Tempat lepas hajat kucing tersembunyi - Cat Litter Hider/Concealer
ShareSemua pemilik kucing mahu atau tidak, pasti tidak dapat mengabaikan penyediaan tempat buangan najis (melepaskan hajat) si Comel atau kotak jamban mereka. Begitu juga DC yang sering memikirkan bagaimana cara terbaik untuk DC menyembunyikan litter box mereka dari sudut pandangan mata. Dan, jika boleh, dapat menghilangkan bau-bauan yang dihasilkan dari 'buangan' si Comel.
Bagi mereka yang mementingkan kebersihan dan hiasan dalaman rumah, tentu amat berterima kasih pada pereka cat litter hider ini. Hasil dari tinjauan rambang DC, di sini terdapat beberapa contoh cat litter tersembunyi di mana ada di antaranya kita boleh hasilkan sendiri (DIY).
Amacam? Kreatif tak? |
Pokok bunga hiasan cat litter stail ala Tuscan. DC rasakan litter box ini yang paling menarik. Lihat saja gambar di bawah.
Ianya direka dari pasu bunga plastik yang besar untuk kemudahan si Comel melepaskan hajat, pokok hiasan tiruan dan sedikit rumput kering palsu. Pasu bunga plastik bukan sahaja ringan tetapi juga mudah dibersihkan dan terdapat sedikit lubang di permukaan mulut pasu untuk tujuan ventilasi. Jenis ini boleh didapati di Amazon. Agak2 boleh buat sendiri? :)
Sari DIY litter box. Cat litter hider yang tentunya kita boleh bina sendiri ini dihasilkan oleh blogger bernama Sari. DC rasa kita boleh gunakan kabinet lama untuk tujuan ini.
Nampak kemas dari luar. |
Di dalam - perhatikan laluan si Comel ke kotak melepaskan hajat. |
Sari menggunakan karpet di sepanjang laluan si Comel bagi memerangkap sisa pasir kucing. Cat litter hider jenis ini boleh juga menyimpan stok pasir kucing dan scoopnya sekali
Cut-out. Gunakan cara ini jika anda gunakan kawasan bawah kabinet dapur atau di bawah sinki dapur sebagai tempat si Comel melepaskan hajat. Jika selama ini anda hanya membiarkan pintu kabinet bahagian ini ternganga (ada ke?) untuk kemudahan si Comel melepaskan hajat, apa kata anda tebuk atau potong pintu tersebut secara kreatif. Potonglah bentuk empat segi atau bulat, dan yg paling menarik potong bentuk tubuh si Comel seperti dalam gambar berikut .. (Nak cantik dan kemas punya hal, berkorban apa saja hehe)
DC tak pernah terfikir menggunakan cara ini :) |
Kabinet kasut dan kabinet sudut terpakai. Apabila melihat kabinet ini saya terkenangkan kabinet kasut yang mempunyai ruang udara di pintunya. Menarik hasilnya kalau kita ada kreativiti.
Kabinet sudut. Perhatikan perangkap pasir di hadapan kabinet.. |
Setelah melihat beberapa contoh ini, DC berpendapat perkara asas yang harus kita beri keutamaan ialah sistem ventilasi (ventilation).
Terus terang DC sendiri tak pernah terfikir perkara ini. Seperti pemilik kucing yang lain DC percaya, 99% dari kita hanya meletakkan litter box dan pasir kucing di satu sudut dan biarkan anak-anak bulus ini buat hal sendiri :) So, skrg rasanya kita boleh buka mata dan mencantikkan lagi hiasan dalam rumah walaupun dengan kehadiran si Comel. Selamat mencuba!
Nota kaki: Untuk membuatkan si Comel mendekati dan seterusnya menggunakan cat litter hider ini, kita hanya perlu mendekatkan litter box yg sedia ada berhampiran atau letak sedikit bahan 'buangan' si Comel di cat litter hider yang baru.
11 comments:
owh..sungguh kreatif (^_^)
kalo cantik sgt kena letak kat ruang tamu tp masalah bau tu cane pulak ekk hehe...
MM - tu la.. nmpk cantik sgt dan kemas but then, bau tu tak de pulak solution. apa yg DC tau, arang bagus utk serap bau, bukan hanya bauan najis si Comel malah bauan di tandas dan dlm kereta jugak..
lawa hehehee
Adem n cats
Comel dan kreatif..tentang bau belakang cerita..boleh gune disinfectant spray kasik ilang bau.. ^_^
jom kite buat macam ni..tidak lah litter box tu tengah2 bandar dlam rumah :P
DC, macam mana nak tangani masalah anak kucing yang berhadas sesuka hati dia.. dah diajar berkali2 pun masih buang sesuka hati..sekarang terpaksa letak dalam sangkar..tapi sangkar kecil . tak boleh nak letak litter box.. anak kucing ni saya ambil di pasar sebab kesian tengok dia demam..
slm..cne nk wat eh klu kucing tu suka terhadas rata2?..ade tu smpai lam kasut...ayh sye pun mcam nk buang dah kucing ni sbb bende ni la=(..???
awesomeeeee
dc..if letak litterbox kt dlm uma.then kt uma tu ade bau2 kncing tikus,kucing akn kncing or buang hjat kt situ gak ke?
Kucing beranak kat mana
Tau tak cara nan DIY spray utk pasir kucing.. Says perlukan jimat kewangan..
Post a Comment