Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Bagaimana mengatasi masalah cirit-birit (diarrhea) pada kucing

Share

Apa itu cirit-birit pada kucing?

Keadaan di mana kucing hilang kawalan dan keupayaan membuang najis secara normal. Dalam ertikata lain, kucing mengeluarkan najis menjurus kepada bentuk cairan dengan kerap.





Sebab-sebab berlaku cirit-birit yang biasa (ringan) :

  • Alahan makanan – perubahan diet
  • Susu lembu
  • Minum air yang tidak bersih
  • Stress akibat perubahan persekitaran seperti kejutan kerana bertukar rumah, bertukar tuan, kehadiran orang baru dalam keluarga atau kehadiran haiwan peliharaan yg baru

Sebab-sebab cirit-birit yang merbahaya (berat):

  • Kehadiran parasit usus kecil
  • Penyakit radang/rengsa usus (inflammatory diseases of bowels)
  • Jangkitan fungus atau bacteria
  • Hyperthyroidism atau gangguan hormone
  • Penyakit buah pinggang
  • Barah usus
  • Virus – Leukemia, FIV

Simptom cirit-birit
  • Kerap buang air besar dalam bentuk cecair
  • Terdapat darah dalam najis
  • Najis dan mulut berbau busuk
  • Demam panas
  • Tiada selera makan
  • Dehidrasi (kurang air dalam badan)
  • Hilang berat badan mendadak
  • Letih dan lemah
  • Muntah

Perkara yang harus kita lakukan apabila si Comel mengalami cirit-birit:

  • Berjumpa dengan vet merupakan langkah terbaik yang harus anda lakukan. Namun ada masanya kita tidak dapat berbuat demikian kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berikut ialah langkah2 yang boleh kita lakukan: 
  • Jangan biarkan kucing keluar dari kawasan rumah supaya kita boleh awasi symptom diarrhea. Pantau keadaan pasir kucing supaya kita boleh kenal keadaan najisnya;
  • Jangan beri makanan sekurang2nya 24 jam dan bekalkan air bersih sepanjang masa. Tindakan ini selalunya dapat melegakan sakit perut kucing kerana ini akan membuat ususnya berada dalam keadaan‘rehat’. Menurut website vet info - jika kita ke klinik, vet akan beri terapi elektrolit yang bertujuan mengelakkan dehidrasi. 
Sentiasa bekalkan si comel dengan air bersih

  • Selepas 24 jam, berikan kucing anda makanan seperti rebusan dada ayam dengan kuantiti yang sedikit – separuh dari kadar biasa. Jangan sekali-kali berikan susu!
dada ayam rebus

  • Jika tiada tanda2 diarrhea, perlahan-lahan tambah kuantiti makanan.
  • Jika tanda2 diarrhea masih kelihatan dan berlanjutan, segeralah berjumpa dengan vet anda. 
  • Antara petua dan ubatan yang boleh diberikan jika kucing kita mengalami cirit birit ialah :

  1. Sayur labu atau ubat Metamucil – berikan setengah sudu teh sayur labu lenyek pada setiap masa makan kucing boleh membuatkan najis cairan kucing jadi ketulan (firm). Sayur labu yang kaya dengan serat (fiber) dapat menyerap air yg byk di dalam usus. Makanan tambahan (supplement) Metamucil juga terbukti berguna menjadikan najis kucing mengeras.
  2. Lactobacillus Acidophilus atau Yogurt – Secara semulajadi bakteria boleh dijumpai di usus kucing. Apabila bakteria jahat menyerang, akibatnya terjadilah cirit-birit. Memberi bakteria baik kepada sistem tubuh kucing boleh mengatasi cirit-birit. Makanan tambahan Lactobacillus acidophilus boleh didapati di farmasi kesihatan. Lactobacillus acidophilus juga boleh diapati dalam yogurt kultur-sihat. Jika anda memilih menggunakan yogurt ini berilah 1 atau 2 sudu teh plain yogurt kultur-sihat/hidup yg tiada perasa.

Amaran

Risiko penghidratan/dehidrasi adalah yang paling dibimbangi bila kucing mengalami cirit-birit. Pastikan kucing minum secukupnya. Jika kucing kita enggan, guna ‘force-feed’ iaitu dengan menyuntik air ke dalam mulut kucing menggunakan picagari atau dropper. Dapatkan rawatan di klinik veterinar, kalau kucing mengalami cirit-birit lebih dari 24 jam. Jika kucing mengalami simptom seperti darah dalam najis, demam dan sukar berjalan atau bergerak, jumpalah vet dengan segera!.

Sumber :
http://www.suite101.com/content/effective-natural-treatments-for-cat-diarrhea-a165620#ixzz1AG4u6AMc
http://www.catsofaustralia.com/diarrhea-cats-kittens.htm



18 comments:

Ms J said...

baru tau.. thanks Gee. Lepas ni tau dah nak bagi apa kalau Ian cirit lagi.

meowwmania said...

oh serius jugak cirit birit ni kan...mujur si Min aritu kena tak lama, pasni dah tau nak buat apa

thanks DC ;)

Namie Amir said...

3Y takmo makan ayam rebus..depa amik bau ja pastu blah...huhu..so tiap kali cirit, namie pump ubat masuk dalam mulut..sng cerita

Gee said...

Namie - ubat apa eh? metamucil eh? mujarab?

Namie Amir said...

owh..ubat tu kan takdak nama..sebab vet buh dalam botol ubat..kaler pink susu..bau strawberry..sedap je bau die..

rushdadiba said...

macam mana pulak kalau kita nak serasikan kucing baru dengan yg lama yek?? pertama kali 'dorang' jumpa, mcm nak brgaduh je lagaknya ..

Anonymous said...

mahal x g vet for cirit birit? pakai charcoal bancunh ngn air then syringe dlm mulut kitten berkesan x

Anonymous said...

kalu tak oke jgakk ? nk bwk g vet , tp parents takbape caye sgt vet2 nii. so , takle g vet laaa. cmnee ? tak okey ag kucing saye nii:'(

Anonymous said...

sekarang memang musim cirit birit ker?....ni saya terpaksa kurung 8 ekor kucing dalam 3 sangkar..

Anonymous said...

Kucing sy dh cirit birit 4 hari ubat dah bg.. Risau je Tp selera mkn ok je Dan berat bertmbah

Unknown said...

Kucing sy sakit perut!! Ksian mcm nak mati.. kat indonesia ni xde vet la.. cmne ea??

Unknown said...

Kucing sy cirit birit.. kat jambi,indonesia mane nak cari vet?? Tolong suggest..

Unknown said...

salam..saya nak tnya yogurt tu sama macam yg kita makan tu ke???

Unknown said...

salam .. mcm mn nk bt dgn kucing ana .. sedih tgok dy .. :'( ana da cuba bg labu sikit..yogurt je belum .. tp knp najis dy berbau mcm bangkai ye ??

Unknown said...

Emmm,blog ni aktif lagi ke?

Nurul hafizah Sulaiman said...

Kucing saya 2 ekor tu asyik cirit birit je yang lain tak pula cuma saya risau takut cirit birit berpanjangan saya taktau nak buat apa dah puas dah bagi ubat tapi maseh jugak saya saya jugak hilang selera makan apa yang perlu saya buat sekarang sedihnya

Stacey said...

Kucing saya cirit birit boleh bagi air kelapa muda kah yang simpan dalam peti sejuk kah

Stacey said...

Kucing saya cirit birit boleh bagi air kelapa muda kah yang simpan dalam peti sejuk kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...