Q&A - Cara menjaga anak kucing terbiar
Share
Sebenarnya DC menerima banyak soalan mengenai kucing sejak blog ni wujud. DC bukanlah orang yg pakar dalam hal2 kucing terutama dari segi nasihat perubatan. Apa yg DC garapkan di sini semuanya berdasarkan sedikit sebanyak pengalaman sendiri dan rakan2 kucing DC serta tak kurang juga atas nasihat vet DC. Seeloknya dapatkan nasihat pakar – vet, untuk beri yg terbaik pada kucing anda.
Merujuk kepada soalan di atas, DC akan cuba jwp seringkas yg boleh. Anak kucing terbiar yang masih memerlukan susuan (orphaned kitten) berlaku kerana kematian ibu atau ditinggalkan ibu kucing. Anak kucing seperti juga bayi perlukan ‘hubungan’ kasih sayang dan jagaan yg rapi. Fakta pertama yg saudari perlu tahu ialah, anak kucing memerlukan susu dari ibunya sejak dilahirkan hingga di usia 4 minggu. Selepas usia ni anak kucing akan kurang menyusu dan mula merasa lapar. Inilah permulaan untuknya mula makan makanan lembut (weaning phase). Untuk menjaga anak kucing sebegini memerlukan komitmen dari saudari kerana penjagaan dan pemantauan yg kerap. Yg penting saudari perlu ada sifat sabar yang tinggi :)
Berikut ialah apa yang saudari perlu ada dan lakukan :
Gambar ihsan dari ehow.com |
1. TEMPAT TIDUR
Buat tempat tidur dari kotak seperti kotak kasut atau raga/bakul yang terpakai (used).
2. SELIMUT
Gunakan selimut (kalau dari jenis fleece lg elok) atau tuala bersaiz kecil untuk diletakkan dalam kotak atau bakul tadi supaya anak kucing boleh tidur di bawahnya.
Amaran : Saiz selimut yang besar berupaya melemaskan anak kucing!
3. ALAT PEMANAS
- Lebih elok jika saudari mempunyai heating pad. (DC tak pasti sama ada di negara kita ada benda ni tp so far DC tak jumpa lg, kalau tilam pemanas mmg ada) Kalau guna heating pad, letakkan di bawah selimut atau tuala tadi dengan setting suhu rendah (seperti gambar di atas).
- Lampu baca (reading lamp) yang boleh dilentur atau lampu tidur juga berguna. Letakkan berhampiran dengan kotak/bakul tadi. DC pernah guna lampu garam dan DC tak pasti sama ada lampu garam ni toksik pada kucing atau tidak. (kalau tak pasti jangan guna ye) Ini bertujuan mengawal suhu tempat tidur anak kucing seperti incubator box. Amat penting kita mengawal kepanasan dalam kotak ( di antara 95 -96 F) sebab jika terlalu panas akan mencederakn kucing dan sekaligus buat kucing jadi dehydrate atau mengering.
ANTARA ALAT PEMANAS DI PASARAN |
Amaran: Sememangnya panas tubuh badan manusia adalah yg terbaik tapi saudari dinasihatkan tidak memeluk anak kucing jika saudari berniat untuk tidur bersamanya. Pernah terjadi pada jiran DC, bila anak kucing mati keesokan paginya sbb dia tertindih anak kucing tu..
UPDATE (1/12/10): Terdapat 1 lagi cara yg menjimatkan iaitu dengan mengisi air panas ke dalam botol tahan panas dan balut botol tersebut dengan kain selimut. Letakkan botol yg berbalut ini berhampiran dengan anak kucing terbiar. Pastikan balutan tersebut tidak longgar dan botol berbalut tidak terlalu panas hingga boleh mengancam nyawa anak kucing.
4. BOTOL SUSU DAN PUTING SUSU
Bertujuan menyusukan anak kucing. Banyak didapati di pet shop. Juga terdapat pek lengkap yg mengandungi berus botol dan puting botol susu tambahan :) Jika lubang puting susu terlalu halus, besarkan lubang tersebut dengan menggunakan jarum yang telah dipanaskan.
JANGAN gunakan eye dropper |
Amaran : Elakkan dari mengunakan eye dropper sebab ianya boleh melepaskan jumlah susu yg banyak ke dalam mulut anak kucing dan ini boleh menyebabkan berlakunya pneumonia.
DC pernah gunakan milk replacer jenis ni dlm entri Bobo, Oyen, Omey & Abu |
5. SUSU FORMULA
Seboleh-bolehnya gunakan susu formula sebagai ganti susu ibu kucing (milk replacer) yang terdapat di kedai haiwan (pet shop). dan bukannya susu kotak yg boleh didapati di supermarket. Mengikut pengalaman DC, antara jenama yang terbaik ialah Just Born (harganya RM47.90 pd tahun lepas) dan KMR.
Gunakan anggaran sukatan seperti berikut :
Tips Penyusuan :
Cara yg betol menyusukan anak kucing |
- Pastikan susu suam.
- Tonggengkan botol susu supaya susu boleh keluar dengan sendirinya sebelum masukkan puting ke dlm mulut anak kucing. Jangan sesekali memicit susu supaya cepat keluar ketika menyusu. Cara ni menyebabkan sakit pneumonia (paru-paru berair) dan kematian.
- Susukan dalam keadaan anak kucing berdiri – ke dua2kaki belakang di lantai. Jangan susukan anak kucing jika belakang badannnya di lantai. Dalam ertikata lain perutnya ke atas. Jika disusukan secara ini, anak kucing akan mudah tercekik ye..
- Selesai menyusukan, buat sedikit exercise dengan memicit atau sapu perlahan perut/abdomen anak kucing. (Harus ingat, abdomen anak kucing di bawah seminggu tidak boleh berfungsi tanpa di rangsang).
- Burpkan (sendawa – seperti bayi) anak kucing tersebut dengan letakkannya di lengan dan tepuk belakang anak kucing dengan perlahan.
Amaran : Jangan sesekali beri susu lembu atau susu kambing yg boleh didapati di ladang ataupun supermarket! Susu mengandungi laktos (lactose) yang susah dihadamkan oleh kucing terutama anak kucing yang kemudiannya mengakibatkan cirit birit (diarrhea).
6. KAPAS (Cotton Ball)
Untuk makluman saudari, anak kucing yang baru lahir tidak boleh mengawal otot sistem perkumuhan (bowel and abdomen) dengan sendiri tanpa rangsangan. Ibu kucing (queen) selalunya akan menjilat jantina (anal area) anak2nya untuk memudahkan anak kucing kencing dan berak. Inilah yg anda kena lakukan. Gunakan kapas dan basahkan dgn air suam, sapu kapas tersebut dengan gerakan bulatan secara perlahan2 di kawasan anal anak kucing (bertujuan merangsang) sehingga dia berupaya mengeluarkan kumuhan berwarna kuning.
LAIN-LAIN
- Gunakan berus lembut seperti berus gigi untuk menyikat bulu anak kucing agar tidak bersimpul.
- Jika matanya kotor, bersihkannya mengunakan kapas dan air.
- Sedikit minyak bayi boleh digunakan untuk melembapkan kulit anak kucing yg mudah mengering.
- Kalau saudari berada di tahap fanatik (mcm saya – kdg2 la *perasan*) saudari perlukan alat penimbang bagi memantau tumbesaran anak kucing dan juga kegunaan mengetahui sukatan membuat susu :)
Tips :
Anak kucing pada minggu pertama selalunya hanya minum dan tidur. Jika ia berbunyi, ianya mungkin menandakan anak kucing kesejukan atau lapar – mcm human baby kan?
Jika anak kucing tersebut dapat menyusu dengan ibunya dalam 24 jam yg pertama, anak kucing berpotensi hidup atau survive. Sebabnya? susu pertama ibu kucing mengandungi colostrum yang membekalkan antibodi kepada anak kucing :)
Jika anak kucing berlonggok, berada di atas antara satu sama lain, mereka kesejukan. Jika mereka terasing di antara satu sama lain, keadaan mereka terlalu panas. Suhu yang terbaik ialah apabila mereka berbaring sebelah menyebelah seperti gambar di bawah.
Harap entri ni sedikit sebanyak membantu saudari :)
UPDATE (1/12/10): DC ucapkan terima kasih pada Princess Ayang kerana menyarankan agar penyelamat anak kucing terbiar mencari ibu tumpang (kucing lain yg juga mempunyai anak) berdasarkan pengalamannya. Sila baca di bahagian 'comments'.
UPDATE (1/12/10): DC ucapkan terima kasih pada Princess Ayang kerana menyarankan agar penyelamat anak kucing terbiar mencari ibu tumpang (kucing lain yg juga mempunyai anak) berdasarkan pengalamannya. Sila baca di bahagian 'comments'.
24 comments:
DC info yg sgt sgt bagus! amat berguna, thanks dear :)
tkasih MM.. ilmu yg dpt kita kongsi bersama :p
Salam Kak..
Mintak izin nk share pengalaman pasal entry ni..
sy dpt kecik ms umur dia 5 minggu..ikutkan dh boleh mkn wetfood tp
dia kerap cirit n tak nak mkn..
jadi sy beli susu ntk kucing dan botol susu..
suapkan stp 2 jam..dia minum sikit sj..skali suap dlm 1-2ml ja dia minum..
stp kali lepas minum burp kan dia mcm baby..
sentiasa letakkan botol panas dgn tuala..
malam2 peluk dia kuat2 smp dia tertidur baru letak dlm cage..
memang macam jaga baby org..
tp kalau jumpa anak kucing yg kecik sgt (1-2weeks), elok la cari ibu tumpang..
sebab ada perkara yg kita tak boleh lawan dgn sifat ibu kucing.
Princess Ayang - tkasih sbb sudi share pengalaman Yana di sini. Betul tu.. Antara cara yg boleh kita lakukan utk selamatkn kittens yg 1-2 minggu ialah melalui ibu tumpang. Itupun kalau ada. Dan tak semua ibu tumpang memberi izin kitten ini menyusunya. Silap gaya Queen akan reject anaknya sendiri!
Apa2 pun mmg tak salah mencuba, yg penting mrk dpt diselamatkan. Sis akan update entri ni mengenai saranan ibu tumpang tu :)
thank atas info nih..
=)
info yg best sangat!.
sy baru amek anak kucing yg asyik meow2 belakang ofis.
kesian kat dia tu yang bawak balik.
tapi bila dekat rumah asik meow2 macam panggil mak dia..
kalau sy tak ada dekat dia mula lah dia meow2 kuat.
mcm mana nk tau umur anak kucing tu 1 minggu ke, 2ke, 3ke?ank kucing yg saya ade ni masih tk pandai menyusu botol lagi. baru berpisah ngan maknye.Saya br dpt smalam.mase gi kls tmbhn kt skool. ade ank kucing dlm enjin keta sowang pakcik ni.sy sian nengoknye. so, sy pn ckp dgn ayah nk bwk blik. nasib baik dia nk.4 ekor sumenye. wlupun ragu2, sy nk jugak.mslh skang ni cane nk bagi dia mkn?
Hai Kinaking. Cuba cari ibu tumpang. Kalau ada kawan atau sedara mara yang sedang menyusukan anak, cuba letakkan anak kucing tu dengan ibu kucing tu.
Cara nak bagi makan, mcm yg DC ajarkan dalam entri ni. Hanya dalam umur tertentu je boleh beri makan. Usia 1-2 minggu biasanya baru celik mata dan anak mata selalunya kebiruan. Harap DC dapat membantu Kinaking.
saye nk tanye,ank kucing saye baru berusia 6 ari..maknye dah xde(T.T), boleh tak kalau saye bg ank2 tu pkai ubat kutu yg spray pnye??risau sgt bile saye pkirkn naseb ank2 kucing saye tu..huhuh
Aku seneng banget miara kucing, makasih banyak panduan cara melihara kucing
Assalamualaikum,kak macam mana ek nak bagi anak2 kucing tu minum susu walaupun dah bagi?mak dia tak de.saya dgn abg saya jumpe anak2 kucing tu dekat belakang sekolah saya semalam.kesian anak2 kucing tu die di buang.tak pasti lah samada anak2 kucing tu dibuang atau pun tak.tapi abang saya yakin ank2 kucing tu di buang sebab anak2 kucing berada dlm kotak.so lepas abang saya solat jumaat abang saya pergi sekolah semula nak ambil kucing tu.kesemuanya ada empat ekor.and macam mana nak cari mak tumpang?
entry ni sgt membantu. thanks. sy baru jumpe baby meow ade org buang. bru 2 minggu umurnya. dia kat hostel sy. tapi sy da nak balik cuti lagi 4 hari. hmm.. taktau nak letak kat mane. ade idea tak. kampung sy kat terengganu. jauh. takkan nak bwk balik naik bus. huhu.. help me.
Klau ye pun, bagi la orang copy bende ni..
Salam Sejahtera.. mohon bantuan.. saya ingin bela kucing, tapi saya nak tahu mcm mana nak biasakan kucing agar buang najis kat toilet atau litter box? thanks~ ^.^
Assalam...sye bru kehilangan ank kucing sye..die dh mati..sye jmpe die kt tpi jln..sedih sgt2...kdng2,rase die mati coz sye xpndai jge die...:(
Macam mana nak buat susu kucing sendiri eh? Boleh kan buat susu kucing tanpa formula tu?
Sangat berguna...saya baru ambil seekor anak kucing terbiar...kesian kalau biarkan, jadi sy ambil dia dan beri dia susu khas menggunakan botol...tpi dia hanya minum sikit je..risau klau2 dia lapar..skrg dia bising lagi..
Terima kasih DC ats maklumat tu.
Sbb saya memang sdg mencari maklumat sebegini kerana baru kali pertama nak bela kucing.
Tapi DC,bagaimana pula dgn kucing terbiar yang sudah dewasa,bagaimana pula caranya?
Sbb setiap kali saya cuba dekatkan diri dgnnya,dia lari.bagaimana saya nak mengambilnya sbgai haiwan perliharaan?
Saya 13 tahun.
Sekolah menengah.
Terima kasih.Nama:Amin.
saya ada bela anak kucing yg baru 3 hari d'lahirkan..mak dia xnak jage dia..masalah saya,,hari sbtu & ahad ni saya ada trip ke melaka..jadi apa yg ptut saya buat dengan anak kucing tu?..nak bagi dkat org lain xada yg sudi jaga..saya terfikir nak bawak je anak kucing tu,,tapi takut dia kesejukan dlm bas & akan buat dia mati..jadi apa pndangan DC dgn masalah saya ni?
as salam, ank kucing saya br nk masuk 2 minggu..sy bg die susu kucing..tp knapa die boleh ade masalah cirit-birit.. mohon bantuan..tq
n lagi 1..maaf berapa ye sukatan untuk baby kucing usia yg nk msuk 2 mggu..berapa sudu kecik ? sy nk kan kepastian..
Sy share yer.
Dekat mna nak cri susu just born tu ek?saya dh try cri dkt ikano pet safari..xde..T_T
Saya pun mcm ni :(
Post a Comment