Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Cara mengawal alahan (allergies) pada kucing

Share

Terdapat di kalangan kita yang begitu alah pada kucing kerana sistem imun tubuh - antigens yang lemah dan faktor genetik. Namun kerana sayang dan minat pada makhluk Allah ini, kita hadapi juga. Ketahuilah, walaupun simptom alahan pada kucing ini tidak akan hilang 100%, ianya masih boleh dikawal oleh pemilik kucing.

Seperkara yang harus kita tahu ialah fakta mengenai allergen yang dihasilkan oleh kucing. Allergen ini lah yang menimbulkan alahan pada sesetengah pemilik kucing. Ia tersangat halus dan perlu terapung dalam udara untuk membolehkan seseorang mendapat alahan. 

Berikut ialah beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam usaha mengurangkan alahan kita (atau rakan serumah, keluarga) pada kucing :





1.  Jangan benarkan kucing tidur di atas katil anda

Maaf la, ini lah 'bayaran' yang harus dibayar oleh pemilik kucing dalam usaha melegakan simptom ini.  Jika anda tahu simptom tersebut berada dalam kawalan (under control), persilakanlah mereka naik ke katil anda semula, tetapi jika boleh beri lah ruang pada diri anda untuk pulih sepenuhnya dari simptom tersebut terlebih dahulu :)



2. Tiada lagi kucing dibenarkan ke bilik tidur anda

Tutup pintu bilik tidur anda supaya allergen kucing yg ada tertinggal di dalam bilik tidur mendap. Bawa kucing anda tidur di tempat lain buat sementara.



3. Cuci semua peralatan bilik tidur

Cuci selimut, cadar, sarung bantal dan apa-apa yang dirasakan perlu menggunakan air panas (140 darjah) sekurang-kurangnya dua kali sebulan.  Ini bertujuan menghilangkan allergen kucing dan habuk yang hinggap pada peralatan tu. Pastikan anda kerap menukar cadar di dalam bilik tidur.  (Ngaku je la, dalam diam sesekali kita masih benarkan mrk masuk dlm bilik tidur kita kan? kan? kan?)

Gambar hiasan


4. Guna penapis udara (humidifier/air purifier/air filter) jenis HEPA

Allergen kucing memang susah nak dibuang. Hanya penapis udara HEPA yang baik mampu membekalkan udara bersih di rumah - bermakna kena pastikan penapis diganti selalu (filter replacement).  Penapis udara ini akan menapis kandungan bakteria sebanyak 99.9% dari udara dan seterusnya membekalkan udara bersih (bacteria count 0.5 cfu/m3).

Gambar hiasan - Vakum rumah ye bukan kucing tu.. 


5. Vakum menggunakan pembersih hampagas jenis HEPA dua kali seminggu.

Vakum setiap sudut - dinding, karpet, lantai, kerusi, perabot.. Allergen kucing sangat halus dan boleh hinggap di setiap sudut, jadi pastikan kita vakum segala-galanya.


6. Gunakan pembersih wap

So far, DC tak jumpa lagi alat ni.  Alat ini dikatakan menggunakan wap kering untuk melonggar partikel habuk dan nyahkuman di hampir semua permukaan. Walaupun bentuknya sama seperti pembersih hampagas (vacuum), ia tidak berfungsi menyedut untuk membersih tetapi menyembur wap yang dihasilkan melalui air panas.  Alat ini juga membekalkan pembersihan secara 'tanpa kimia' (chemical-free) dan mampu membunuh kuman habuk, bakteria, lumut dan spora (mold spores) juga alergen kucing.



7. Cuci tangan serta merta selepas membelai (petting) kucing anda

Jangan gosok mata dan cuci tangan serta merta selepas membelai kucing.  Menggosok mata boleh mengakibatkan mata kita gatal beberapa jam.  Guna sabun anti bakteria.


 



8. Bersihkan kucing anda

Sesetengah pemilik kucing membersihkan kucing mereka untuk mengurangkan jumlah allergen yang dilepaskan oleh kucing ke udara tetapi kajian mempertikai keberkesanannya.  Gunakan sabun atau shampoo yang dapat mengurangkan allergen kucing, yang boleh digunakan pada bulu kucing seperti jenama Allerpet. Jika anda kurang pasti, tanya vet anda mengenai produk ini.  Antara lain, kita juga boleh guna kain micro fiber lembap. Sapu kain ini pada badan kucing kita.  Secara majoriti kucing lebih suka menggunakan cari ini dari dimandikan :)

Syampu jenama Allerpet yang dikatakan  boleh menghilangkan allergen kucing




9. Asingkan kucing-kucing anda di satu kawasan

Mungkin ini satu perkara yang agak sukar bagi sesetengah pemilik kucing. Tapi lebih elok dilakukan kerana ia memudahkan kita mengawal allergen kucing bertebaran hanya di satu tempat sementara kita membersihkan di tempat yang lain.



10. Pemakanan

DC kurang arif mengenai hal ini tapi pasti mengenai pemakanan dan diet yang betul, sakit alahan kita boleh dikurangkan.  Mungkin pembaca boleh memberi pendapat?


Akhir kata, jangan lah sesekali kita BUANG kucing yang ada hanya kerana kita malas atau tidak berusaha menangani masalah alahan yang ada!  DC ada terbaca satu kisah di satu lamanweb mengenai pemilik kucing yang membuang kucingnya kerana sebab ini. Anehnya selepas kucing tu dah tiada, pemilik kucing ini masih mengalami alahan. Setelah mendapat rawatan di hospital, didapati kucingnya bukan lah penyebab utama dia mengalami alahan, sebaliknya kerana persekitaran rumahnya yang banyak habuk yang datang dari kilang berdekatan.. Sedih kan?


6 comments:

meowwmania said...

sedih pulak baca kisah yg last tu, kesian kucing tu dia pulak yg dipersalahkan hurmm...

bunny ;) said...

heehee sha comment sbb tertarik dgn gambar kucing hitam kena mandi, hensem! dan kucing yg kena vacuum, muwahaha! XD

btw, sha ni pelik, sha tak allergic dkt kucing yg sha bela. walaupun kekadang sha xselalu mandikan, cium la peluk sha xde allergic apa pun. tp bila kucing tu org punye, tak kira la kawan ke aunty ke pakcik ke sedara ke, or kucing luar, lepas sentuh mesti kena cuci tangan before sentuh muka kalau tak abis merah2 mata hidung meleleh2 :P

jadi sha sgt setuju dgn sis, dgn sedikit try n error dan usaha, insyaAllah kite boleh atasi masalah ni. mcm sha, kena pastikan jgn sentuh muka lepas sentuh kucing, dan basuh tgn cecepat lepas sentuh. hehe ♥

DearCats said...

meowwmania - tu la, ada terbaca kat mana ntah link dia.. dia ceritakan kesedihan diri dia sbb buang kucing tu tanpa usul periksa..

bunny - sama la dgn sis, nmpk je gambo kucing itam tu terus save hehe.. kucing kena vacuum tu pelik eh?.. kalau kucing kita kena vacuum lari pecut 100m haha! *penah cuba ekceli hehe*..takat dengar bunyi vaccum tu ok lagi, tp bila batang vaccum tu singgah kat badan mrk adeh.. x cukup tanah dia lari hehe..

so far sis dr kecik sampai besar x de alahan pd kucing.. tp baby sis (Beeha) dapat alahan la.. dia punya suka la dgn kucing adoyai.. tu yg terpaksa kontrol kucing masuk rumah... dan mmg sis tak sangkal sembunyi2 bwk masuk atas katil seko dua time malam haha!

SeputihSalju said...

dulu sy xda alahan pada kucing, siap boleh peluk,cium + tidur sekali lg.. tp sejak sy besalin sy dpt alahan pada kucing.. selalu bersin, idung berhingus + gtl kerongkong..knpa ye?? ada kena mgena dgn resdong jugak tak??sebab sy ada resdong...

NoRHaNa CorNER said...

betul tu kak kene cari penyelesaian yg terbaik utk semua pihak ..ini nk senangkan sndiri kucing yg menjadi mangsa...kan dh dpt balasan...la ni sy tak seminggu/2 minggu sekali mmg kene mop lantai n lap2 peralatan..

anis said...

hmm, anis pon slalu bersin jugak, tp slalunya sebab kucing tu berdebu n anis ada resdong..kucing anis outdoor, so bila da bersin2 tu tndanya budak2 bulu kena mndi..pastu dh ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...