Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Fanatik Kucing atau Cat Purrson?

Share

Saya pernah digelar 'ibu kucing', 'gila kucing' malah gelaran 'fanatik kucing'.  Bagaimana dengan anda? Bagaimana karakter orang yang dilabel mcm tu?  Anda sememangnya layak mendapat gelaran di atas jika :
  • kucing anda boleh buat anda bangun secara otomatik membuka pintu bila kucing tu hanya merenung pintu tu, bukan anda..
  • tidak berasa lapar bila membersihkan kucing atau kandang dan perkakas kucing anda...
  • marah atau tersinggung bila ahli keluarga bercakap kasar dengan kucing anda (tu belum lagi mereka bertindak kasar seperti menepuk ponggong atau menarik ekor kucing)...
  • anda menyiapkan diri untuk ke pet shop sebelum pet shop tu buka kedai...
  • membeli keperluan kucing lebih dari ‘keadaan yang diperlukan’, berjenama lak tu...
  • sanggup tidur di lantai semata2 kucing anda tidur di katil anda..
  • melupakan hasrat nak baca buku/suratkhabar/majalah yg baru anda beli selepas berbaris panjang semata-mata kucing anda sedang kusyuk tidur atas bahan bacaan tu...
  • sanggup belajar menaip di pc atau laptop dengan kucing di atas tangan anda atau dengan kucing di atas keyboard pc anda...
  • papan kekucing kekunci (keyboard) penuh dengan bulu kucing.. (tu belum lagi sofa, katil dan seat kereta)...
  • mempamerkan gambar2 kucing anda sama ada di dinding rumah atau di atas meja hiasan daripada gambar2 anak atau ibu bapa anda..
  • pekerja di klinik haiwan/veterinar cam dengan suara anda di dalam telefon..
  • pekerja atau tuan punya kedai haiwan begitu manja dan terlebih peramah dengan anda (kalah kucing kat rumah)..
  • apa saja topik dan isu yang anda bual dengan rakan2 diselitkan dengan hal kucing..
  • anda tidak sengaja memanggil anak atau suami dengan nama kucing anda..
  • sanggup tidor dalam posisi menyiksakan atau mengeras sampai ke pagi semata2 tak mau kejutkan kucing yang tidur dengan anda...
  • anda give up guna jam loceng untuk bangun tidur sebab kucing anda yg selalu kejutkan anda sebelum jam loceng tu berbunyi
  • memberi atau masak untuk kucing2 anda sebelum anda menyediakan sarapan pagi untuk diri dan keluarga...
  • rumah anda dianggap ‘boleh menyebabkan kematian serta merta’ oleh orang2 yang alergik dengan kucing...
  • anda makan sepinggan dan minum secawan dengan kucing anda.. (kongsi pinggan dan cawan)
  • bila balik kerja anda memeluk kucing anda terlebih dahulu sebelum memeluk anak atau suami/isteri..
  • buku dan majalah mengenai kucing di rumah anda lebih banyak dari buku2 psl kucing di perpustakaan negara...
  • merakamkan apa saja aksi kucing anda dlm bentuk gambar atau video 24 kali sejam (bukan sekali 24 jam)...
  • anda wujudkan blog atau webpage tiada lain post melainkan pasal kucing2 dan kucing anda sahaja..
  • anda menghias kereta anda sebegini..

  • beberapa pemakaian anda menjurus kepada ingatan anda pada kucing, seperti :- (t-shirt tak masuk dlm senarai haha!)

  • anda tau keputusan kuiz ini :p -



5 comments:

meowwmania said...

hehe...hampir 90% ciri tu sume ada pd MM *wink

Adam Aizad said...

hehehehe memang fanatik

Namie Amir said...

ada2 :-) sampai kwn2 ckp namie gila..hahaha~

PUCCAnis said...

im a cat person..>0<
mak kucing mak kucing..haha..suke ape orng pnggl cmtu..cam comel je..hehe

Anonymous said...

kt mana boleh download test ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...