Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Diari Oren: Part 3 - Oren 1 & 2 berpindah milik

Share

Akhirnya Oren 1 dan Oren 2 yang kini berusia 12 minggu berpindah milik. Semalam DC mandikan ke-empat2 anak2 Oyen.  Sayangnya Tabby 1 dan Tabby 2, DC masih tak dapat let go sebab mereka belum cukup bersedia.

Oren 1 - tak takut sangat dengan air dan kurang mengiau

Oren 1, berbulu seakan red spotted tabby - Selepas mandi

Dari pemerhatian DC, Oren 1 dah nampak ke arah menjadi kucing tabby berbulu separuh panjang (semi-long hair) seperti ibunya, Oyen.

Oren 2 - memang takut air tapi DC mudah kontrol sebab dia yang paling besar

Oren 2, berbulu red ticked tabby - selepas mandi

Oren 2, bermuncung panjang dan hidung tinggi merupakan yang paling besar dan paling nakal, suka membuli adik-adiknya. DC jangkakan Oren 2 akan berbulu pendek seperti kucing domestik biasa kerana bulunya menguncup dan melekap ke badan.

Pagi ni, 2 Feb 2011, seperti yang telah dijanjikan, DC menyerahkan kedua-dua mereka ni kepada Pn Zainah Che Rouse dari Melawati. Kami bertemu di hadapan pejabat DC hehe.. di tepi jalan je ahakss!


Tengok tu Oren 2 (sebelah kanan) masih lagi nak bermain, dasar nakal!

DC difahamkan Pn Zai ni amat menyayangi kucing. "Akak dah ada 9 ekor yang kesemuanya dah besar, so, akak teringin nak jaga anak kucing pulak.  Walaupun akak duduk area condo, akak tak penah kurung mereka,  pegi keja pun pasang aircond utk kucing2 akak. Kalau org dtg, tak tau pun akak ada bela kucing. Vet akak datang rumah. Call je dia, dia datang la. Kalau kes berat mcm mandulkan kucing betina atau ada kucing yg perlukan surgeri je akak bawak pi klinik," kata Pn. Zai.  "Nak pegi keja pun akak tak senang hati ni sbb asyik teringat nak belek kucing ni, nak namakan dia.  Jgn jeles kalau tengok kucing ni gemok nanti ye?!," ujar Pn Zai sambil berlalu pergi.. adeh deh deh..

Ada yang bertanya kenapa DC tak namakan anak2 kucing ni.  Kenapa ya? DC mempunyai sebab yang tersendiri iaitu :


  • Sebab pertama - selalunya selepas adopted mereka ni akan bertukar nama, yang selesa, mengikut kehendak owner baru.  Mereka pasti akan stress sebab berpindah tangan dan bakal hadapi suasana baru. Bila dipanggil dengan nama yang baru,  keadaan ini menyebabkan kekeliruan pada anak kucing tu.
  • Sebab kedua - DC cuba untuk tidak terikat dengan mereka.  Jika kasih sayang dah bertapak, silap gaya DC takkan beri pada orang!

DC hanya akan menamakan mereka atas permintaan orang yang booking.  Seperti Tabby 2 (husky), owner dah siap2 suruh panggil "Omei" hehe.. Tapi maaf ye, Cik Mas, belum sampai waktu serahan lagi..

Hmm.. menitik juga air mata DC bila buat entri ni...

4 comments:

ummufaqeha said...

geng sunquick..oh yeah!!!!

meowwmania said...

harap2 mereka gembira bersama tuan baru, insya'Allah mudah-mudahan :)

Anonymous said...

Semoga Oren 1 & 2 happy2 aje dgn family baru...tiada rezeki nak jaga kalian b'dua...kan kak gee...

Gee said...

Niss ~ niceeeeee nick.. 'sunquick'! hehe

MM ~ Amin..

Anonymous ~ sapa ni ye? Aini Jane ke?.. pjg citernya. Pn Zainah ni tak dpt bela sbb tak serasi, so dia pass pd kakaknya, Kak Ton. Nk jd citer, Kak Ton pulak beri pd cikgu Lyn. Akak dah berbual pjg dgn Cikgu tu, alhamdulillah nmpknya dia happy.. cuma mata Oren 1 tu sakit. Dah mintak cikgu tu letak ubat Terramycin.. kalau tak sembuh gak, kena pegi vet nampaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...