Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kucing bertaraf PR?

Share

Dulu kucing2 DC terutama Musyang dan Abby sering diserang oleh satu2nya kucing liar tegar berwarna tabby di kawasan rumah DC.  Masa tu hero-hero anak bulu di rumah kebanyakkannya belum kena zass lagi. Bila mereka mula jadi mat rempit dan kerap buat marking, DC zass kesemuanya.  Kencang degup jantung tiap kali hero-hero ni tak balik rumah.   Sejak kena zass mereka jadi budak baik dan sopan budi bahasanya. Mereka tak lagi pergi jauh atau tak balik rumah.  Paling jauh selang dua buah rumah je mereka singgah. Masing-masing dah ada curfew :)





Dah lama DC perhati kucing liar tabby yang DC namakan Belang ni.  Tiap kali dia menyerang, DC halau dia jauh dengan harapan dia tak datang lagi. Tapi kejap je, waktu petang dia menjelma balik - meronda2 di sekitar rumah DC mengalahkan security guard, tak tau apa tujuannya. Agak bengang tiap kali kita halau, Belang bukannya kelam kabut lari tapi buat muka selamba pusing masuk semak. Jangan harap la dia nak lari. Agaknya tu sbb badan dia banyak calar - dia jenis tak lari walau orang marah dgnnya. Selain dari tu Belang jugak ada sakit mata dan terdapat kurap di telinganya.




Sebenarnya Belang adalah suami kepada 2 ekor kucing DC yang tak sempat DC zass seperti Oyen dan dahulunya Betty (dah zass).  Suami DC mmg tak suka dengan Belang sbb kalau dia belasah kucing DC, mmg confirm ada few signatures.   Beberapa kali terserempak dgn Belang di parking lot,  sayu hati dengar dia mengiau nyaring (high pitch notes that quite irritating!) seolah-olah berkata," lapooo! lapoo!"

Akhirnya DC mengalah dan kerap beri dia makan dalam 3 bulan kebelakangan ni walau di mana jua terserempak dengannya. Setuju tak kalau DC katakan, we all catlovers mmg sentiasa bawa kibbles or wet food dalam beg atau dalam kereta? Kalau tak de stok masa tu, sanggup pusing balik ke kedai beli few paket kecik wet foods :)  Suami DC pun surrender bila tengok DC beri makan Belang. Dia tak lagi bersikap keras terhadap Belang. Tapi kalau dia usik kucing2 yg ada, mmg Belang kena maki hamun dan kena halau jauuuuhh dik suami.. uhuk!

Agak memeranjatkan minggu ni DC perhatikan, Belang semakin gemuk dan tiada lagi kurap! Malah boleh dikatakan besarnya hampir sama dengan Musyang!  Adakah sebab DC sering beri makan berzat pd dia? Minggu ni dapat DC rakam gambar dia, malah pertama kali dapat memegang dan mengangkatnya.  Berat! *rasa bangga sangat masa tu* Terasa nak peluk tapi takut dia mencakar. Harap dia masih wujud hari ini dan hingga akhir hayatnya. Sebab Majlis Bandaraya mmg selalu buat raid di kawasan DC, malah DC pun dah 3 kali kena ambushed. 



Sekarang dah jadi rutin, setiap pagi dan petang dia akan datang mengiau di pintu hadapan rumah mintak makan.  Dari dalam rumah dah kenal suara dia yg nyaring tu. Tak payah tekan door bell ok? haha!  DC kalau boleh mmg larang dia datang ke rumah ikut belakang sebab kucing2 DC ramai melepak di situ. Adakah ini yang dimaksudkan 'kucing bertaraf PR'?



Pada yang tak tau terms cat lovers selalu guna, berikut ialah maksudnya :
zass = kembiri/neuter/spay
marking = tanda kucing jantan kencing/spray
signature = kesan cakar

8 comments:

Cat-in-Sydney said...

Apakata kasi *zass* si Belang ni? In our household, the Pc word for *zass* is *snip*! purrr....meow!

DearCats said...

cat-in-sydney - eh bagus gak idea zass belang ni - tak terfikir pun *bang my head on wall*

*snip*? ehmm teringat ada 'snip programme'untuk stray cats organised by 1 clinic here where they snip a bit of cat's ear as marking once that cat has been neutered :(

Cat-in-Sydney said...

Why can't they just tattoo the *snip* strays? That would be less hurtful and not losing any organ/parts of body? Aarrgh...the human minds! They need counseling from cats. purrr....meow!

♬Jul's Abza♬ said...

Owhh..Mamat neh namanya Belang yek..yg kat umh Lia plak ade jugak sekor yg perasan dirinya PR. Kitorg kasik nama "Juling" sbb mata dia agak juling skit. karektor dia sama cam Belang nih lebih kurang, halau la cemane, x sukeh la cemane klu dia datang, bila halau dia xkan mencicit lari. dia just jln dengan selow-mosen nyer. kdg2 kne jerit, nampak cam takut tp muka dia still selama & inesen jek. Pastuh esoknyer, pagi2 cam biasa dia dah dtg mengharapkan se-bowl BW.

Tp smp skrg xde ler nak pegang2 dia sbb mula2 dulu badan dia berkurap. tp berkurap2 pun, bini/awek dia lawa woo.. and juling2 pun, menghasilkan baka yang cantik (stray nama Bobo yg lia jaga seminggu dulu tu-ade lam lia nyer FB)

sama cam ahkak ckp, dlm kete mmg kne ade stok BW or whiskas semata2 nak kasik kat dorg.

skrg nih lia ade 3 PR, Juling & bininyer. ngan Si Putih yg dulunyer sarat pegnen, skrg dh beranak entah kemana..huhuhu..

*malas nak sign out belog & sign in guna phat cat nyer belog.. men belasah jer laa guna pvt belog nih. muakakaka..

*ahkak geeeeeeee, konghi patchai..!!!!~~ (sambil lari2 felok mUsyannnnnggggg)

DearCats said...

cat-in-Sydney - tattoo?.. u mean real tattoo? never heard of it done on cats. This is new to me.. Anyway, i just browsed on the net about it.. it's less hurtful as u mentioned. Am not sure if it locally exist.. i've made an entry about this snip programme. Boleh tgk telinga kucing yg dah kena snipped..

DearCats said...

Jul's Abza - Lia, mmg sebijik la citer Juling tu mcm Belang kak Gee hahaha!.. cuma dia tu tiner la kan?.. ehemm dah zass ke Juling tu? ihikss.. Haiii tak mau la akak dik nonnn banyak2 kucing ni!.. pengsan lerr!.. Akak list down kucing2 akak kat blog sebelah kanan sekali skrg ni pun.. tak abis2.. menunjukkan betapa ghamainya mereka dan keluarga mereka di rumah .. *tepok dahi!*

Dalmation kitties tu pun mmg nak send for adoption tp tunggu dia usia 2 bulan lebih.. Kalau send for adoption skrg, mmg x menang tangan la ahkak melayan pertanyaan mcm anak Oyen tu.. dahpuas dah ckp, semua dah reserved by adopters.. lagiiii mau email..

err KONGSI! KONGSI!.. tak mau lari.. penat! ekekekek.. apa mau KONGSI? blackwoods??? lai lai lai!

VIVIAN said...

memang garang la muka kucing tu..


New Entry "JOM! Panjat-Panjat"

ettymelladikboy said...

mmg setuju sangat sangat dengan DC pasal bawak bekalan [akhirat] dalam beg utk strays cat.
kt office tu,dr sekor, terus jadi 2 ekor. sekor yg baru actually garang. tp bila few times dah feed dia, terus mcm jinak jinak merpati. oh my girl, rasa seronok sesekali boleh dekat ng dia.

pengalaman bagi makan kt kucing office ni actually baru lagi. tak sangka kucing boleh kenal kita as their feeder kan. pagi pagi siap tunggu depan pintu. so funny [sweet too]

dan sekarang, sebelum keluar rumah, wajib dah isi bekas kibbles tu. kalau tertinggal rasa bersalah je.

semoga, usaha kita kenyangkan mereka, Allah balas dengan kesenangan dan kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. dan juga, semoga rezeki kita sentiasa dimurahkan olehnya...amin...

eh, DC mcm tulis blog sendiri pulak....

* DC, setuju jugak dengan Cat in Sydney tu...kasi zassss jeeeeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...