Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Bagaimana bersihkan rumah dari kutu dan hama kucing?

Share

As Salam dan apa khabar ye semua? lama dah tak menjenguk blog DC ni sampai rasa naik tebal dah telinga bila sorang demi sorang menegur blog tak update :p  Dc sangka dah tak ada yg ikuti lagi blog ni rupanya masih ada yg setia .. :) ..Sebenarnya masa agak terhad, sebagai seorang isteri, ibu, peniaga, kakitangan kerajaan dan tak kurang pentingnya penggemar kucing serta rescue kucing sana sini sikit2..

Gambar dari Wikimedia


ok la tak yah merapu, kali ni kita bincangkan masalah di atas. kisah yg ini rentetan dari artikel Bolehkah kita dijangkiti kutu kucing? bertarikh 7 Disember 2011.  Sekiranya kita dpt mengatasi masalah jangkitan kutu kucing, tidak mustahil kita akan dijangkiti  semula malah secara berturut2 kalau kita tidak membersihkan rumah kita dari kutu, hama, pinjal tersebut.  Dc pd mulanya anggap perkara ini tidak serius sbb tidak pernah berlaku pd diri sendiri tapi bila rakan2 menceritakan betapa siksanya mrk nak memusnahkan kutu dan hama yg mula 'mengambilalih' rumah mrk malah menyerang kaki mereka, ada baiknya kita kongsi bersama penyelesaiannya.


BAGAIMANA NAK TAU RUMAH DISERANG KUTU/HAMA KUCING?

  1. Yang pasti kucing kita dijangkiti kutu dan kita tidak ambil langkah membasmi juga mengamal pencegahan terhadap kucing kita yg dijangkiti kutu/hama. Oleh sebab itu, kutu dan hama bermaharajalela akan 'menyerang' dan mendiami dalam rumah kita pula.
  2. Kita diserang gatal2 di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. 
  3. Kalau tak ada tanda2 seperti no. 1 dan 2, sila buat ujian berikut - sarung setokin putih yg tinggi hingga hampir paras lutut, dan berjalan di sekitar dalam rumah. Entah mengapa, kutu amat tertarik dengan warna dan cahaya putih.  Dgn mudah kita akan dpt kesan kehadiran kutu bila lihat ada kutu melekap di setokin yg kita sedang pakai :)

Serangan kutu dan hama kucing pada kaki manusia



ANTARA LANGKAH2 MEMBASMI KUTU/HAMA KUCING DI RUMAH

Vakum

Vakum rumah kita sekurang-kurangnya 4 kali seminggu  ini dapat menyingkirkan kutu dewasa serta telor kutu. Bersihkan beg vakum dgn cermat kerana dgn membiarkan tanpa dibersihkan, kutu boleh hidup di dalam mesin vakum tersebut.

Vakum sekitar kawasan rumah terutama pd karpet dan sofa  4x sehari


Buah lemon


1. Belah/hiris 6 biji buah lemon (bukan limau) dan masukkan ke dalam air.
2. Didihkan dan biarkan sejuk selama 3-4jam supaya larutan menjadi pekat.
3. Tapis untuk buang buah lemon dan bijinya. Masukkan dlm botol spray.
4. Semburkan pada karpet, sofa, alas kaki dan tilam, tmpt di mana kutu kucing bersarang.
5. Gunakan larutan ni utk mencuci/mop lantai, kerusi dan meja dimana kutu boleh kelihatan.
6 Jgn lupa semburkan juga pd haiwan peliharaan kita :)

Kalau kita rajin menyinggah pet shop, ada juga produk semburan yang berasaskan lemon  yg boleh kita beli.



Garam


Taburkan garam dan biarkan selama 24jam.  Tindakan ini membuatkan kutu mengalami dehidrasi atau pengeringan dan mati.  Vakum. Jgn lupa bersihkan beg vakum!

Garam dikatakan berupaya memutuskan 'kitaran hidup kutu kucing'


Lilin/Lampu

Nyalakan lilin dan letakkan di dalam bekas berisi air pada dasarnya.  Atau nyalakan lampu dan letak berhampiran dengan tankungan air. Letakkan di sudut bilik dalam keadaan bergelap.  Seperti yg telah diterangkan di atas tadi, kutu amat tertarik pd warna dan cahaya putih. Kutu akan segera terbang ke arah cahaya lilin lalu jatuh ke dalam takungan air dan lemas.

Gunakan lampu suluh

Atau gunakan lilin

Flea Trap yang  menggunakan air sabun, digunakan oleh kb2rocket dlm satu thread.  Semasa gambar ini di ambil beliau memberitahu berjaya mengumpul 20ekor kutu dalam masa sejam :)


Ok, sekarang kita dah cuba bermacam2 cara seperti di atas, dan berulang kali tapi masih tak dpt menghapuskan kutu dan hama kucing?.. Jalan terakhir gunakan produk berikut :


Flea Bomb/Foggers

Produk yg popular ialah Bob Martin Flea Bomb. Agak sukar nak dapatkan produk ni di Malaysia dan hanya terdapat di pet shop terkemuka.  Pastikan kita baca betul2 arahan penggunaannya kerana ia mengandungi toxic dan sangat merbahaya pada kita dan juga haiwan peliharaan.  Simpan makanan dlm peti ais atau bersihkan sekitar, tutup alat perkakas dapur seperti rak pinggan mangkuk dgn rapat, tampal pelekat di almari makanan dan jauh atau keluarkan haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, burung dan ikan dari rumah.  Kita hanya boleh kembali masuk ke bilik atau rumah (bergantung kawasan mana yg hendak kita 'bom' kan) sekurang-kurangnya 2 jam penggunaan atau mengikut arahan yg diberikan.

Selepas penggunaan, kita kena bersihkan persekitaran dan vakum sebelum melepaskan haiwan peliharaan masuk ke dalam rumah semula.


Bayticol


Bayticol dilaporkan sangat efektif dan boleh didapati dengan harga yg murah. Produk ini mesti dicairkan/dilute terlebih dahulu. Hanya campurkan 1ml Bayticol dengan 1.5 liter air bersih. Semasa proses mencairkan larutan, kita diminta berhati-hati sebab Bayticol juga bersifat toxic dan mempunyai bau yg boleh menyesakkan hidung. Gunakan botol spray dan sembur kawasan sekitar rumah (1 liter per meter persegi), tembok dan rekahan dinding, di karpet dan sofa. Campuran ini boleh dan selamat disembur atau mandian bilasan terakhir pada badan anjing, kambing, kuda, dan kerbau.  Jangan biarkan haiwan ini menjilat campuran ini hingga campuran ini kering terlebih dahulu.  Selama proses semburan di dalam rumah, JAUHKAN HAIWAN PELIHARAAN dari kawasan semburan hingga kawasan tersebut betol2 kering.

Dan yang paling penting, TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KE ATAS KUCING dan haiwan peliharaan yang lebih kecil darinya seperti arnab dan tikus.

Boleh dibeli dari Dearcats Pet House pada harga RM22 sebotol

Sebenarnya terdapat pelbagai produk perangkap kutu yang kita tidak ketahui seperti gambar bawah.  Ada ke dijual di Malaysia ye?


Di harap tips-tips di atas boleh menyelesaikan masalah anda, dan jika ada tips yg lain boleh la share sekali ye? :)







RUJUKAN:

http://www.ehow.com/how_6530832_make-homemade-remedy-rid-fleas.html
http://www.ehow.com/how_4449163_get-rid-fleas-household-items.html
http://homebuying.about.com/od/sellingahouse/qt/Getridoffleas.htm
http://gfpuppyhousekennels.blogspot.com/2009/07/fleas-fever.html
http://fleabombs.net/

15 comments:

Noor Hafirdaus said...

TERIMA KASIH BANYAK2 DC ATAS TIPS YG SANGAT BERGUNA NI

Ms J said...

Ngeoww... Wajib pergi tesco dan borong lemon untuk buat lemonade untuk cik kutu!

Anonymous said...

kalau letak n cuci dgn clorox berkesan jgk kan?

Anonymous said...

terima kasih atas tips di atas, bole le saye mencube, kaki da macam ape da penuh gatal2...

Anonymous said...

Berkesan x? Ada yg dah cuba?

Anonymous said...

Tq, rumah saye diserang oleh cik kutu2 jahat..skang ni pn tgh baring2 kene gigit kt tgn kaki..geli n gatal :( nk try sembur lem0n dulu..syukran jazilan :)

WZ said...

Thanx a lot

WZ said...

Thanx a lot

Geng Kucing said...

bersihkan guna dettol x berkesan..

Geng Kucing said...

huhuhu...bilik umah aku kene serang hama halus yg putih tuh. dal lapa suma brg ngan dettol tp masih ada lg...rasa cam nak bakar jer bilik tuh. lepas nih nak kene cuba cara lain plak.

norazwana zainudin said...

Vacum setiap ari n tabur gara mkat celah kapet..dlm vakum pon letak garam..besan gak..sy da cuba...

Low Hon Kee said...

Thanks....aku syg kucing aku...tp bini abg aku tu...songgeh byk sgt...hama melekat kt kaki dia..tp aku ok...hmm..mak aku nk bg org da...aku sygg..thankssa

Aku Yg Bernama Shima said...

thx a lot..mmg nk kne buat sbb ank sy da abis hancor 1 bdn n ats kpala sbb alergic truk..sy pn abis kaki bengkak2 kne ggit pastu dia tglkn parot yg sgt hodoh..kucing da hilang jd mudah la sy nk ambush tmpt hama /kutu ni..mngeram sgt..

Aku Yg Bernama Shima said...

btol tu..x tahan tgh mlm x boley tdo mngaru aje keja nye

Nurul Asma said...

THNX A LOT FOUR YOUR INFORMATION...LEPAS NIE ASANYA XDENGAR DAH LETERAN MAK,.HEHEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...