Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Pet Shop Review : Pet Lovers Centre, Jusco Kepong

Share

Kali ni DC terjah Pet Lovers Centre (PLC) cawangan Jusco Kepong.  DC singgah ke Jusco ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat kerana nak pos bungkusan di Pejabat Pos sana.  DC suka pergi pejabat pos yang masih buka di luar waktu pejabat, yang paling penting tak memerlukan DC beratur panjang.  Bila dah siap urusan nak bayar parking, tak de duit kecik pulak.  So DC pun nak singgah kedai2 terdekat untuk beli barang supaya dapat tukar duit kecik.   Masa tu la ternampak kedai haiwan ni.  Seriously DC tak pernah ke sini, so this is my first time ye..


So here are my review :



Nama dan maklumat kedai :


Pet Lovers Centre, Jusco Kepong

Lot G23, Ground Floor, Metro Prima Shopping Centre,
No.1, Jalan Metro Prima,  52100, Kuala Lumpur. 
Opening Hours : Mon-Sun - 9:30am to 10:45pm
Tel : 603-6252 5508
Fax : 603-6252 5509



Saiz Kedai :


Besar


Mainly selling :


Menyediakan semua keperluan untuk haiwan peliharaan (all pet supplies)
dan menjual haiwan kecil


Gambaran pertama ketika terjah (first impression) :

Impressive. Susun atur barang padat dan menarik. Bersih. Haiwan kecil yang dijual seperti hamster berada dalam keadaan sihat, diasing dan dipamerkan dalam cermin, mudah dilihat. 

Gambar dari website PLC



Tersusun dengan kemas dan menarik

1st time DC tengok RC wet food di jual dalam paket kecil.. 

DC jumpa Zoom Groom Brush!  Kalau masih ingat entri Sesi Menyikat dengan Sikat  Kong Zoom Groom, ini merupakan salah satu produk jenama Kong khas untuk anjing.  Maaf, DC tak jumpa Zoom Groom Brush untuk kucing di kedai ni.


Personal Review :


  • Oleh kerana banyak barang, agak sukar nak cari sesuatu produk yg kita nak.  Elok rasanya kedai ni label atau letak tanda (signage) di atas seperti di supermarket. Menjimatkan masa kita sebagai pembeli.
Tapi DC juga sedia maklum, kadang2 ini merupakan tektik penjual supaya kita round satu kedai, dan lihat barangan yang ada di samping mencari barang yang kita mahu. Kita tentu boleh bertanyakan pekerja yang ada di situ untuk cari barang yang kita kehendaki. Pada DC, DC mahukan privasi sebab nak belek dan lihat atau baca ingredient sesuatu bahan. Agak tak selesa kalau pekerja tu tercegat depan kita sambil kita membelek produk yg ada..


Antara pekerja yang ada ketika DC 'terjah'

Mereka ni agak friendly. DC cuma mengutarakan satu dua soalan sahaja seperti dah lama ke kedai ni dibuka?  Mrk jawap dah setahun lebih.  Mrk beri penjelasan bahawa kedai tersebut hanyalah cawangan PLC.  Ibu pejabat mereka terletak di bangunan IKANO, Mutiara Damasara yang terkenal tu.  (Baru DC perasan, DC pernah beberapa kali singgah The Pet Safari di bangunan IKANO tu)


  • Harga produk yang ditawarkan tidak sesuai untuk diri DC sebagai pemilik 29 ekor kucing walaupun kedai ini menawarkan diskaun bila kita mendaftar untuk mendapatkan kad VIP PLC seperti di bawah.



DC pada awalnya takut jugak bila bagi review ni, sebab mcm expert je, pd hal tak de kelayakan pun. Namun DC fikir balik, DC adalah pengguna dan tak salah rasanya memberi pendapat kerana DC gunakan hak pengguna no. 5 dan no. 7.  (hak bersuara dan mendapatkan pendidikan pengguna) Ni mesti ramai tak tau psl hak pengguna :)

Akhir kata, apa yang boleh DC katakan ialah DC tidak menolak kemungkinan akan ke sini lagi memandangkan terdapat banyak pilihan serta stok dan produk yang pelbagai walaupun agak mahal...

6 comments:

Jul's said...

dia nyer susunan brg2 tuh sama cam PLC cawangan the mines...the mines pun bersih jugak cuma cam ahkak ckp td tuh, harga yg ditawarkan utk pemilik kucen yg "ramai" adalah agak kurang berbaloi..

tp yg lain2 ok cuma setakat nih dah pusing byk2 petshop, xde jumpa lg syampu botol besar brand Anicide utk Fleas & Mites.. rasanya selama guna syampu tuh, sume anak2 bulus bulu cantik2 & bersih. xde ape2 allergic esp Chello.. *haihh..mane nak carik daaa.. :p

meowwmania said...

setuju dgn DC, guna power hak pengguna tu

caya lah ;)

Ms J said...

J pun selalu pegi situ. Seperti yang Kak Gee cakap, harga mmg agak mahal. Tapi suka masuk sebab ada macam-macam barang dalam tu. Eh.. Kak gee duduk area situ jugak eh?

NaddY said...

Biasa jugak gi PLC sbb kat area PJ memang banyak, mines pun pernah gi. PLC ada certain barang yang agak murah compare to other branded pet shop, macam grooming tools dia lebey murah lah. Tapi food dan litter dia agak mahal. Baju dan eksesori pun agak mahal.

Sbb tu kalau sy beli barang kucing, sikit kat sana, sikit kat situ, sikit kat sinun..hahahahaha...berjimat cermat..

Anonymous said...

kt sana ada jual hermit crab x??ssh nk cari bnda ni..huhu
selain kucing,apa lg binatang yg dijual kt c2?

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...