Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Salam ukhuwah 🖐

Assalaamualaikum.. apa khabar semua?.. semoga semuanya sihat2 dan sentiasa dalam lindungan Allah 😍  


Tak tahu nak mula dari mana. Last entri dalam blog saya ni - Feb 2016. Hampir 5 tahun menyepi.. Banyak yang berlaku, pahit manis, suka duka, jatuh bangun.. tapi percayalah saya masih dengan dunia kucing..  sambil melalui dan menyusuri usia yang semakin senja.. 😊

Hingga kini, rupanya masih ada yang mengikuti blog ni.. sebagai pencarian ilmu, mahupun rujukan.. alhamdulillah. Semoga kita sama2 dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat.. in shaa Allah 👍



Luahan hati kepada yg menzalimi haiwan..

Insiden seorang pendidik yang sanggup meracun sehingga 20 ekor kucing di daerah Segamat baru2 ini membuat DC sekali lagi terpanggil untuk meluahkan isi hati terhadap mereka2 dan keluarga mereka yang menzalimi haiwan. Penyelesaian mudah diambil untuk memberitahu masyarakat terutama kepada jirannya bahawa hatinya terlalu sakit dan marah kerana tegurannya tidak diendahkan dengan kekotoran (bukan najis berat yang umat Islam sedia tahu tak perlu samak) yang dibawa oleh kucing2 disekitar rumahnya.

Antara kucing2 DC

Perbuatan menyakiti hati jiran adalah berdosa, selaras dengan hadis berikut yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:


Tetapi bukankah ada penyelesaian lebih terhormat yg boleh dilakukannya dalam menegur perbuatan jiran2nya seperti membawa orang ke tiga dalam hal2 kejiranan. Seperti orang yg lebih tua dan dihormati, seorang ustad/ustazah, ketua penghulu, imam surau dan sebagainya.

Tidakkah dia tahu perbuatannya membunuh haiwan yang sentiasa bertasbih kpd Allah s.w.t juga adalah berdosa? 



Hadis Abu Hurairah r.a: Dari Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya:

Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?



Saya di maklumkan kamu tidak takut dan tidak gentar dengan akibat perbuatan kamu wahai cikgu. Apakah kamu juga tidak takut dengan kemurkaan Allah?


Sebagaimana Nabi Ayub yang terkena penyakit kudis, meletakkan kembali ulat yang jatuh dari badannya kerana takut Allah murka ulat itu mati kekeringan sebab tidak mendapat khasiat dari zat di badannya!

Terus terang saya katakan, perbuatan kamu merugikan.. bukan sahaja di akhirat tetapi juga di dunia. Tidak kah kamu tau perbuatan kamu itu jika sabit kesalahan mengikut seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) boleh dihukum penjara 6 bulan?



Memang panjang lagi ingin berbicara, tapi rasanya tidak la perlu saya membebel di sini sebab besar kemungkinan anda tidak baca pun luahan hati ini.  Walau bagaimanapun, sebagai insan yg sama2 lemah dan maaf memaafkan, saya berdoa jika kamu sedar perbuatan kamu itu berdosa dan menimbulkan kemurkaan Allah.. sebagaimana jiran-jiran kamu juga, saya berharap kamu semua insaf dan bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Ikhlas dari:




Happy National Hug your Cat Day! - 4 Jun


Walaupun sepatutnya diraikan semalam, tapi sebab baru tau hari ni.. kak DC mengucapkan 

Selamat Menyambut Hari Memeluk Kucing Anda 

pada semua! :)





kak DC and musyang.. ofkos!



Tanaman Penghalau Nyamuk



Mungkin ada pemilik kucing di luar sana mempunyai masalah yang sama dengan DC. Kepada mereka yang mempunyai rumah kucing (cat house) atau sangkar kucing yang diletakkan di luar rumah, sama ada di pekarangan atau di halaman rumah, sedikit sebanyak tentu merasa bimbang dengan haiwan kesayangan kita tu digigit nyamuk.

Melatih Kucing Bersenam


Sering kita berasa puas bila melihat kucing kita gemuk dan manja. Tetapi tahukah kita keadaan itu boleh memendekkan hayatnya? Gemuk mengundang obesiti, iaitu pengumpulan lemak berlebihan dalam badan yang boleh membawa masalah kesihatan. Cara terbaik mengatasinya? Tentulah dengan bersenam :)


Boleh ke kita melatih kucing membuat senaman seperti ini?

Bukan promosi tauu..

Bagi geng2 kucing DC dan pemilik kucing yang lebih dari 3 ekor, soalan ni biasa-biasa aje. Tapi bagi mereka yang baru menjinakkan diri di alam bulu ini dan kepada mereka yg baru nak mengenali DC yg memiliki 27 ekor kucing, ini jawapannya.

BLACKWOOD


Busy! busy! busy!

Maaf readers dan sahabat2 ku!.. minggu ni mmg tak ada entri baru sebab terlalu sibuk dengan kerja2 pejabat. All at the same date line! Sampai dah nak migrain ni :(



Selebriti dan Kucing

Selebriti tidak terkecuali dari meminati kucing. Ketika mengamati beberapa keping gambar dari beberapa laman web, DC dapati ada di antaranya nampak ketara, 'palsu' - kucing dijadikan sebagai gambar hiasan bersama selebriti, bukannya kucing peliharaan mereka. Terpulang kepada anda.

Anna Lynne McCord, pelakon 90210 membawa kucingnya, Mouse ke set penggambaran.
Beberapa keping gambar beliau, bersama kucingnya boleh didapati di Zimbio

Kucing bertaraf PR?

Dulu kucing2 DC terutama Musyang dan Abby sering diserang oleh satu2nya kucing liar tegar berwarna tabby di kawasan rumah DC.  Masa tu hero-hero anak bulu di rumah kebanyakkannya belum kena zass lagi. Bila mereka mula jadi mat rempit dan kerap buat marking, DC zass kesemuanya.  Kencang degup jantung tiap kali hero-hero ni tak balik rumah.   Sejak kena zass mereka jadi budak baik dan sopan budi bahasanya. Mereka tak lagi pergi jauh atau tak balik rumah.  Paling jauh selang dua buah rumah je mereka singgah. Masing-masing dah ada curfew :)



B.A.R.F.

Erkkk apa tu? Bunyi anjing? Bukan, ianya merupakan akronim kepada singkatan kata-kata berikut - Biologically Appropriate Raw Foods or Bones And Raw Foods *sendiri tanya sendiri jawap hehe*



Maksudnya lebih kurang seperti ini – Makanan Mentah dan Tulang yang bersesuaian secara biologikal. BARF ialah cara pemakanan kepada haiwan peliharaan  iaitu anjing dan kucing, yang sepatutnya diamalkan oleh pemilik haiwan berkenaan dalam memberikan kesihatan yang terbaik selain memanjangkan umur dan mengurangkan alahan haiwan tersebut. Sekali gus mengurangkan bil rawatan ke veterinar.

Cara mengawal alahan (allergies) pada kucing

Terdapat di kalangan kita yang begitu alah pada kucing kerana sistem imun tubuh - antigens yang lemah dan faktor genetik. Namun kerana sayang dan minat pada makhluk Allah ini, kita hadapi juga. Ketahuilah, walaupun simptom alahan pada kucing ini tidak akan hilang 100%, ianya masih boleh dikawal oleh pemilik kucing.

Seperkara yang harus kita tahu ialah fakta mengenai allergen yang dihasilkan oleh kucing. Allergen ini lah yang menimbulkan alahan pada sesetengah pemilik kucing. Ia tersangat halus dan perlu terapung dalam udara untuk membolehkan seseorang mendapat alahan. 

Berikut ialah beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam usaha mengurangkan alahan kita (atau rakan serumah, keluarga) pada kucing :


Makanan dan ubatan yang merbahaya pada kucing - Siri 2

Kita jumpa lagi :) Berikut ialah siri ke-2, mengenai entri makanan dan ubatan yang merbahaya pada si Comel. Sebelum tu, ingin DC tegaskan di sini, DC bukan lah otai atau pakar dalam penjagaan kucing. Sekali lagi  ingin DC tegaskan bahawa segala yang DC paparkan di blog ini merupakan maklumat dan pengetahuan yang DC dapat dari pengalaman, rakan2 cat lovers dan internet - yang ingin DC kongsi bersama kepada semua.. *kadang2 jauh di sudut hati DC terasa memandai je aku ni, pada hal pengalaman tak seberapa..* Kadang2 tu bila berkomunikasi dengan peminat kucing, DC mencungap nak menjawap sebab banyak sgt soalan, apa tah lagi pada orang yang baru berjinak2 dengan haiwan ini. Selalunya DC minta dia rujuk di link2 yg ada dalam blog DC.. Rasa happy sgt bila dpt bantu mereka!

Ok.. makanan berikut yg DC senaraikan mendatangkan bahaya hanya jika diberi berlebihan..

HATI


Makanan dan ubatan yang merbahaya pada kucing - Siri 1

DC sebenarnya telah beberapa kali cuba membuat homemade cat treats atau makanan ringan/snek kucing di rumah tetapi terbantut kerana kebanyakan makanan kita tidak baik untuk kesihatan si Comel. Berikut ialah beberapa senarai makanan manusia yang biasa kita makan tetapi amat tidak baik untuk mereka. DC merungkaikan mengapa makanan ini merbahaya pada kucing seringkas-ringkasnya..

BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH



Ole-ole dari Jakarta!

DC ucapkan terima kasih tidak terhingga pada catlover juga cat rescuer bernama DeeDee dari Jakarta yang bersusah payah menitipkan hadiah buat DC. *Terharu*  Buat pengetahuan readers, DC mengenali DeeDee yang bertugas sebagai writer dari halaman sosial facebook.

Oleh kerana kami ni cat-purrson, barangan yang dititipkan *baru tau perkataan titip dari Mama Zai :)* buat DC pun berbentuk kucing juga seperti homemade chocolate ini..

Coklat yang dibuat DeeDee.. rajin kan dia?

Kenapa tak ada entri baru?

Dah 3 hari tak ada entri baru. Alasan? update beberapa link di blog. Antaranya :

  • BUAT 'POST INDEX' 
Link ini ada di menu bar blog DC.

Fanatik Kucing atau Cat Purrson?

Saya pernah digelar 'ibu kucing', 'gila kucing' malah gelaran 'fanatik kucing'.  Bagaimana dengan anda? Bagaimana karakter orang yang dilabel mcm tu?  Anda sememangnya layak mendapat gelaran di atas jika :
  • kucing anda boleh buat anda bangun secara otomatik membuka pintu bila kucing tu hanya merenung pintu tu, bukan anda..
  • tidak berasa lapar bila membersihkan kucing atau kandang dan perkakas kucing anda...
  • marah atau tersinggung bila ahli keluarga bercakap kasar dengan kucing anda (tu belum lagi mereka bertindak kasar seperti menepuk ponggong atau menarik ekor kucing)...
  • anda menyiapkan diri untuk ke pet shop sebelum pet shop tu buka kedai...
  • membeli keperluan kucing lebih dari ‘keadaan yang diperlukan’, berjenama lak tu...
  • sanggup tidur di lantai semata2 kucing anda tidur di katil anda..
  • melupakan hasrat nak baca buku/suratkhabar/majalah yg baru anda beli selepas berbaris panjang semata-mata kucing anda sedang kusyuk tidur atas bahan bacaan tu...
  • sanggup belajar menaip di pc atau laptop dengan kucing di atas tangan anda atau dengan kucing di atas keyboard pc anda...
  • papan kekucing kekunci (keyboard) penuh dengan bulu kucing.. (tu belum lagi sofa, katil dan seat kereta)...
  • mempamerkan gambar2 kucing anda sama ada di dinding rumah atau di atas meja hiasan daripada gambar2 anak atau ibu bapa anda..
  • pekerja di klinik haiwan/veterinar cam dengan suara anda di dalam telefon..
  • pekerja atau tuan punya kedai haiwan begitu manja dan terlebih peramah dengan anda (kalah kucing kat rumah)..
  • apa saja topik dan isu yang anda bual dengan rakan2 diselitkan dengan hal kucing..
  • anda tidak sengaja memanggil anak atau suami dengan nama kucing anda..
  • sanggup tidor dalam posisi menyiksakan atau mengeras sampai ke pagi semata2 tak mau kejutkan kucing yang tidur dengan anda...
  • anda give up guna jam loceng untuk bangun tidur sebab kucing anda yg selalu kejutkan anda sebelum jam loceng tu berbunyi
  • memberi atau masak untuk kucing2 anda sebelum anda menyediakan sarapan pagi untuk diri dan keluarga...
  • rumah anda dianggap ‘boleh menyebabkan kematian serta merta’ oleh orang2 yang alergik dengan kucing...
  • anda makan sepinggan dan minum secawan dengan kucing anda.. (kongsi pinggan dan cawan)
  • bila balik kerja anda memeluk kucing anda terlebih dahulu sebelum memeluk anak atau suami/isteri..
  • buku dan majalah mengenai kucing di rumah anda lebih banyak dari buku2 psl kucing di perpustakaan negara...
  • merakamkan apa saja aksi kucing anda dlm bentuk gambar atau video 24 kali sejam (bukan sekali 24 jam)...
  • anda wujudkan blog atau webpage tiada lain post melainkan pasal kucing2 dan kucing anda sahaja..
  • anda menghias kereta anda sebegini..

  • beberapa pemakaian anda menjurus kepada ingatan anda pada kucing, seperti :- (t-shirt tak masuk dlm senarai haha!)

  • anda tau keputusan kuiz ini :p -



Tumbuhan kucing galak aka "catnip"

Ramai pemilik kucing tahu apa itu catnip, tetapi tidak tahu apa itu pokok kucing galak (Acalypha Indica). Catnip merupakan sejenis tumbuhan herba yang amat digemari kucing. Di Barat, mereka menggunakan pokok Nepeta Cataria sebagai catnip manakala di Malaysia, pokok kucing galak ini sebenarnya lebih mudah didapati sebagai catnip kucing secara semulajadi.


Tumbuhan kucing galak (Acalypha Indica) yang kami cabut pagi tadi sebelum ke tempat kerja :p

Adakah kucing boleh berenang?


Kita semua sedia maklum kucing takut pada air. Namun terfikirkah kita sama ada kucing boleh berenang atau tidak. Tengok la kalau waktu kita nak mandikan si Comel.. Awal-awal dia dah hidu apa yang kita nak buat dan mula menunjukkan tanda enggan .. Terus terang, sepanjang umur hidup saya memelihara kucing, malah ibu saya sekalipun tidak pernah melihat haiwan kesayangan kita ni berenang!

3 Torties in da House!

Demok
DOB - Julai 2009
Mama - generasi ke dua kucing siam, Nyet
Bapa - unknown
Spayed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...