Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

HONEY DAN PYOMETRA

Share

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan2.. lama ye DC menyepi.. byk juga komen2 di terima dan tidak berjawap.. Maaf sangat2 sebab waktu tidak mengizinkan.. Lagipun sekarang ni banyak informasi yg boleh kita dapat di internet. DC blogging sekadar mengisi masa lapang dan dgn niat berkongsi ilmu. Kali ni DC nak bercerita pasal pengalaman rescue kucing bernama Honey yg dijangkiti Pyometra. 

3/4/15 & 10/4/15 - terlihat kucing betina yg saiz perutnya sangat besar. Menggesel di kaki DC meminta makan. Tokey kedai makan tu kata, kucing tu mmg begitu. Bunting setahun, katanya. Dc pun biarkan lah.. Fikir positif, Mungkin rare case..




17/6/15 - terserempak lagi dengan kucing bunting tu, hati rasa tak keruan sebab saiz perutnya semakin besar, seperti bola yang tidak pernah DC nampak pada kucing bunting yang lain. Tergerak dihati snap gambar dan masuk dlm wall FB. Dari komen2 sahabat, kucing tu bukan bunting dan kemungkinan besar dijangkiti virus FIP. DC rujuk dan minta nasihat pada seorang rescuer terkenal mengenai kucing tersebut. Katanya, bawak lah ke klinik dan setelah pasti sakitnya, hantar kucing tu pada dia..



DC bawak kucing tu ke KM Animal Clinic & Surgery, Batu Caves.  Buat blood test, Alhamdulillah, bukan FIP dan kucing tu juga disahkan tidak bunting.



Hasil pemeriksaan x-ray, vet dapati ada cairan dlm perut  yang dia tak pasti bagaimana terjadi. Bagaimanapun, prosidur mengeluarkan cairan bermula. Didapati cairan adalah dari campuran nanah dan darah. Vet bekalkan beberapa jenis ubat untuk diberikan pada kucing ini sehingga temujanji ke-dua.



Dalam kes Honey, pemeriksaan ultrasound adalah lebih baik untuk mengenalpasti penyakit yg dihidapi nya.



Pengeluaran cairan dilakukan buat pertama kali


Honey nama diberi sempena nama org yg pertama buat donation bernama ‘HANI’ tanpa dipinta setelah gambar2 rawatan Honey mula DC coretkan dalam FB. Honey sangat manja dan pandai mengambil hati DC juga vet. Oleh sebab itu, DC buat keputusan untuk jaga sendiri sbb dah terpaut dgn manjanya Honey.



Haa timang tinggi-tinggi.. bila terlepas dr bilik pemeriksaan, tersengih2 DC tgk doktor sendiri pi kejar haha!



7/7/15 @ 11 pagi – Temujanji ke-dua di klinik yg sama. Vet dapati Honey bertambah berat badan dan kali ini lebih banyak cairan terpaksa dikeluarkan dgn kadar yg sgt perlahan, disamping pemberian IV drip supaya Honey tidak menjadi lemah atau mengalami dehidrasi di akhir sesi rawatan. ‘Fluid Removal’ terpaksa dilakukan dua kali dlm masa lebih kurang 3 jam.  Vet menyarankan Honey harus mendapat rawatan lanjut dgn segera di klinik pakar untuk sesi seterusnya.
  



Honey mula nmpk lemah bila semakin banyak cairan dikeluarkan..



DC nekad ke Hospital Gasing/Brickfields Veterinary Medical Center kerana mmg dah ada akaun di sana (semasa rawatan Edward)
.

3 petang – Terdapat sedikit kekeliruan pada awalnya semasa berjumpa dgn staf Hospital Gasing yg enggan memberi perhatian segera pada kes Honey walaupun DC menunjukkan referral letter. DC mohon staf tersebut rujuk dahulu pd doctor pakar sama ada perlu rawatan segera ataupun tidak, dan jika ianya ‘kes biasa’ DC takkan ganggu dia..



5 petang -  Ketika dalam perjalanan pulang ke KL, DC terima panggilan doctor dari hospital  yang menjelaskan Honey menghidapi jangkitan Closed Pyometra dan mahukan persetujuan (consent) untuk pembedahan  segera dilakukan.



7 petang – Tiba di Hospital, dan doctor yg terlibat menemui DC, bg tau Honey telahpun selamat dibedah. Lalu menunjukkan gambar berikut..


 saiz rahim Honey menyamai rahim seekor anjing


Quotation pembedahan yg dikenakan adalah sebanyak RM922.20. Slps membayar deposit RM500, DC pulang ke KL sementara Honey warded selama 5 hari.

8/7/15 – Ketika ini DC dan suami dah termenung memikirkan bagaimana nak tampung kos rawatan yg mencapai lebih seribu ringgit..  Subhanallah, Allah memudahkan urusan ini bila rakan taulan di FB mula mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan dan rawatan Honey …..,Yg membuatkan DC lebih terharu, seorang hamba Allah dari Brunei yg tidak pernah DC kenal dan tegur, melangsaikan semua kos pembedahan Honey di Gasing Hospital yg jumlahnya melebihi RM1.3k.. Terima kasih Allah, terima kasih semua..  Hanya Allah dpt membalas jasa kamu – Norimah..


Keadaan Honey pada 9hb Julai di Hospital

11/7/15 – Tiba masanya Honey dibawa pulang.. Memandangkan DC dah tak mempunyai kereta, DC dan suami naik motor je hehe..




Honey sekembalinya dari hospital - 12 Julai 2015


Gambar Honey pada 14 Dec 2015


DC dengan ini menyusun jari sepuluh memohon maaf dan mintak halalkan semua sumbangan dan setiap sen dari anda dalam usaha membantu kucing2 jalanan terbiar.. (DC tidak lagi aktif rescue spt dahulu.. atas nasihat doctor kerana kucing2 sering dilanda wabak virus yg berbagai yg sering berakhir dgn kematian demi kematian.. dah jadi ratu air mata tahun lepas..



err.. pssst! Rescue seko dua tu ada lah.. hahaha! Ye la takkan dah nampak depan mata babycat terketaq2 tgh jalan hampir dilanggar kereta nak biarkan kan? Kan? Kan? Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat... Aamiin…)



TENTANG PYOMETRA



  • Secara ringkas jangkitan pyometra berlaku kerana perubahan hormon (yg juga boleh berlaku kerana pemberian pil perancang kucing!)
  • Berlaku pada kucing betina yg belum dikembiri/mandulkan
  • Terdapat 2 jenis – Pyometra Tertutup dan Pyometra Terbuka

Pyometra tertutup berlaku apabila nanah gagal keluar dan terkumpul dalam rahim


Pyometra terbuka berlaku apabila pangkal rahim si comel terbuka dan mengeluarkan nanah daripada kemaluan yang biasanya berwarna krim, merah jambu ataupun coklat. Bau nanah busuk dan jika di peringkat awal, tidak berbau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...