Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Pokok kucing = Cat Tree (Yeahh! our DIY cat tree is done!)

Share

Pokok kucing? apa tu?..Tapi kalau kita sebut Cat Tree, semua org tau :)  Cat Tree ialah tempat si Comel bermain, melepak, berguling, mencakar dan tidur.  Kenapa perlu cat tree? Ada orang kata ia lambang kemewahan kucing anda. Pada saya ianya keperluan.

Our cat tree yang tak seberapa :)


Cat Tree pada asalnya dibina untuk kucing indoor. Tidak seperti kucing outdoor, kucing indoor tidak bebas untuk bergerak sesuka hati, apa tah lagi jika rumah yg kita diami itu terlalu sempit. Jadi di manakah mereka melepaskan tabiat semulajadi mereka seperti bebas melompat dan mencakar? Tentulah dengan memanjat rak buku rumah anda, siling rumah, atas almari dan mengasah kuku di sofa mahal anda! 

Dengan adanya cat tree, ia sedikit sebanyak membantu menyelesaikan 'kekecohan' yang dilakukan oleh si Comel di rumah anda dan pastinya membuat si Comel hilang stress.

Kucing2 di rumah saya terdiri dari kucing indoor dan juga outdoor. Oleh kerana rumah saya 'hampir tiada' perabot kerana kerenah mereka, kami mengambil keputusan membeli cat tree di kedai.  Malangnya cita2 tu terbantut sebab harga cat tree di kedai yang kebanyakkannya mempamerkan harga 'membunuh'! Bagi kami yang memiliki jumlah kucing yang ramai, kami harus punya cat tree yang agak besar yang sesuai dengan keadaan poket kami untuk mereka.  Dari situ lahirlah impian membina sendiri cat tree yang bukan sahaja tempat mereka bermain dan tidur malah tempat mencakar (scratching post). 

Bahan-bahan yang kami gunakan :

  • Dahan pokok - kami tebang pokok di hutan
  • Papan - kami gunakan bahan terbuang 
  • Karpet - pun kami gunakan dari bahan terbuang
  • Cadar/Kain lembut (Fleece Blankets) - lagi bagus kalau tebal tp senang dibentuk. Ada di jual di kedai karpet, kami beli di pasar malam
  • Tali (sisal rope) untuk scratching
  • Gergaji
  • Stapler Gun
  • Gunting
  • Paku Pakis
  • Penukul (MC Hammer)
  • Pensel - sebagai marking
  • Tape pengukur (measuring tape)
  • Pengukur keseimbangan (carpenter's level) - tak tau? alaa alat ni mcm buli kaca yg dlm dia tu ada cecair warna hijau :)

Antara bahan yang kami gunakan

 
Dahan pokok yang telah di tebang dan di tarah sebahagian cabangnya..

Masa ni dah excited sgt, tp hubby kata kena tunggu dahan ni agak kering baru boleh mulakan projek. Takut dahan ni tumbuh 'berdaun' balik  katanya huhu!

Selepas beberapa hari, suami pun mula menggayakan aksi tukang kayu - dengan pensel terselit di telinga dan tanpa baju.  Benda pertama yg dia buat ialah tapak cat tree supaya mudah alih. Kena kukuh katanya..  Pd asalnya kami cadang nak buat yg jenis terus paku ke lantai, tp bertukar fikiran pada saat akhir..


Photobucket
"Daisy nak test dulu boleh?.. uh uh ah.. iskk iskk sangkut lak kuku Daisy ni...tp boleh! dah boleh ni!"

Lepas tu, kami buat platform beberapa keping.. Saya pun bantu dengan aktiviti potong memotong.. tu je yg saya tau

Photobucket
Oleh kerana karpet berbulu tu mahal.. (RM55 semeter) kami gunakan karpet terbuang ni sebagai tapak platform sebelum dilitupi dengan cadar lembut.

Photobucket
Platform di top level.. abaikan model tak di jemput tu ye..

Photobucket 
 Platform di level kedua.. model tu mmg rajin mengendeng..



Photobucket

Platform di level ketiga.. model nya si Musyang..

 Dipendekkan cerita .. dah separuh siap ni..

Photobucket
Penderaan buat suami yg sibuk mengetatkan tali utk scratching - lom siap masing2 dah menenggek
Masa ni memang dah siap.. happy je rasa.. tapi mcm ada yang tak kena..


Dah 2 hari cat tree kami ni mcm ni.. kucing2 kami pun dua tiga satu macam je jeling2 kat kami.. mcm tak puas ati je



Akhirnya kami cadang nak tambah perisa sesedap rasa pada cat tree kami ni demi kepuasan mata sendiri dan anak bulus..  Semalam,  diwaktu pagi kami merayau ke Jalan Pasar Pudu mencari cadar since cadar yg ada dah abis digunakan  Walaupun tak sama corak, kami beli juga yg seakan warnanya. RM10 je.


Petangnya kami berbincang bagaimana nak tambah perisa.  Hasilnya, kami tambah 1 platform dan 1 box. Harap mereka tak komplen dengan pandangan dan jelingan yang menyusuk kalbu lepas ni..

Photobucket
Tambah 1 platform di level pertama sebab platform di level 1 agak luas..

Photobucket
Kami tambah kotak di ground level huhu!
Hasilnya..

Pandangan dari bawah.. perhatikan kain yang berbeza warna :)  Atas kotak pun boleh jadi tempat lepak si Comel kan?


Siap sudahh! i likeee! hehe .. Oleh kerana kawasan rumah kami agak luas, kami tidak plan ukuran tertentu. Tetapi bagi anda yang mempunyai kawasan agak terhad, pastikan faktor ketinggian dan lebar cat tree anda diutamakan.  Ketinggian cat tree kami ini mencapai 5 kaki 3 inci dan lebar lebih kurang 3 kaki 4 inci..

Photobucket

Caya tak? ada member suami yg ada 9 ekor kucing terus nak tempah sebijik yg lebih kurang begini .. suami kata, "err.. tengok lah kalau  free hehe.."


Update info 3/3/2012:


Ramai yg bertanya mengenai sisal rope tu.. 
1) Dimana nak beli?
    jawapan: dari kedai hardware ye.. tapi tak semua kedai hardware 
    ada.. dan ada beberapa saiz.. boleh beli ikut meter.. 


2) Sisal rope tu nak panggil apa?
    Jawapan: kalau dlm BM dipanggil TALI SISAL.  Kdg2 org kedai
    tak faham, kalau akak, akak panggil TALI KAPAL haha!


40 comments:

NaddY said...

wah cantiknyerrrr...i'm so jelezzzz...hohohoho...

nak buat sendiri tapi tangan batu..tak reti bertukang hahaha...

comey..comey... mesti anak bulus akak suker giler nih...

Ms J said...

waahhhhhh... mesti seronok budak2 tu ye? err...nk tempah jugak??? ^_^

NISS said...

nak satu...tapi xde hubby nak tolong wat huhuhuh..

DearCats said...

Naddy - rasanya DC boleh bertukang tp buatan mcm ni kena ada tenaga lelaki la.. nak gergaji kayu pun peluh betina tak keluar :))

Ms J - ada bela kucing?

NISS - 1st kena carik hubby dulu hahahaha!

SABRINA Bree said...

wowww! Awesome laaaa!

nak try buat jugak la...!!

thanks for the ideas and the recipe! :)

DearCats said...

SabrinaBree - kalau boleh buat, mmg DC tabik spring! hehe!..

meowwmania said...

waaa cantiknya very the kreatif!

bkn kcg je suka nih dgn saya saya teruja :D

Namie Amir said...

cantiknya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nak jugak!!!!! HUhu...kreatif la..untung dpt suami pndai bertukang

ettymelladikboy said...

jeles lah dc...

tp boleh try kan. and thanks for this tuto....

btw, kucing siam tu, sebijik cam kucing saya.

Redzuyatt's said...

tingginya cat tree...bestnya.. huu baby punye rendah je..! n tecik je.. hee..

thefluffies said...

Tumpang tanya.. Sisal rope tu nak beli kat mana..

Kain fleece tu lekatkan kat kayu guna stapler gun jek ek? Sisal rope pulak nak gam pakai gam kayu atau gam gajah biasa boleh tak??? Kang keracunan toksid kat kucing, susah pulak :P

Thanks!!

DearCats said...

ettymelladikboy - tq, kucing siam salunya muka sepesen je kan?hehe

thefluffies - yup, kain fleece dilekatkn pd kayu guna stapler gun. Sisal rope ada pelbagai saiz, bole beli dr kedai hardware tp tak semua kedai hardware ada jual. DC beli yg saiz 1 inci lebar. Lilit pd tiang ketat2 dan paku. DC mmg tak guna sebarang gam. Ujung tali biasanya pecah, kena kemaskan (balut)dgn masking tape dan paku.

keen said...

CANTEKKK>>...nak tiru ler..rasa nak pegi hutan cari kayu...nak cari kayu..nak cari kayu...

VIVIAN said...

Memang retif! macam beli kt kedai!! hahaha

New Entry "[My270View]HUJAN"

New Entry "[Cerita Jiwang Saya]Hikmah Itu Bukan Datang Bergolek..Tapi.."

New Entry "[Ailurophile]Kenapa Dengan Suki?"

PrimoChic.com said...

wahh canteknya cat tree.. impressive. jimat byk bila DIY. good job DC!

mia.lia said...

waaa..cantiknyaaa..tapi kalau buat takde tmpat kot..hehe..
pndai suami brtukang :)

DearCats said...

keen ~ tentu keen boleh buat sbb.. tgk rumah kucing keen pun mengancam! tergugak akak hahaha!

Vivian ~ tq :)

PrimoChic.Com ~ mmg jimat byk.. puas hati.. rasa mcm lengkap keperluan utk kucing :)

mia.lia ~ boleh buat yg kecik dan tinggi.. mcm akak ckp, cat tree sebenarnya utk kucing indoor..

¤(`×[¤_MyA_¤]×´)¤ said...

Salam,

Cool!! I want i want!!

Mohd Taufik said...

cantiknye cat tree..sy igtkn yg ni cat tree beli kt petshop..quite shock bile dpt tau hubby u buat sendiri..sy pn ade plan nk buat sendiri tp ilmu bertukang tu kureng didada..nk tnya skit, antara platform tu dgn tiang kayu tu hubby tu attach kn cmne ye?pakukan ke cmne?cmne lekatkn karpet tu dgn platform n pole tu sume?nmpk sgt kemas..

DearCats said...

Mohd Taufik - Utk attach platform dgn pillar (teras/batang kayu), pastikan platform tu dah siap TANPA dibalut dan kita paku di tengah2 menggunakan paku panjang. Saya guna paku 4 inci, sebab pillar tu kukuh. Kalau rasa pillar sdra tu tak kukuh jangan gunakan paku yang berlebihan panjang, takut pecah pillar tu.

Dah paku atau attach baru la balut dengan platform tu dan kemaskan dengan stapler gun.

Harap ni membantu ye..

Mohd Taufik said...

TQVM dc..ade 1 cadangan utk dc n hubby..alang2 dh pandai bertukang buat cat tree secantik ni, pekate dc buat custom made n jual dgn price yg berpatutan..dpt income n leh compete dgn yg jual kt petshop..mesti laku..hehe..

tm said...

Alamakkk jelesnya, ada cat tree macam ni.. kalau boleh, ingat nak tempah.. boleh tak?

DearCats said...

Mohd Taufik - cita2 tu mmg ada.. insyaAllah akan diusahakan. Kekangan masa yg menghadkan aktiviti. Niat nak buat kecik2 sikit, senang buyer bawak masuk kereta. Kalau besar susah pulak nak sewa van atau lori kan?

tm - tunggu dulu hehe.. suami DC cerewet sikit, nak semua alat ada, baru dia nak usahakan. Time2 ujan pun dia mcm liat je nak bertukang haha!

::EIDA:: said...

DC : If hubby u sedia terima tempahan, let me know ok... I ada 7ekor, adoii... sofa seme da hancur dicakar.. Nak beli, mahal giler... HUHU~u.
Tq.

aimfesy said...

mmg sannteekkk giler la..sy just ada 2 ekor kcing..2 pn dh skt mulut jg diorg..hbs carpet n sofa d ckar diorg...huhu..dlu bli tmpt pnckr pn skrg dh x nmpk rupa...klu bleh tempah bgtau yea..utk 2 ekor je..kcik pn dh ok..yg pnting kcing2 2 slesa...

DearCats said...

aimfesy - mmg sedang dirancang.. tungguuuu!

zaza said...

wahhhhhhhhhhhhhh.....buat sendiri... bujet agak2 berapa?

not just another mom..... said...

Terima kasih kerana share cara nak buat cat tree! Sangat kreatif! Link to my meow !

Anonymous said...

tapi cat tree saya senang je .. buat tangga je.. setiap pijak tangga tu buat stage. cam tu je. hehe

Anonymous said...

assalam...wah hebatnya.nak tanya, camana nak lekatkan setiap tiang tu kat tapak dia, especially yg paling bawah tu(platorm)..share pls.

andy said...

assalam kak DC...memang kreatif dan sangat menarik la akak buat tree house. thumbs up la tu ur husband ~ ;D
nak tanya skit kak...tali (sisal rope) tu, biasanya jual kat kedai ape ek? cam jarang2 jumpa tali camtu. kalau guna tali nylon, rasa2 si meow suka tak?
makasih kak ~ ;D

andy said...

assalam kak DC...sangat2 kreatif dan menarik lah tree house akak ni. teruja plak nak buat sendiri pasni. hehe...
1 nak tanya...tali (sisal rope) tu beli kat mana? sebab jarang nampak tali tu. hardware pun slalu jual tali nylon jer...dan camana nak lekat tali tu kat kayu? tembak stepler ker tau paku? makasih kak :D

sarah shazlin said...

pergh!! kretif sungguh suami akak!!kalau macam ni punya besar cat tree mau dekat RM600-RM800... nak cube buat lah... hahaha!

Anonymous said...

bestnye. klu buat banyak kotak untuk diorang sembunyi lagi best for diorang kot. (my cats semua suka nyorok2) haha. guna selimut rupanya. penat dok pikir nak guna pe balut. tali sisal tu klu kat kedai cakap diorg nak beli tali jut. memang jual kat kedai hardware pun( 1st time denga orang panggil sisal)

Salwani Wee JR said...

cantik dah tu, drpd bayar mahal kt kedai, tapi kecik je dpt..dulu ade idea wak nih, siap ambik kayu tepi jalan bawa balik umah, skali pregnant la, hubby tk bg tukang2, dia lak malas nk tolong..alkisahnye, kayu tuh dh kena buang..hampeh tul..

journey of a lady said...

comel la kucen2 u tu xsabar2 da chill out atas pokok tu..geram tgk..tau plak dia mende tu utk depa kan

Suri d'Laman said...

Slm,sis.. mmg bagus tul idea cat tree akk nih.. ley la ajak hubby plan buat satu.. tapi nak buat yg ada tmpat tdo sekali.. hehe..

IZEREEN MUKRI said...

hye DC.
Lawa cat tree house ni...
Cuma i nak tanya, kayu hutan yang korang potong tu xreput ke lama-lama??
ke ada spray dengan apa-apa chemical untuk elakkan reput???

Kucing Comel said...

Cantik jugak lah cat tree tu. Terima kasih sebab sudi berkongsi.

atok_rock said...

Sape berminat nak buat tapi xreti..gua leh tolong buat kan..kacang je tapi diy(pasang) pulak kat umah sendiri..gua guna skru baru leh diy..xmahal,kayu dari hutan,sumber alam..gua dok kl..mesej no tipon bgtau..017-6559577..atok rock the beastmaster..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...