Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Tanda-tanda dan Tips atasi Kucing Kemurungan (depression)

Share


Percaya atau tidak, sebenarnya kucing juga mengalami kemurungan atau depresi. Kajian menunjukkan kemurungan pada kucing pertama kalinya dikenalpasti pada tahun 1990an. Sebab-sebab kemurungan pada kucing antaranya ialah masalah kesihatan atau jika berlaku sesuatu yang di luar dari kebiasaan hidupnya seharian seperti mengubah perabot, berpindah, kehilangan keluarganya atau orang2 yang rapat dengannya.





Berikut ialah checklist atau tanda2 kucing kemurungan:


  • Tidak aktif seperti selalu, kurang bertenaga atau tidur sepanjang masa.
  • Mula bersembunyi seperti di bawah katil, disudut bilik dan mengelakkan diri dari berkomunikasi dengan anda;
  • Kurang berminat dengan makanan hariannya atau gagal menghabiskan makanan di dalam pinggannya seperti selalu
  • Kurang atau berhenti membersihkan dirinya
  • Mula kencing (spraying) atau tidak lagi menggunakan litter box dengan sempurna
  • Agresif, menunjukkan karekter luar biasa seperti menggigit, mencakar dan berkelakuan seperti hissing.
  • Kerap mengiau dengan suara yang tinggi atau luar biasa apabila sesuatu yang rapat dengannya hilang, tiada atau mati seperti kucing atau anjing yg lain dan orang (seperti adik beradik, ibu bapa kita). Kerap meronda keliling rumah seolah-olah mencari sesuatu yg hilang.

Bagaimana mengatasinya?

Kucing yang murung sering akan menjadi lemah dan perlu diberi perhatian supaya tidak menjurus kepada penyakit lain seperti demam dan dehydrate (kekurangan air dalam badan).

  • Periksa rumah anda dan ingatkan kembali atau perhatikan jika berlaku sebarang perubahan dalam hidup si Comel seperti menukar pasir kucing dan makanannya kepada yang baru.  Buat sementara waktu tukarkan makanan dan pasirnya kepada jenama yang lama.  (Oleh sebab itu DC sering mengingatkan kepada pembeli pasir dan makanan kucing yang DC jual, supaya lakukan perubahan secara perlahan-lahan (bukan mendadak) dengan mencampurkan pasir atau makanan yg lama kepada pasir atau makanan yang baru sedikit demi sedikit sehingga si Comel berasa selesa dengan perubahan tersebut. Lakukan walaupun ia mengambil masa seminggu)
  • Pantau diri kita bagaimana kita berkomunikasi dengan si Comel kebelakangan ini. Mungkin kita ada masalah peribadi dan tanpa sedar kita sering mengherdik dan bercakap kasar dengan si Comel. Cuba berubah kepada keadaan yang lebih ceria apabila kita bersama si Comel.

  • Paling penting, bermain lah dengan si Comel. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk berinteraksi dengannya.  Permainan yg mudah ialah dengan menggunakan teaser. Buat si Comel melompat ke sana ke mari dari masa ke semasa supaya dia tidak bosan.

  • Berusahalah membelai, mendakap atau menyikat si Comel dengan kerap. Ini memberikan keyakinan dan perlindungan untuk membuat si Comel berasa selamat dan disayangi.

  • Hubungkan si Comel dengan keadaan di luar rumah atau bilik. Buka tingkap (pastikan tingkap kita berjaring) dan biarkan si Comel menyaksikan pemandangan di luar. Biar dia dengar apa yg ada di luar seperti kicauan burung, bunyi cengkerik dan desiran daun dan rumput.  Atau bawa si Comel ke taman menggunakan pet carrier atau leash.

Bersiar-siar


  • Pertimbangkan untuk mendapatkan seekor lagi kucing.  Kesunyian mungkin menyebabkan si Comel kemurungan.  Dengan adanya rakan untuk bermain boleh menghilangkan kesunyian dan si Comel kembali ceria.
A friend for kitty

  • Kunjungi vet anda dan dapatkan pandangannya.  Sekiranya perlu, vet akan lakukan pemeriksaan dan ujian darah si Comel untuk mengenalpasti peringkat kemurungan ataupun sakit yang mungkin dialaminya.

Diharap dengan entry ini sama2 kita mampu memberi lebih perhatian bukan sahaja pada fizikal kucing sahaja tetapi juga emosinya. Terima kasih kepada mereka yang bertanya mengenai masalah kemurungan ini. Tanpa anda kita mungkin mengambil sikap mudah atau alpa dan tidak dapat berkongsi informasi berguna seperti ini. :)








Rujukan:

http://www.ehow.com/how_2100941_treat-cat-depression.html
http://www.pets.ca/cats/tips/tip-83-can-my-cat-get-depressed-depressed-cat-cat-depression/
http://www.readersdigest.ca/pets/health/4-ways-cheer-depressed-cat
http://www.vetinfo.com/treatment-depress-cat.html

13 comments:

Rosmawati Yusof said...

Info yg sgt berguna

cacamarba said...

aah..ari tu kucing sy pun murung sekejap sbb anta boarding lama sgt..smpi mkn pn kna suap nk pujuk blk..

=*_*=Phat Cat with Phat Lady said...

rasa sebak plak baca akak nyer entry nih, wlupun bukan la entry sedih..

tp memikirkan keadaan Chester & ChiChi kat umh tu..

Chichi ari tu x nak makan minum & terpaksa force feed wetfud fav dia pun kemain payah, x aktif & x nak main ape sume.. bwk g vet, doc kasik vitamin & check suhu badan sume ok..

skrg alhamdulillah sgt2, dah pelahap cam biasa..

tapi Chester plak makin teruk dr ChiChi..dah 4-5 hari x nak makan, simptom sama cam ChiChi...

risau sangat!!!

klu kemurungan biasa tu x pe la..skrg dah rasa tulang belakang dia mulai timbul wlupun gendut cam tu..

:'((

Anonymous said...

1 lg tips u mengatasi masalah kemurungan.. letak aquarium ikan kat dalam rumah.. pastu pastikan ade platform u si comel memerhatikan ikan2 tersebut dari jarak dekat... saya penah cuba buat mcm ni.. alhamdulillah berkesan

Anonymous said...

macamana nk atasi kucing jantan dh tua yg asyik pancut sana sini sampai skrin tv saya bertanda belah dalam nk lap pun x bole siang rumah xde org walaupun saya tak bagi masuk bila xde sesiapa bila dia dpt masuk dia akan pancut rata2 yg saya sakit hati skrin tv yg leper tu bercapuk dah

shehren shahadan said...

Satu lg info yg brgunađź‘Ť

Firdaus Azhar said...

Anak kucing saya berusia 4 bulan.,jantan.,adik beradik laen da diambil orang di awal usia.,tinggal die dgn si ibu.,skrang si ibu dah mati kena langgar.,anak kucing saya ade mengalami tanda2 kemurungan yg di nyatakan di atas.,
Cara terbaek utk atasi., hanya kucing jalanan

N 4 Nothing said...

Mak cik saya ada tinggal kan kucing dekat saya sebab dia nak balik kampung lepastu hari esoknya kucing tu macam tak aktif duduk diam je dan hari macam longlai je macam nak mati dah saya tak tahu nak buat apa sekarang ni

Amar Affendy said...

sy mpunyai 3 ekor ank kucing berusia 2 bulan..pd mlm tersebut ank2 kucing ni tdo dlm gelung tayar mengkibatkan 2 sekor dr nya mati dan sekor lg hilang atau tercicir..yg tggl hanya sekor anak dan ibunya..skg ibunya dan sering merayau seperti mencari ank2nya yg tiada tu..dan seolah2 memulaukan ank yg hidup.sehingga ank ni kurus tidak diber penyusuan yg baik dan sering mencakar ank tu...bgaima cara sy blh mgatasi agar ibu rapat dan menyayanyi anak yg tggal ini..sy semdri amat kesal dan teramat sedih dgn kejadian tersebut krn ketiga2 ank kucing itu adalah kesayangan 3 ank2 sy..

Amar Affendy said...

sy mpunyai 3 ekor ank kucing berusia 2 bulan..pd mlm tersebut ank2 kucing ni tdo dlm gelung tayar mengkibatkan 2 sekor dr nya mati dan sekor lg hilang atau tercicir..yg tggl hanya sekor anak dan ibunya..skg ibunya dan sering merayau seperti mencari ank2nya yg tiada tu..dan seolah2 memulaukan ank yg hidup.sehingga ank ni kurus tidak diber penyusuan yg baik dan sering mencakar ank tu...bgaima cara sy blh mgatasi agar ibu rapat dan menyayanyi anak yg tggal ini..sy semdri amat kesal dan teramat sedih dgn kejadian tersebut krn ketiga2 ank kucing itu adalah kesayangan 3 ank2 sy..

Haziq Nasaruddin said...

Kucing saya tido je..asal nya kutip kat blakanh umah..kucing lain ajak main pon die buat tak endah je..mcm mana ye

Haziq Nasaruddin said...

Kucing saya tido je..asal nya kutip kat blakanh umah..kucing lain ajak main pon die buat tak endah je..mcm mana ye

Dalina Daud said...

Nak tanya.. Sya ni baru je bela kucing dlm masa 2 bulan ni.. Masaalahnya hari2 sya asyik risau pasal kucing sya tinggal sendirian di rumah.. Tapi sebelum keluar kerja sya dh siapkan semua makann dia? Sya bukak kipas hall.. Bukak tingkap sikit bg udara masuk. Takde masaalah ke sya biarkan kucing sendirian di rmh??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...