Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Apabila kita ke luar daerah atau bercuti..

Share

Kucing lazimnya boleh menjaga diri mereka sendiri, tetapi ini tidak bermakna kita boleh membiarkan mereka sendirian bila kita bercuti ataupun ke outstation. Apatah lagi jika hubungan kita begitu erat dengan si Comel. Walaupun pemergian/trip kita mengambil masa sehari semalam, wajarkah kita meninggalkan mereka kesebinatangan keseorangan dengan meletakkan makanan dan air sahaja?

Photobucket
Gambar hiasan - Oyen bersama mouse scratcher




Sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, kita sebenarnya mempunyai tiga pilihan untuk memastikan si Comel kekal sihat dan terjaga apabila kita tiada dirumah kerana bercuti mahupun bertugas di luar daerah.

  • Ahli keluarga, sahabat atau jiran yang boleh kita percayai
Jika mereka merupakan orang yang kita boleh harapkan, pastikan mereka datang melawat kucing anda sekurang2nya 2x sehari untuk memberi makan dan membersihkan kotak najis si Comel. Jika anda meragui keupayaan mereka berbuat sedemikan, usahlah meletakkan nyawa si Comel di tangan mereka.  Selalunya pilihan ini tidak mengharapkan upah. (Selalunya la..)

  • Penjaga Haiwan - Pet sitter
Seperti mereka yang boleh menjaga bayi ketika anda bekerja (baby sitter), anda juga sebenarnya boleh mengupah orang menjaga kucing anda. Mereka ini dipanggil pet sitter. Ada rakan yang saya kenali, memang mempunyai pet sitter tersendiri. Walaupun beliau tidak ke luar daerah mahupun bercuti, pet sitter itu telah dipertanggungjawabkan bukan sahaja memberi makan minum dan membersihkan litter box kucing2nya, malah memberi makan kucing2 liar di stesen yang telah ditetapkan (bertujuan menjaga kebersihan persekitaran dan mengawal populasi mereka).

Pet sitter yang diupah ketika anda bercuti biasanya bukan sahaja memberi makan minum dan menjaga kebersihan kucing anda tetapi juga boleh memantau sebarang keperluan kesihatan dan ubat ringan terutama jika kucing anda memerlukan rawatan berkala seperti rawatan kutu, pemantauan selepas kembiri, kucing bunting dan pemberian ubat2 supplement.

Pastikan pet sitter itu faham tentang kucing dan selesa dengannya, bukannya dalam keadaan terpaksa kerana mengharapkan upah. Upah yang kita berikan bergantung kepada budi bicara dan persetujuan bersama antara kita dan pet sitter.

  • Asrama atau boarding
Vet pet boarding - Kemudahan ini ditawarkan oleh vet atau klinik haiwan. Jika kucing anda sakit atau memerlukan rawatan berkala, vet boarding merupakan pilihan terbaik. Ada sesetengah vet boarding menetapkan syarat, semua kucing yang dijaga mesti telah divaksin seterusnya memiliki kad vaksin. Ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kucing tersebut dalam tempoh mereka ditempatkan.
Photobucket
gambar hiasan - vet pet bording

Private pet boarding - Kemudahan ini diuruskan oleh kedai-kedai haiwan (pets shops) yang juga menawarkan khidmat dandan haiwan (pet grooming) dan institusi persendirian.  Perbezaan di sini ialah lazimnya mereka menyediakan tempat yang agak lapang serta sedikit permainan seperti cat teaser, mouse toys dan cat tree untuk keselesaan kucing anda. Upah/kadar bayaran pet boarding adalah mengikut usia kucing, jumlah haiwan, tempoh masa dan keperluan kucing seperti grooming, perlukan rawatan khas dan bunting.


Photobucket

Home pet boarding - ditawarkan oleh orang perseorangan yang menempatkan penjagaan kucing di rumahnya sendiri. Saya berpendapat, perkhidmatan home boarding agak berisiko kerana mereka tidak terlatih berbanding vet  pet boarding dan penjagaan kucing anda pastinya berdasarkan pengalaman mereka sahaja.   


Photobucket

Saya akan maklumkan dalam entri yang akan datang mengenai apakah yang perlu anda perhatikan dalam memilih pet boarding yang sesuai/terbaik untuk kucing anda.

Bagi mereka yang mempunyai banyak kucing seperti saya, pet sitter merupakan pilihan utama setiap kali saya dan keluarga bercuti lama. Anda bagaimana?

7 comments:

NISS said...

NISS tengah penin ni..NISS ade 2 anak kucin..weekwnd nak pi kenduri kawin..nak bwk die org isau kene culik..time org reramai..ade sesape leh tolong jage???

DearCats said...

ni testing DC ke iklan? hehe.. brp hr nak pi sana? carik la cat boading terdekat.. cuba pegi kat mudah.my.. type boarding and search..

meowwmania said...

bila da byk pets ni mmg susah nak bergerak, kalau g pon balik hari kecuali terpaksa

bebdk jebon MM ada mak angkat, sorang neighbour yg sgt suka kucing tp tak boleh bela sbb anak2nya tak suka jd dia slalu dtg rmh utk bermain dgn anak2 MM

jd kalau terpaksa bermalam di mana-mana mak angkat mereka lah yg jaga :)

DearCats said...

Bertuah MM. Mak Angkat anak bulus MM tu consider as "family or close friend" la.. sbb tak de bayarankan.. mungkin bayarannya sepinggan lauk hehe :)

Princess Ayang said...

tak penah berenggang ngn anak2.. bulan 12 ni ada trip 3 hari je.. memang nk hantar kt my regular vet je..senang.. vet tu pon dh kenal ngn anak2 bulus..

Misz Pinkie Winkie said...

setuju.
macam-macam kena pk.
kita dah rapat ngan mereka secara tak langsung bila berjauhan mestie terpk pasal mereka.
bila balik...tak sempat letak beg dah menuju bilik mereka.
hehheh

DearCats said...

PrincessAyang - DC pernah mcm tu dulu. Ke mana pergi tak berenggang dgn si Comel. SEgalanya berubah bila ada baby. Ikut rekod, paling ramai DC bwk blk kampung 12 ekor, masuk dlm kereta, drive sorang2 :p Skrg tak boleh dah buat mcm tu kalau dah cecah 20+ ekor. Cita2 nak beli mpv, x sampai2 uhuk!

Misz Pinkie - yup DC masih lagi buat mcm tu tp bila suami x de depan mata, sbb penah kena tego lbh sygkan kucing dr anak sendiri. Anak hulur tgn mintak peluk, DC pi berlari peluk anak bulus ekekekeke!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...