Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Q & A: Mengapa kucing suka duduk dalam litter box?

Share


Termenung seketika DC bila menerima soalan sebegini. Sebabnya, sepanjang DC memelihara kucing, tidak pernah DC mengalami cat behavioural issue sebegini. Bagaimana dengan rakan-rakan sekelian? Boleh bantu Baby atau share tips di sini? Walau bagaimanapun DC tabik dengan sikap Baby yang prihatin dan observe dengan sikap si Comel bernama Kiki.


DC tidak mahir dalam masalah ini tetapi boleh juga ikuti info yang DC simpulkan ini hasil dari pengamatan di beberapa laman web mengenai masalah perilaku kucing sebegini.


MENGAPA?

Kucing tersebut diambil atau adopt dari rumah perlindungan (shelter)
Mungkin kandang atau cubicle yang mereka diami di shelter berkonsepkan 'kandang terbuka' (open cage), dan lantai di kandang di mana mereka ditempatkan sejuk dan tidak selesa, membuatkan si Comel duduk dalam litter box yang disediakan kerana itu lah sahaja pilihan yang ada.  Keadaan ini membuatkan si Comel 'terbiasa' walaupun mereka telah diadopt oleh tuan yang baru.

Si Comel berasa tidak selamat
Kebanyakan kucing menggemari kotak. Sikap ini banyak didapati pada kucing outdoor. Apabila mereka rasa tidak selamat, litter box sahaja yang mereka rasakan mampu memberi perlindungan walaupun kotak tersebut kotor.

Si Comel tidak sihat.
Apabila keadaan ini berlaku,  deria bau si Comel tidak dapat berfungsi dengan baik lantas tidak dapat membezakan litter box atau tempat tidur.  Apa tah lagi jika kandang tersebut agak sempit dan mangkuk makanan berada berdekatan dengan litter box. Bawa lah si Comel berjumpa dengan vet, jika ini berlaku.

Berkongsi kotak pasir
Habitat kucing apabila selesai dengan 'business'nya ialah menyembunyikan najis dan air kencing mereka. Apabila sebuah kotak pasir (litter box) di kongsi dengan beberapa ekor kucing, Kiki cuba bersikap dominan dengan enggan berkongsi bauannya dengan kucing2 lain walaupun kucing2 lain tidak hirau dengan sikapnya. Seeloknya setiap ekor kucing harus ada kotak pasirnya tersendiri. Malah yg terbaik ialah jika anda mempunyai 2 ekor kucing, tempatkan 3 kotak pasir!  (Dalam kes DC, pernah kucing DC tunjuk protes dengan buang najis betul2 di luar litter box tu - gara2 tak mau kongsi litter box)

Gangguan
Beberapa keadaan yang mengganggu emosi si Comel seperti berikut :
  • air freshner (penyembur wangian udara) yang mengeluarkan bauan limau, citrus atau pine. Bauan ini amat menyenangkan kita tetapi ianya menggugat sensitiviti (offensive) si Comel;
  • Lokasi kotak pasir berada di laluan kucing2 lain yang lebih dewasa dan yang boleh menimbulkan rasa tidak selamat jika si Comel keluar dari kotak pasir tersebut.
  • Bunyi yang kuat seperti radio dan stereo membuatkan si Comel tidak berganjak dari kotak pasir kerana tidak tenang berada di luar kotak


BAGAIMANA ATASI?

Untuk atasi masalah ini, Baby kena banyak bersabar melatih atau melatih semula (retrain)  kerana Kiki mungkin memerlukan masa yang agak lama mengubah sikapnya. Cubalah atasi dengan melakukan salah satu atau lebih perkara2 berikut :

  • Jika Baby masih mahu gunakan kotak pasir dan jenama pasir yang sama di kongsi dengan kucing2 lain, cuba letak bahan neutralizer yang boleh mengurai struktur kimia sisa najis dan air kencing supaya tiada bauan yg boleh dihidu oleh semua kucing.  Bahan ini dikatakan boleh kita dapati dari petshop. Kena tanya penjual. DC rasa cara ini agak less-solving.. tak menyelesaikan.. tp boleh cuba..
  • Asingkan dia dari kucing2 lain dengan membebaskannya di luar kandang. Cara ini memerlukan pemerhatian yang kerap. Dalam pada tu sediakan kandang baru dan bersih (kalau tiada kandang baru, boleh juga gunakan kandang lama tapi pastikan bersih dan telah dinyahkumah supaya tiada bauan kucing lain)  Letak kotak pasir baru, pasir kucing yang berbeza jenama, mangkuk makanan dan minuman khas untuknya sahaja di dalam kandang. Bila dia seperti mencari spot untuk membuat 'business' masukkan dia ke dalam kandang yang telah disediakan. Setelah selesai, keluarkan semula. Begitu la berturut-turut.  Cara begini ialah untuk dia 'escape' dari keadaan 'biasa' yg dia telah lalui..
dengan kain fleece bauan anda..
  • Banyakkan bermain dan bersamanya supaya dia kenal dengan bau anda. Ambil selimut fleece bersaiz kecil dan anda hendaklah tidur bersama selimut tersebut. (Proses ambil bau) Letakkan selimut bauan anda di dalam kandang iaitu tempat yang anda mahukan dia tidur.  Cara ini mungkin membuatkan si Comel berasa selesa dan banyak menghabiskan masa di situ dari kotak pasirnya.  Jika kurang berjaya cuba letak catnip atau spray feliway (penyembur penenang) di kain fleece tu.

Ini sahaja yang dapat DC bantu. Semoga Baby berjaya melatih Kiki.. :)

9 comments:

bylindakitchen said...

pening jugak kan akak?
lin dulu ada gak kes camnie.
suka duk dalam litter.
kita dah keluarkan pon dia still nak duduk jugak.
tapie tabiat dia tak lama..makin besar makin ilang.
cuma kekadang datang jugak tapie tak kerap ketika masa kecil.
memang pening..harap baby banyak bersabar

♬RoSe HaLmy♬ said...

kne selimut yg ade bau ketiak ker kak?? ketiak masyem....muakakakak

kak geeeeeeeeeeeeee...!! (lari2 sambil felok musyanggg)

tih3x..*carik kak zai...~

♬RoSe HaLmy♬ said...

kak,
kne pakai selimut yg ada bau ketiak ker kak?? ketiak masyem...muleh?? muleh ker?? muakakaka

kak geeeeeeeeeee..!!
(lari2 sambil felok musyang) hahha
(klu org ckp x tinggal jejak kaki jugak neh, x tau la..) lalalalala..
(sambil siul2 carik kak zai)

Gee said...

Pinkie - akak tak tau pun ada sikap kucing mcm ni tp jenuh la kalau tiap kucing ada litter box sendiri.. dlm kandang penuh litter box dari kucing hehehe..

Lya hang ni brp byk nama samaran daa? Yg dok lari sana sini ni pe hai? carik kak zai?.. buang karan.. dia tgh enak bermadu-maduan kat Bandung sinun.. muhahhaha!

Mohd Redzuan Said & Nur Hayati Mohd Fuad said...

tu la sis.. Baby da wat macam2 da ni... adoi... tpigt nak beli cage khas untuk dia la.. pening... da buat tmpt dia cantik2 pon x hirau litter box gak perginya.. kdg2 tdo mcm tdo atas tilam je.. habis badan dia...

♬RoSe HaLmy♬ said...

biasa la kak..nak idop lame..kne ler byk menyamar.. wahhhh cam bekas ah long plak..muakaka..

kak zai g bandung ker?? x tau pun!! patut ler senyap jer.... ceisssss... tgh berbulan madu rupanya dia..tidak ku sangka...

*psttt :: td double post ingatkan ilang komen yg 1st tuh.. muakakaka

musyangg!!!!!!!!!!!!!

Gee said...

Baby - buat yg terbaik.. tp akak rasa seeloknya mmg kena asingkan dia.. guna catnip tu..

Lya - hang tgk kat fb, ada gambar kak Zai dgn Deedee, cat lover dr indonesia.. kemain lg posing. Sis suruh dia naik kuda, dia kata kuda tu tak larat nak angkat dia muhahahaha!

anis said...

hmm, kucing anis pown suak duduk gak, tp lepas tukar pasir je la..
bla dh ade najis, x plak diorg melepak situ..hihi
mybe pasir tu sejuk kot...kih3x..

Unknown said...

Kemungkinan lantai cage sejuk, kucing saya pun mcm tu,, suka duk dlm litter, mkin2 lpas pasir djemur.. sbb lantai cage tilešŸ¤­

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...