Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

DIY : Tikus Mainan untuk si Comel

Share

Jom kita buat keras tangan untuk si comel!.. Mudah je nak buatnya kalau anda boleh pegang jarum dan benang :) 

2 ekor tikus jadian, belakang tu tikus betul.. eh tikus mainan.. eh cencorot tetikus :))

 Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Kain yang tidak mudah pecah (lebih keras lebih baik sbb yg nak main ni yg jenis berkuku tajam )
  2. Gunting
  3. Paten 
  4. Jarum
  5. Benang
  6. Manik atau butang kecil
  7. Tali (jika ada)
  8. Stuffing - kapas/fiber atau kain perca


Cara Membuatnya:


Lukis paten 1 - Badan Tikus seperti bentuk dalam gambar di bawah.



Paten 2 - Tapak Tikus


Paten 3 - Telinga Tikus.  Kelebihan kepada mereka yg tahu asas menjahit, lebih elok anda gunakan kertas keras bergam yang sering digunakan oleh tukang jahit untuk dilekatkan pada kain yg akan dipotong bagi membentuk telinga tikus.






Paten 4 - Bahagian ekor agak sukar dibentuk melainkan jika anda tahu asas jahitan. Potong kain secara memanjang sepanjang 5 x 1.5 inci. Jika menyusahkan, guna sahaja tali dengan diikat hujungnya.  Anda boleh potong panjang mengikut suka untuk kemudahan mengikat di mana2 bahagian rumah untuk kemudahan si comel bermain tanpa anda disisinya.  

Untuk membentuk ekor - lipat dua kain secara memanjang dengan bahagian luar kain diletakkan di sebelah dalam. Jelujur tanpa dimatikan bahagian atas dan bawah. Gunakan lidi untuk terbalikkan kain selepas dijelujur.

Potong kain mengikut paten yang telah dibentuk dengan melebihkan sedikit kain dari cut-out paten. (Perhatikan kain yg saya gunakan untuk telinga tikus. Lapisan kertas/kain bergam telahpun saya lekatkan di bawah kain tersebut dengan menggunakan seterika)






Sambungkan bahagian kain paten 1 dan 2 dengan jelujur hanya sebahagian (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik - jahit mesin) dengan meninggalkan kawasan bontot belakang tikus untuk kita terbalikkannya. Rujuk gambar di bawah.



Isi dengan kapas.


Tutup bahagian yang terbuka dengan jahit tangan atau jelujur. Jangan lupa masukkan ekor!

Pasangkan telinga dan mata menggunakan manik atau butang baju. Hujung ekor tikus tu saya simpul mati. Haha!


Untuk lebih menarik dan tertarik pepandai la you all buat misai tu.. Tikus yang ke dua saya gunakan tali sebagai ekornya.. Juga saya simpul mati di hujungnya.


Korban pertama huhu!




Nota kaki:
Kalau perasan semua gambar saya letak watermark blog peribadi saya.. muhahahaha!.. dah nak siap baru perasan.. lantak le labu..

6 comments:

ezan said...

wah..kreatifnya..hehe

nak try buat jugaklah :)

Kucing Utara said...

wah...pandai la...nk satu
Kucingutara tak reti la bikin sendiri

meowwmania said...

wahh very the kreatif!

tlg buatkan boleh hikhikhik...

Namie Amir said...

haiyoo..manyak lajin ini olang...nak tempah blh? ;-)

DearCats said...

alahai.. hari minggu DC malas nak online sbb kelembapan brokben. Patot la tak de respond, rupanya salah setting comment huhu!.. ha tolong buatkan?.. err emm err hehehe..

Anonymous said...

dah try buat..cat sya suka gigit..funny!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...