Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket
Showing posts with label Q n A. Show all posts
Showing posts with label Q n A. Show all posts

URI (Upper Respiratory Infection) - Selsema/Flu/Asthma/Batuk pd kucing

saya dapat flu la mama!


Sebenarnya yang patut jawap soalan ni ialah vet ye adik Omar hehe.. Tp tak apa la, kak DC jawap secara ringkas je sebab banyak info mengenai perkara ini boleh didapati di internet.




Siapa kata hanya manusia yg menghidap selsema dan asthma? Kalau  manusia dikatakan mendapat asthma kerana bulu kucing, mengapa kucing juga mendapat jangkitan yg sama? Ye, kucing boleh dijangkiti selsema /flu atau asthma dari manusia seperti asap rokok, habuk dalam rumah dan kelemumur manusia. Jenis2 pasir kucing yg mengeluarkan byk debu juga menyumbang ke arah serangan asthma dan selsema pd kucing.



URI ni sebenarnya menjurus kepada serangan virus selsema atau flu. Kucing yg telah divaksinkan pun boleh dijangkiti dengan flu. Jangkaan masa serangan flu ialah di antara beberapa hari hingga ke 2 minggu. Jika lebih dari tempoh tersebut, kucing sebenarnya mengalami serangan flu yg teruk dan melemahkan sistem ketahanan/ imun badan.

Tanda2 awal flu pada kucing:

  • Bersin
  • Mata berair
  • Cecair cerah keluar dari hidung
  • Batuk
  • Demam
  • Air liur meleleh
  • Stres/depresi
Mata berair - tanda awal serangan flu


Tanda2 flu yang teruk:


  • Konjuktivitis atau radang mata/pinkeye
  • Radang hidung dan seterusnya luka
  • Mengeluarkan hingus (cecair cerah menjadi likat)
  • Air liur meleleh berlebihan
  • Ulser mulut dan juga pada lidah
konjunktivitis/radang mata/pinkeye


Tanda2 flu yg merbahaya:

  • Kelopak mata tertutup rapat dengan lelehan likat dari radang mata. Jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata dan seterusnya buta.
  • Kerosakan pada anak mata, bernanah
  • Tiada selera makan kerana hilang deria rasa (akibat halangan mucus dari hidung)
  • Pneumonia (radang paru-paru)
Cenderung menjadi buta jika dibiarkan..

Rawatan:


  • Asingkan kucing yg mengalami serangan flu dengan kucing2 lain kerana serangan virus ni amat mudah berjangkit;
  • Cegah kucing dari keluar rumah buat sementara waktu bagi mengawal penyakitnya dari lebih parah;
  • Pemberian ubat antibiotik dari klinik veterinar. Antibiotik tidak membunuh virus yg menyebabkan flu tetapi bertindak sebagai rawatan mencegah jangkitan sekunder (secondary infection). Dalam bahasa kasarnya, ia mengelakkan serangan flu itu menjadi lebih teruk kerana virus boleh merosakkan tisu hidung, mata, sinus, mulut dan paru-paru kucing;
  • Pemberian vaksin. Kucing indoor juga perlu diberi vaksin melawan URI kerana virus selsema boleh dibawa melalui udara;
  • Force Feed. Oleh kerana kucing tiada selera makan, kita hendaklah menggunakan kaedah force feed atau memberi makan secara paksaan.  Memandangkan deria baunya yg tidak begitu berfungsi, berilah dia makanan lembut/basah (wet food) yg agak kuat baunya seperti sardin yg mungkin boleh menaikkan selera makannya.
  • Sentiasa bekalkan kucing dengan air bersih dan pastikan dia minum supaya tubuhnya tidak mengalami hidrasi (hydrated)


Serba sedikit rawatan moden dan home remedies yg mungkin boleh membantu:

  • Garam - Lap mata kucing menggunakan bola kapas yang dibasahkan dgn air suam yang telah diletakkan sedikit/kuantiti kecil garam.
  • Vitamin C - Berikan Vitamin C (250 milligrams setiap hari)
  • Bronsyp Syrup


BronSyp Syrup - Ubat selsema yang terdapat di pasaran untuk kucing dan anjing
(Boleh didapati di Dearcats Pet House


  • Inhaler - Merujuk pd link www.ehow.com, terdapat veterinar yang menyarankan penggunaan inhaler manusia diberikan pd kucing dan didapati sangat berkesan.  (Anda diminta mendapatkan nasihat vet dan tidak melakukannya sendiri)



Kucing bernama Bruno mendapat rawatan istimewa menggunakan inhaler bersama tuannya , Anna Dickie
Kisahnya boleh dilayari di moggyblog.com


  • Wap (Steam Bathroom/Vaporizer) - Jika rumah anda mempunya bilik wap, bilik sauna, bawa dan peganglah kucing yg mendapat jangkitan URI selama beberapa minit untuk membuka laluan pernafasannya supaya dia boleh bernafas kembali. Boleh juga menggunakan vaporizer. 




  • Penapis udara (humidifier/air purifier/air filter) jenis HEPA - Penapis udara ini dikatakan boleh menapis kandungan bakteria sehingga 99.9% dari udara dan seterusnya membekalkan udara bersih (bacteria count 0.5 cfu/m3) 


Air Purifier dari Coway (Lombok) ini dikatakan mampu menyaring habuk, allergen dan bulu kucing diudara

Hakikatnya, kita kena ubah lifestyle ke arah yg lebih sihat untuk memastikan kita dan kucing kita tidak mudah dijangkiti URI.  Dgn artikel ni, skrg kita dah tau mcm mana nak detect kalau persekitaran kita tidak bersih, iaitu melalui kucing dan diri kita sendiri kan?.

Harap entri ni memberi serba sedikit pengetahuan kepada adik Omar dan pembaca yg budiman :)










RUJUKAN:
http://animals.howstuffworks.com/pets/how-to-treat-common-cat-diseases11.htm
http://kucing.web.id/fakta-tersembunyi-penyakit-flu-kucing/
http://cats.about.com/cs/healthissues/a/uris_in_cats.htm
http://www.ehow.com/list_7213991_cat-flu-home-remedies.html
http://www.ehow.com/about_5085013_feline-home-remedies-sneezing-coughing.html

QnA: Bolehkah kita dijangkiti kutu kucing?

Kali ini DC share sedikit info mengenai persoalan di atas.  Semoga ianya berguna untuk kita semua.

Kutu kucing atau Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yg boleh dijumpai pada kucing. Jangkitan kutu memang memeningkan kita. Tapi, boleh ke manusia dijangkiti kutu kucing?


Secara amnya, kutu kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia. Mereka hanya boleh menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.

Warna merah menunjukkan darah yang telah dihisap oleh larva kutu kucing. 

Namun merujuk pada Wikipedia, kutu betina boleh hidup dan bertelur jika mereka boleh menghisap darah selama 12 jam berturut-turut. Pada pendapat DC, kenyataan ini membawa maksud, jika kita tidak merasa gatal hasil gigitan kutu tersebut.  Tetapi secara amnya, ia boleh dielakkan jika dalam masa 12 jam tersebut, kita membersihkan diri atau mandi menggunakan sabun antibakteria.


Rawatan gigitan kutu kucing


Kalau kita nampak ada bintik merah dan terasa gatal di bahagian yang dinyatakan:
  • segera cuci kawasan tu dengan sabun antibakteria;

Antara sabun antibakteria yang terdapat di pasaran.

  • Gunakan air sejuk, kerana dengan menggunakan air panas atau air suam, ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut.
  • Lap kering dgn tuala bersih
  • Sapukan krim hydrocortisone. (Ingat tak lagi DC pernah senaraikan ubat ini dalam First Aid Kit Kucing?) Atau gunakan losyen calamine untuk melegakan rasa gatal tersebut. Menggunakan ice pack juga membantu mengurangkan bengkak pada gigitan kutu. 
Antara produk yg membantu melegakan kegatalan gigitan  kutu kucing

  • Jangan garu sbb ini akan mengalakkan jangkitan bakteria.

Elakkan dari menggaru

Harap info ini membantu :)








Rujukan:
http://www.buzzle.com/articles/cat-fleas-on-humans.html
http://www.orkin.com/other/fleas/cat-fleas-on-humans

Q n A : Dilema seorang sahabat. Pls share some views with her..

As Salam semua dan selamat bertemu lagi kita di sini. Akhir2 ni mmg DC agak sibuk dan tidak berkesempatan nak update blog ni. Mmg banyak idea dan perkara yg DC nak share tapi tidak berpeluang berbuat demikian.  Ada beberapa pertanyaan yg DC tak sempat nak jwp. Bukan DC tak layan atau tak pandang ye. Cuma keadaan tidak mewajarkan DC menjawap, dan kebanyakkannya DC jawap secara peribadi.. Di harap sabar menunggu :)

Berikut ialah pertanyaan dan dilema yang dihadapi oleh sahabat kita bernama SHANTI. Diharap para pembaca boleh share your views with her.  Dan yang mana DC boleh jawap, DC jawaplah.:

**************************************************************************

Hello DC

I came across your blog and can see that you are doing an exceptional and humane to help unwanted cats. Can you please advise me what to do about a stray cat. She's really sweet, affectionate and pretty. She has 3 kittens and we have managed to find a home for them (not the best home but they say they love cats and can afford to give them a home,although they don't believe in neutering - I tried to explain the reasons but they say they don't mind more cats). As for the mother cat, I am worried what she will do when we take the kittens away (I guess they are about 3 to 4mths old). I also want to get her neutered to prevent any more strays. I am hesitant to adopt her because I already have 2 cats and I am afraid of any diseases the stray cat may have. I was wondering how you manage to house all your cats together and what steps do you take to ensure any new comers are healthy? Is taking to a vet for a medical fool-proof to ensure the stray is not carrying any serious contagious illness.

I would welcome your views on this please.

Thanks.

Regards
Shanti


**************************************************************************

Dear Shanti,

DC tak berapa pandai hendak menjawap soalan Shanti dalam bahasa inggeris tapi DC cuba jwp sebaik mungkin. -

This is how i done things around. I normally try to get the stray cat to the vet for a health check and flea treatment within a day or two. I let my vet know he is dealing with a feral/stray cat so appropriate precautions can be taken to avoid a bite or the cat escaping. After the trip to the vet, I move the cat into a cage separating him/her from other cages or roaming cats. Cover the cage if necessary. Set out the food and water and litterbox in his/her cage. Meanwhile, we make an effort to bond with her. We can leave our belongings like towels or shirts for her to sit on or play with. The idea is to get used to our scent :) To date, I have not had inappropriate elimination problems with my ferals. This phase will normally take about 2-3 months depending on how aggressive she is.


Once all have been treated, we name her, bathe her, do a complete litter change and clean out the litter box, wash all beddings and cage.

Then depending on our budget, we will get her spayed before we go to the next phase and administer any required shots. Otherwise he or she will be caged/separated till we manage to find a fund.

Considering she has been spayed and bonded with us, she can start a socializing phase. We introduce her to catnips or toys then we begin introducing to our own cats. Besides a cage or a room, initial introductions can also be done using a cat carrier.

You can find tips on how to introduce a new cat to resident cats here - perkenalkan kucing baru

You can expect some hissing/growling in the beginning of any cat introductions, this is normal. If you do regularly, short sessions with resident cats and then return her to her room/cage/carrier, things will go more smoothly. Then you can start to leave her out longer and longer, only when you are home. It depends on the age of the feral. The older the cat is the less chance you have of taming it.

But if you unable to do so, pls send her for adoption. If possible get her have some basic health checks - fleas, earmites, deworm.  Get some tips on how this stray cat can easily be adopted. Send her best photo around. 

Few tips getting her best view


Here are some links that might help you :







(permainan FarmVille di facebook)

Harap ini dapat membantu Shanti.. For other viewers and readers, kalau ada apa2 cadangan atau nasihat sila la komen untuk kebaikan pada Shanti dan kucing2 nya.





Q N A : Bagaimana perkenalkan kucing baru kepada kucing yang sedia ada


Biar DC gelar kucing baru yang hadir dalam rumah kita sebagai 'Junior" dan kucing yang sedia ada sebagai ''Senior" untuk memudahkan penjelasan pada entri ini. Apa yang DC cuba sampaikan di sini merupakan dari pengalaman sendiri dan tak semua cara yang DC buat berjaya. Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman? :)



Q n A : Mengatasi bengkak susu pada ibu kucing


Bengkak susu pada ibu kucing lazimnya terjadi kerana masalah pengeluaran susu seperti tersumbat, jangkitan atau radang (inflamed).  Namun terdapat juga kes seperti di atas iaitu faktor yang tiada berkaitan dengan masalah kesihatan.  Ianya terjadi kerana pengeluaran susu tidak dapat dilakukan akibat kematian anak.


Q & A: Mengapa kucing suka duduk dalam litter box?


Termenung seketika DC bila menerima soalan sebegini. Sebabnya, sepanjang DC memelihara kucing, tidak pernah DC mengalami cat behavioural issue sebegini. Bagaimana dengan rakan-rakan sekelian? Boleh bantu Baby atau share tips di sini? Walau bagaimanapun DC tabik dengan sikap Baby yang prihatin dan observe dengan sikap si Comel bernama Kiki.

Q&A - Cara menjaga anak kucing terbiar

Sebenarnya DC menerima banyak soalan mengenai kucing sejak blog ni wujud. DC bukanlah orang yg pakar dalam hal2 kucing terutama dari segi nasihat perubatan. Apa yg DC garapkan di sini semuanya berdasarkan sedikit sebanyak pengalaman sendiri dan rakan2 kucing DC serta tak kurang juga atas nasihat vet DC. Seeloknya dapatkan nasihat pakar – vet, untuk beri yg terbaik pada kucing anda. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...