya seperti makanan premium;
  • Bersihkan dagu kucing jika kucing anda jenis kucing yang jarang membersihkan dirinya atau tergolong dari kucing yang berbulu panjang dengan menggunakan tuala lembap.
Gunakan tuala lembap untuk membersihkan dagu dan mulut kucing
 yang kita ketahui  kurang atau malas membersihkan diri.




RUJUKAN:

http://www.cat-world.com.au/feline-acne
http://cats.about.com/cs/healthissues/a/acne.htm
http://www.acne-stop.com/pets-cause-acne.html
http://www.vetbase.co.uk/information/acne-cats.php
http://en.wikipedia.org/wiki/Feline_acne

Wordless Wednesday - 04/01/2012

Wordless Wednesday - 28/12/2011

Jangkitan saluran pernafasan - URI (Upper Respiratory Infection)

saya dapat flu la mama!



Sebenarnya yang patut jawap soalan ni ialah vet ye adik Omar hehe.. Tp tak apa la, kak DC jawap secara ringkas je sebab banyak info mengenai perkara ini boleh didapati di internet.



URI ni sebenarnya menjurus kepada serangan virus selsema atau flu. Kucing yg telah divaksinkan pun boleh dijangkiti dengan flu. Jangkaan masa serangan flu ialah di antara beberapa hari hingga ke 2 minggu. Jika lebih dari tempoh tersebut, kucing sebenarnya mengalami serangan flu yg teruk dan melemahkan sistem ketahanan/ imun badan.

Tanda2 awal flu pada kucing:

  • Bersin
  • Mata berair
  • Cecair cerah keluar dari hidung
  • Batuk
  • Demam
  • Air liur meleleh
  • Stres/depresi
Mata berair - tanda awal serangan flu


Tanda2 flu yang teruk:
  • Konjuktivitis atau radang mata/pinkeye
  • Radang hidung dan seterusnya luka
  • Mengeluarkan hingus (cecair cerah menjadi likat)
  • Air liur meleleh berlebihan
  • Ulser mulut dan juga pada lidah
konjunktivitis/radang mata/pinkeye


Tanda2 flu yg merbahaya:

  • Kelopak mata tertutup rapat dengan lelehan likat dari radang mata. Jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata dan seterusnya buta.
  • Kerosakan pada anak mata, bernanah
  • Tiada selera makan kerana hilang deria rasa (akibat halangan mucus dari hidung)
  • Pneumonia (radang paru-paru)
Cenderung menjadi buta jika dibiarkan..


Rawatan:
  • Asingkan kucing yg mengalami serangan flu dengan kucing2 lain kerana serangan virus ni amat mudah berjangkit.
  • Pemberian ubat antibiotik dari klinik veterinary. Antibiotik tidak membunuh virus yg menyebabkan flu tetapi bertindak sebagai rawatan mencegah jangkitan sekunder (secondary infection). Dalam bahasa kasarnya, ia mengelakkan serangan flu itu menjadi lebih teruk kerana virus boleh merosakkan tisu hidung, mata, sinus, mulut dan paru-paru kucing;
  • Pemberian vaksin. Kucing indoor juga perlu diberi vaksin melawan URI kerana virus selsema boleh dibawa melalui udara.
  • Oleh kerana kucing tiada selera makan, kita hendaklah menggunakan kaedah force feed atau memberi makan secara paksaan.  Memandangkan deria baunya yg tidak begitu berfungsi, berilah dia makanan lembut/basah (wet food) yg agak kuat baunya seperti sardin yg mungkin boleh menaikkan selera makannya.
  • Sentiasa bekalkan kucing dengan air bersih dan pastikan dia minum supaya tubuhnya tidak mengalami hidrasi (hydrated)


Serba sedikit rawatan secara home remedies yg mungkin boleh membantu:


  • Lap mata kucing menggunakan bola kapas yang dibasahkan dgn air suam yang telah diletakkan sedikit garam.
  • Berikan Vitamin C (250 milligrams setiap hari)


BronSyp Syrup - Ubat selsema yang terdapat di pasaran untuk kucing dan anjing

Harap entri ni memberi serba sedikit pengetahuan kepada adik Omar dan pembaca yg budiman :)










RUJUKAN:
http://animals.howstuffworks.com/pets/how-to-treat-common-cat-diseases11.htm
http://kucing.web.id/fakta-tersembunyi-penyakit-flu-kucing/
http://cats.about.com/cs/healthissues/a/uris_in_cats.htm
http://www.ehow.com/list_7213991_cat-flu-home-remedies.html

Wordless Wednesday - 14.12.2011

QnA: Bolehkah kita dijangkiti kutu kucing?

Kali ini DC share sedikit info mengenai persoalan di atas.  Semoga ianya berguna untuk kita semua.

Kutu kucing atau Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yg boleh dijumpai pada kucing. Jangkitan kutu memang memeningkan kita. Tapi, boleh ke manusia dijangkiti kutu kucing?


Secara amnya, kutu kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia. Mereka hanya boleh menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.

Warna merah menunjukkan darah yang telah dihisap oleh larva kutu kucing. 

Namun merujuk pada Wikipedia, kutu betina boleh hidup dan bertelur jika mereka boleh menghisap darah selama 12 jam berturut-turut. Pada pendapat DC, kenyataan ini membawa maksud, jika kita tidak merasa gatal hasil gigitan kutu tersebut.  Tetapi secara amnya, ia boleh dielakkan jika dalam masa 12 jam tersebut, kita membersihkan diri atau mandi menggunakan sabun antibakteria.


Rawatan gigitan kutu kucing


Kalau kita nampak ada bintik merah dan terasa gatal di bahagian yang dinyatakan:
  • segera cuci kawasan tu dengan sabun antibakteria;

Antara sabun antibakteria yang terdapat di pasaran.

  • Gunakan air sejuk, kerana dengan menggunakan air panas atau air suam, ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut.
  • Lap kering dgn tuala bersih
  • Sapukan krim hydrocortisone. (Ingat tak lagi DC pernah senaraikan ubat ini dalam First Aid Kit Kucing?) Atau gunakan losyen calamine untuk melegakan rasa gatal tersebut. Menggunakan ice pack juga membantu mengurangkan bengkak pada gigitan kutu. 
Antara produk yg membantu melegakan kegatalan gigitan  kutu kucing

  • Jangan garu sbb ini akan mengalakkan jangkitan bakteria.

Elakkan dari menggaru

Harap info ini membantu :)








Rujukan:
http://www.buzzle.com/articles/cat-fleas-on-humans.html
http://www.orkin.com/other/fleas/cat-fleas-on-humans

Khasiat Cuka Epal Pada Kucing

Hari ni DC nak berkongsi sedikit ilmu mengenai Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) yang kebanyakkan dari kita maklum amat berguna dalam kehidupan manusia seharian seperti menurunkan berat badan, batuk, melawaskan usus serta melancarkan perjalanan darah.



Bagaimana pula khasiatnya pada kucing? DC terpanggil untuk membuat entri ni kerana ramai pemilik kucing mengadu dan meminta nasihat mengenai penyakit yang dialami oleh haiwan kesayangan mereka. Ingin DC tegaskan di sini bahawa entri ini  khas untuk mereka yang memilih rawatan alternatif secara tradisional atau home remedies dan menganggap ianya merupakan langkah terbaik dalam menangani masalah pada kucing.  Adakalanya masalah kewangan atau kesukaran mendapatkan vet di kawasan tertentu bukan la satu isu utama tetapi penggunaan ubat2an moden yang mengandungi steriod dan antibiotik bukan sahaja mendatangkan kesan sampingan tetapi juga menyebabkan kesihatan haiwan menjadi lebih buruk dan memudharatkan.



Berikut ialah rawatan ACV yang dicadangkan:

Rawatan fungus/kurap (ringworm)/masalah kulit :
  • Untuk kucing yang dijangkiti fungus di mana terdapat kawasan botak pada kulit kucing (bald patches), Alexadry mencadangkan sapuan ACV secara terus menggunakan bola kapas/cotton ball- link.  Pada pendapat DC sebaik-baiknya kita cairkan ACV secara 50/50 dengan air bersih (1 sudu ACV/1sudu air bersih) kerana ACV agak panas dan boleh menyakitkan kucing anda. Basahkan bola kapas dengan campuran ini dan sapu pada kawasan fungus tersebut.  Lakukan 2x sehari selama seminggu.
  • Michelle Wittenberg mencadangkan kucing yang dijangkiti kurap/fungus dimandikan dengan ACV yang berfungsi sebagai antikulat - link
  • Jamie Conrad menegaskan kurap boleh disingkir dengan penggunaan ACV. Hanya campurkan 1/4 cawan ACV ke dalam tub/bekas mandian kecil yang telah diisi dengan air suam.  Basah dan rendam kucing selama 10 minit - link.




Rawatan Jangkitan Saluran/Pundi Kencing (UTI/FLUTD/Cystitis):
Salah satu tanda kucing kita mungkin mengalami UTI ialah dia kerap ke litter box tapi kencing dengan kuantiti yang terlalu sedikit dan pekat, terdapat bijian kristal halus dalam air kencing, berbau kuat dan kucing merintih sakit.  Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah tidak lagi memberi mereka makanan kering atau biskut (kibbles).
  • Shelley dari Gold Coast, Queensland Australia mendapati kucingnya yang sakit akibat UTI, riang kembali setelah memberi makan basah perisa tuna yang dicampur dengan1 sudu teh ACV dan sedikit air bersih. ( I discovered Apple cider vinegar when my cat became sick with a Urinary Tract infection, upon giving him a teaspoon in his wet tuna mix, and a bit of water, he was happier in a matter of hours and is completely normal now - link)
  • Matwood dari Carmichael, Ca, Usa menceritakan pengalamannya mendapatkan rawatan UTI dari vet untuk kucingnya yang berusia 2 tahun. Kucingnya diberi suntikan antibiotik, ubat dan preskripsi makanan bagi menggalakkan ia minum banyak dan mudah kencing. Namun setelah 8 hari tiada perubahan berlaku, beliau  mencuba rawatan ACV pula. Pada malam tersebut, beliau memberi kucing nya minum (secara suntikan menggunakan picagari) campuran ACV dan air bersih sebanyak 7cc, 1 sudu teh dalam makanan basah dan juga sedikit ACV dalam mangkuk minuman. Keesokkannya kucingnya berjaya menghasilkan air kencing lebih dari biasa! - link.

Amaran :

Menurut pembaca forum link earthclinic - sekiranya kucing anda tidak langsung dapat kencing sebelum atau selepas pemberian ACV, segeralah berjumpa dengan vet kerana kemungkinan berlakunya saluran tersumbat (total blockage) adalah tinggi dan kematian boleh berlaku dalam beberapa jam sahaja.



Rawatan Kegagalan buah pinggang berfungsi (Kidney Failure) :
(salah satu simptom jangkitan virus maut Feline Infectious Peritonitis [FIP])

Murphy dalam blognya Murphy's Cat menceritakan kejayaannya menyelamatkan kucingnya bernama Domino dari jangkitan virus maut FIP (Feline Infectious Peritonitis) selepas 2 bulan menggunakan ACV.

***Sekiranya kucing anda pulih dari Jangkitan Saluran/Pundi Kencing dan buah pinggang, kurangkan pemberian ACV dalam pemakanan mereka kepada 3x seminggu (bukan setiap hari) sahaja untuk maintain kesihatan mereka.



Rawatan jangkitan hama telinga (earmites):

Jaipi Sixbear dan satu link mencadangkan pemberian rawatan 5ml 50/50 campuran ACV dan air bersih kepada kucing yang beratnya 9kg.  Jika berat kucing kurang dari itu, kurangkan juga pemberian dos 5ml tersebut. Gunakan eyedropper dan titikan ke dalam telinga, gosok dengan lembut dari belakang telinga dan bersihkan cuping telinga kucing menggunakan bola kapas (cotton balls). Lakukan setiap hari selama 5 hari atau sehingga tanda2 jangkitan tiada. - link.




Rawatan kutu dan pinjal (fleas and ticks):

Menurut Dr Martin Goldstein, DVM, seorang veterinar holistik Amerika yang terkenal kebanyakan semburan kutu/ flea sprays, kolar pembasmi kutu/flea collar dan tablet menggunakan bahan kima toksik untuk membunuh kutu dan pinjal haiwan.  Ia amat memudharatkan.  Sebagai alternatif, beliau menyarankan rawatan mengunakan syampu buatan sendiri yang boleh membunuh kutu dan menenangkan kulit haiwan yang sensitif.

  • Campurkan 8 ounce (227ml) syampu kesukaan haiwan anda, 10 titik minyak tea tree (sebenarnya tidak elok untuk kucing, tapi untuk membinasakan kutu apa salahnya kan?), 1 sudu teh (15ml) aloe vera dan goncang/kocak dengan sebati.
  • Syampu macam biasa dan biarkan selama 6-10 minit.
  • Bilas haiwan dan gunakan bilasan terakhir dengan 1 sudu besar ACV yang dicampurkan dengan 1 pint (2 cawan) air bersih.
Buih syampu bertindak memati atau melemas kutu sementara bilasan terakhir menggunakan ACV akan meneutralkan asid pada kulit haiwan yang membuatkan kutu dan pinjal yang masih ada lari - link.



Menghilangkan bau kencing kucing :


Hanya tambah  ¼ cawan ACV bersama pencuci biasa dan bersihkan kawasan atau tempat yang terkena kencing kucing seperti karpet, sofa dan lantai. Kadangkala kita kena lakukan pembersihan sebanyak 2x jika tempat tersebut telah menjadi 'favourite spot' kucing kesayangan anda. Jangan lupa, bila anda menggunakan ACV, jangan campurkan dengan larutan peluntur (bleach) - link.

Sebenarnya banyak lagi kegunaaan dan khasiat ACV pada kucing seperti mengurangkan berat badan dan juga boleh dijadikan sebagai tonik untuk memelihara kesihatan mereka :)

obese cat

Cuka atau 'khal' dalam bahasa arab, amat baik untuk kesihatan seperti sabda Rasulullah S.A.W. - ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

Iklan - pembaca boleh mendapatkan ACV pelbagai jenama di pasaraya2 dan boleh juga dibeli dari DC :)

Cuka Epal/Apple Cider Vinegar dari Turki yang DC jual (RM25)











Rujukan:
http://www.detox-for-life.com/apple-cider-vinegar.html
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Ew9tQnNeHc4J:murphyscats.blogspot.com/2008/11/domino-cat-saved-by-apple-cider-vinegar.html+apple+cider+vinegar+for+cats&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my

Wordless Wednesday - 23/11.2011

Perlunya Memberi Ubat Cacing Pada Kucing (Deworm)

Pernah lihat kucing mengheret duburnya ke lantai sambil duduk?  Memang agak kelakar bila kita tengok mereka berada dalam keadaan begitu.  Tapi taukah anda sebenarnya perbuatan seperti itu menunjukkan kucing anda kecacingan dan perlu diberi rawatan.  Duburnya gatal kerana ada pergerakan cacing halus berwarna putih seperti benang di situ.

Antara jenis2 cacing yg sering terdapat pada kucing ialah cacing pita, cacing gelang (roundworms), hookworms dan whipworms. Berikut ialah serba sedikit mengenai cacing yg diperkatakan.

Cacing Pita (tapeworms) - Cacing paling biasa didapati pada kucing. Berbentuk panjang dan pipih seperti pita. Badan bersegmen dimana segmen yg uzur atau tua boleh dilepaskan/putus dan keluar melalui najis. Berwarna putih atau krim. . Boleh mencapai ukuran sehingga 70cm panjang. Bila matang boleh mengeluarkan 5-30 biji telur.  Boleh dibinasakan dengan ubat cacing yg mengandungi Prazyquantel, dichlorphen atau febendanzole.

Cacing pita (tapeworms)

Wordless Wednesday - 09/11/2011

Aktiviti 3B ke Sg Lui

Pada hari Deepavali baru2 ni, DC dan sebahagian rakan2 Kumpulan ALAT yang prihatin meluangkan masa membuat kunjungan ke rumah  seorang pembaca blog DC bernama Aqilah di Sg Lui, Hulu Langat.  Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif ke arah tanggungjawab sosial projek 3B (Berkumpul, Beriadah/Berkelah, Berkhidmat) yang lazimnya dianjurkan oleh Kumpulan ALAT dimana tujuan utamanya ialah memberi sokongan moral dalam pemeliharaan haiwan kesayangan.

Aqilah, kiri sekali bergambar bersama ahli keluarganya dihadapan rumah mereka ..

5 ekor ahli baru

Bertemu kita kembali pada hari ni. Jom kita sambung kisah semalam. Agak terpempan tengok ada berbelas komen psl entry semalam.  Ingatkan dah tak ada yg berminat nak singgah ke teratak buruk DC ni hehe.. maklumla dah jarang buat entry. *gulp*

Entry kali ni DC nak introduce 5 ekor ahli baru dalam famili anak bulus DC yg dilahirkan pada hari Deepavali baru-baru ni.

Gambar 5 ekor ahli baru berusia 3 hari..

Kisah si Tomot a.k.a Comot



Kali ni DC nak beritahu kisah si Tomot atau Comot. Nama diberi sebegitu rupa kerana rupa dia yg comot masa dijumpai.   Ditemui pada 2 Januari 2009 dalam usia lebih kurang 3 bulan.

Petua Mencegah Kurap atau Fungus Kucing

Ringkasnya, kurap (ringworm) yang terdapat pada kucing atau anjing merupakan sejenis penyakit kulit berjangkit yang dibawa oleh kulat (fungus) dikenali sebagai dermatophytes.  Tempat2 yg sering dijangkiti ialah di muka - terutama di kelopak mata dan bawah dagu, telinga, ekor dan kaki atau tangan kucing.



Wordless Wednesday - 19/10/2011

Bagaimana Cara Menggunakan Wood Litter Pada Kucing

DC kerapkali ditanya soalan di atas dan ada yang mahukan jaminan dari DC sebagai penjual wood litter breeders pack yang najis kucingnya tidak akan berbau selepas menggunakannya.  Di sini ingin DC tegaskan, bahawa semua syarikat yang mengeluarkan pasir kucing mendakwa pasir kucing merekalah yang terbaik. Dan ketahuilah bahawa tiada satu pun pasir kucing yang boleh menutup bau najis kucing 100%!  Semua pasir kucing dicipta untuk kemudahan si Comel melepaskan hajat dan hampir ke semuanya berfungsi mengurangkan bau najis kucing.  Berikut ialah informasi dan makluman yang didapati dari beberapa sumber. Entri ini sekadar hebahan dan tidak bertujuan memburukkan sebarang jenama di pasaran.

Pasir kucing jenis kayu/papan atau wood litter (yg DC jual)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...