Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Resipi - Fish Ball or Meat Ball Treat

Share

Dah dengar makanan kering kucing (kibbles) tu sebenarnya tak elok untuk kesihatan kucing, tapi DC tak ambil serius sangat sebab tiada pilihan. (Bila keadaan mengizinkan, DC akan bincangkan  dalam entri akan datang) Kalau pelihara 2-3 ekor boleh lah DC beri perhatian tapi kalau 20-30 ekor mcm mana tu ye? hehe..

DC ambil masa 2 minggu mencari-cari resipi diet tanpa bijirin (grain-free) yang sesuai dan seimbang untuk kucing seperti snek ringan dan makanan basah (wet food) sebab DC sebagai tuan empunya kucing pun bosan setiap kali hari minggu asyik2 beri makan plain ayam rebus atau ikan rebus.  Akhirnya jumpa juga resipi yg sesuai - Fish Ball Treat atau Meat Ball Treat yg amat2 mudah kita ikuti..  Perlu di ingat, resipi ini bukan makanan utama (meal) kucing ye, ia sekadar makanan ringan ibarat kita makan cucur udang di waktu petang :)




Bahan-bahan:

  • 1 cawan ikan dalam sos tomato (jika boleh pilih salmon atau mackerel) atau daging kisar atau dada ayam  (daging kisar atau dada ayam seeloknya diberi mentah tetapi jika pembaca rasa si Comel tidak suka makan yang mentah, rebus lah ayam atau daging kisar separuh masak)
  • 1/2 cawan sayur labu lenyek (mashed pumpkin) -
  • 1/4 sudu catnip (ikut suka)

pilih lah satu bahan sahaja ikut suka.. jangan campurkan seperti ikan dengan daging  atau daging dgn ayam
sayur labu yang kaya dengan serat - mujarab untuk kucing yang cirit birit.

tambah catnip jika suka

Sebagai percubaan DC guna ikan mackerel.  Sayur labu di rebus dan di lenyek atau dihancurkan dalam mesin pengisar (blender).


Cara membuatnya:

  • Gaul ke semua bahan
  • Bentukkan seperti ketulan bola kecil. Siap!



Semua bahan telah digaul bersama - gambar menunjukkan sebahagian bahan

Bahan yang telah dibentuk kepada bola kecil

Jika pembaca buat dalam kuantiti yang banyak, bahan yang telah siap boleh disimpan di dalam bekas kiub ais dan di simpan dalam freezer. Seeloknya habiskan dalam masa 2-3 hari sahaja. Simpan lama2 takut zat hilang sebab dah tak fresh!




DC cuma buat betol2 20 ketol.. cukup2 untuk 20 ekor kucing2 DC yang ada :).. Janji setiap ekor merasa hasil tangan DC ni.  Mereka makan dengan lahap. Kucing yg mana malu2 dengan DC, datang tanpa dipinta. Yang tak tahan Jessie asyik ikut ke mana DC pergi - nak lebih dari sebiji!

Kelihatan Jessie dan Abby menikmati treat yang diberi..

Nota:  sebenarnya lebih elok kita guna ikan segar dari ikan di dalam tin yg kita tahu ada bahan pengawet. DC baru sedar perkara ini selepas mencuba resipi ni. Jika pembaca memilih ikan segar - rebuslah separuh masak dan buang tulangnya, ambil isi sahaja. Ikan tidak elok diberi mentah kerana dibimbangi mengandungi enzim thiaminase yg membawa sakit sawan.

16 comments:

ummufaqeha said...

bestnye..nak try la..huhuh..mesti mereka suke?manusia leh try x??;p

Gee said...

Boleh Niss, tp jgnla letak catnip! tak psl2 menyondol dinding kang! haha!

NaddY said...

wah best nyer...nak cuba lah...bahan cukup nih...hehehe thank DC

Ms J said...

cadangan menarik nih! Thanks Kak Gee

meowwmania said...

best best best!

tak susah sgt resepi ni nnti boleh la cuba, tengs DC =]

bunny ;) said...

aish malam2 ni sha pulak yg rase lapau tengok resepi ni terus carik biskut IKO alas perut tunggu breakfast pagi :))

waaa mcm best je ni sis! sha ade catnip sejibik mcm dlm gmbr tu XD boleh la sha try bila kyon dah sihat nanti. plus boleh sha ngorat manggish jugak hahaha! ♥

Gee said...

NaddY - cuba jgn tak cuba!

Ms J - mudah je nak buat, di samping mmg berkhasiat..

meowwmania - tu la, mmg senang. tp nak cari resipi ni susah sbb DC nak betol2 tak de ingredient yg tak elok..

bunny - payah tu tgk resipi kucing leh lapo haha! sib baik biskut IKO tu bagus.. rasanya x perlu tunggu kyon sihat, sbb bahan dia mmg ber zat, tambahan ada labu tu, boleh elakkan dia dari berak cair.. Ngorat Anggish? isk iskk tak abis2 nak ngorat dia.. dia tak serah diri lagi eh? ekkekek..

bunny ;) said...

ohh okok, nnt suruh mama masak lemak labu la minggu ni, boleh curik beberapa sudu labu :)) tapi kalau poo die dah normal, makan labu tak kekerasan ke nnt sis? XD

muahaha mahal tu hati encik manggish tu sis *kekening* die dah nak dah dgn sha ♥ tapi dengan sha sahaje SDN BHD. mcm cik hunybuny sha dulu 3thn dgn org rumah die xmau, ngn sha je boleh. tapi anggish nak dgn sha dkt2 dgn cage je pulak, boleh dukung, boleh kiss, boleh syg, boleh peluk semua. bagi masuk dlm rumah, ceruk2 yg sha xmuat nak masuk tu yg die nak. bijak plus2! :)) sha slalu peluk die kalau bawak masuk rumah belai2 dah puas sha lepas kan pegi lah menyorok mana2 pun anda suka dan nnt ade la sesi kejar mengejar bila time tido. XD

azieazlie said...

nampak sedap sangat nie gee..mama meow pun terlior sama... nak bukak resepi gee dan buat untuk anak2 bulus kena tunggu suami kerja 24 jam dolu, kalau tak boleh menanah telinga akk.. almaalumlah dapor jarang berasap..untuk perut sendiri pun selalunya tapau aje.. hee..hee..

Gee said...

kak zie! hahahaha! sama la kita.. gee pun tunggu 'line clear' baru buat!

Anonymous said...

kat mne nak cari cat nip tu ye....

atheinL said...

besh nye resepi nik...
nk try lar nnti...

miss NC said...

smlm i dah try resipi ni. all of my 10 anak bulus (3 adults n 7kittens )macam suka sangat. alhamdulillah berak pun dh tak cair...

agaknya kak DC, sesuai tak utk kitten i yang reaching 2 months old.. fyi, i baru je deworm they all last monday.

ajoisempoi said...

resepi sy buat mcm ni plak..
rebus ikan kembung tanpa garam sehingga empuk, kemudian kisarkan bersama labu tu. kemudian bentukkan guna acuan kuih raya, dah siap sy bakar dlm ketuhar..
kucing sy makan sehingga menjilat pinggan. sy pon makan juga seketul dua.. mmg sedap

nik.nash said...

Klu resepi mknn kucing ni bkn untk meal diorg...blh x nk mnx resepi hand made yg mmng untk bg mkn hr2...n sesuai untk bulu dn jg kesihatan mereka...sbb kcing sy kblkngn ni,bulu terlalu bnyk gugur....

Unknown said...

hye..nk tnye....dc taw x mcm mne rwsepi daging kisar yg org jual tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...