Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Adakah kucing boleh berenang?

Share


Kita semua sedia maklum kucing takut pada air. Namun terfikirkah kita sama ada kucing boleh berenang atau tidak. Tengok la kalau waktu kita nak mandikan si Comel.. Awal-awal dia dah hidu apa yang kita nak buat dan mula menunjukkan tanda enggan .. Terus terang, sepanjang umur hidup saya memelihara kucing, malah ibu saya sekalipun tidak pernah melihat haiwan kesayangan kita ni berenang!

Margarida - The swimming cat!
Gambar di atas menunjukkan seekor kucing bernama Margarida sedang berenang di kolam renang tuannya. Ini membuktikan sebenarnya kucing boleh berenang!

Pernah tonton cerita “Stuart Little”? Tentu anda ingat adegan kucing-kucing jahat yang mengejar Stuart hingga atas pokok. Mereka jatuh ke sungai dan berenang ke tepian.

Photobucket
Stu bersama Snowbell
PhotobucketPhotobucket

Antara watak-watak kucing yang mengganggu Stu

Lihatlah harimau, yang merupakan kaum sejenis kucing, nyata boleh berenang dengan baik. Tiada fakta yang jelas yang dapat memberitahu kita sama ada kucing boleh berenang atau sebaliknya. Rata-rata berpendapat kucing sebenarnya boleh berenang jika dipaksa atau terpaksa. Hanya segelintir kucing yang bukan sahaja boleh berenang malah hingga ke tahap gemar melakukannya. Kucing yang ketara boleh berenang datangnya dari baka Turkish Van.

Photobucket

Kucing baka Turkish Van dikatakan berasal dari negara Turki.
Kelihatan anak-anak kucing Turkish Van berenang

Photobucket
Kucing baka Turkish Van sedang berenang

Saya tertarik dengan cerita Alli Oop –“Once, when my brother and I were kids, we put our meanest cat into the rowboat and rowed out to the middle of the pond with her. She was not happy, and we were joking about throwing her in (which we never would have actually done) when the cat decided she'd had enough and jumped overboard. She swam back to shore with no problems. Hm. No wonder that cat never liked us.”

Tidak seperti speciesnya yang lain, seekor kucing Persian bernama Prinny dari Australia juga suka berenang seperti gambar di bawah. YouTube yang menyiarkan video kisah Prinny gemar berenang mendapat sambutan hangat!
Photobucket
Prinny bersama tuannya - Becky Lee

Sekarang kita dah tahu betapa si comel sebenarnya boleh berenangkan? Namun pesan saya janganlah sekali-kali anda memaksa mereka melakukan sesuatu yang mereka tidak suka!

Psst! - Sewaktu zaman kanak-kanak saya pernah mencampakkan kucing ke dalam basin besar yang dipenuhi air! Akibatnya kucing tu demam dan flu. Antara sebab kenapa saya ingat peristiwa ni hingga sekarang ialah selepas tu kucing tu dah tak mau dengan saya! fobia! :((


2 comments:

deedee said...

like this kak!
btw, deedee pernah dengar ada cattery maine coon di malaysia yang dekat pantai dan kucing-kucing di sana suka berenang di laut. tapi cattery itu tak ada lagi sekarang dan deedee lupa nama dan tempat cattery itu

Anonymous said...

rasanye kucing boleh berenang.coz pernah tgk dalam waktu emergency lari dari kena kejar time gaduh, kucing saya amik short cut n terjun pool dan berenang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...