Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kisah Scarlett yang menyentuh hati..

Share


Sedang asyik melayari kisah-kisah kucing yang mencipta sejarah seperti kisah kucing bionic, saya tertarik dengan kisah kucing bernama Scarlett, yang sebelumnya merupakan kucing jalanan menunjukkan kasih tidak berbelah bagi terhadap anak-anaknya. Walaupun kisah ini telah lama berlaku dan Scarlett telahpun tiada lagi


di dunia ini, saya pasti kisahnya tidak akan luput begitu sahaja dan tidak akan lekang ditelan masa. Mungkin anda jua pernah mendengar kisahnya.

Sekilas baca, saya rasa tiada yang menarik mengenainya. Tetapi bila mengikuti kisah selanjutnya saya mula merasa sebak.

Kejadian Kebakaran

Scarlett dianggarkan berusia 9 bulan ketika kejadian berlaku. Melahirkan 5 ekor anak-anak yang comel di salah sebuah bangunan usang (abandoned) di Brooklyn, New York pada tahun 1996. Pada 30 Mac, bangunan tersebut terbakar atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Bomba telah dihubungi untuk memadam kebakaran tersebut dari merebak ke bangunan berhampiran.


Bangunan usang tempat berlakunya kejadian kebakaran

Ketika api mula berjaya dikawal, salah seorang ahli bomba, David Giannelli terdengar bunyi suara kucing yang halus berdekatan dengan bangunan yang runtuh. David terpandang Scarlett yang terbaring bersama 2 ekor anak kucing berpelukan. Manakala 3 ekor lagi dijumpai di seberang jalan kawasan tersebut.

Scarlett dipercayai membawa anak-anaknya seekor demi seekor keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan panas dan asap tebal. Scarlett berada dalam keadaan agak parah dengan matanya luka, telinga terbakar, tapak kaki melecur dan badannya berasap, dalam cubaan menyelamat anak-anaknya dari kebakaran. Bulunya juga mempunyai banyak kesan hangus terbakar. Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaannya ketika itu menggonggong anak seekor demi seekor keluar masuk bangunan? Demi kasihnya terhadap anak-anaknya yang baru berusia 4 minggu.

David memasukkan Scarlett dan anak-anaknya ke dalam kotak. Scarlett dalam keadaan matanya yang luka dan kabur menghidu anak-anaknya seekor demi seekor bagi memastikan mereka semua masih hidup dan ada bersamanya sebelum jatuh pengsan

David Giannelli, ahli bomba yang menjumpai Scarlett dan anak-anaknya.


Mereka di bawa ke klinik haiwan di North Shore Animal League, iaitu sebuah organisasi tidak membunuh dan menyelamat haiwan terbesar dunia, untuk rawatan. Mereka ditempatkan di oxygen chamber di bawah jagaan rapi.


Scarlett - sebulan selepas kebakaran


Beransur pulih..

Sebulan selepas kejadian kebakaran berlaku, anaknya yang paling lemah bernama Toasty berbulu putih mati diserang virus. Sementara itu, penglihatan Scarlett juga hampir sembuh dan ketika itu pembedahan perlu dilakukan bagi menggantikan kelopak matanya.


Toasty, dikiri sekali

Selepas 3 bulan, Scarlett dan 4 lagi anak-anaknya bertambah sihat dan bersedia dihantar untuk adoption.

Selepas kejadian kebakaran

Kisah Scarlett menyelamatkan anak-anaknya mendapat liputan luas pihak media. Klinik tersebut menerima lebih kurang 7,000 pucuk surat daripada orang ramai yang menawarkan diri untuk memelihara Scarlett dan anak-anaknya!

Sepasang anak Scarlett, dinamakan Smokey dan Oreo oleh pihak klinik diserahkan kepada Debbie Palmarozzo dari Miller Place, Long Island. Manakala sepasang lagi bernama Samsara dan Panuki diserahkan kepada Corinne dan Ginette Vercillo dari Port Washington, Long Island.





Manakala Scarlett pula berjaya dimilikki oleh Karen Wellen. Surat yang dikirim oleh beliau menarik perhatian komiti. Karen dilaporkan pernah kehilangan kucingnya 7 tahun dahulu sejurus selepas dia sendiri terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kata beliau - "Penderitaan emosi dan fizikal yang saya alami menjadikan saya seorang yang lebih belas kasihan dan saya berjanji jika ada kucing yang akan saya pelihara biarlah haiwan tersebut yang memerlukan penjagaan khas"


Karen Wellen bersama Scarlett

Kematian

Selama hampir 12 tahun Scarlett melalui kehidupan normal dan dijaga dengan penuh perhatian. Dia kemudiannya mula mengalami sakit tua Scarlett memerlukan penjagaan khas dan berterusan akibat kecederaan yang pernah dialaminya. Pada tahun 2007, selain dari sakit heart murmur, gigi dan buah pinggangnya juga bermasalah.

Pada April 2008, Scarlett menderita sakit hyperthyroidism. Dia dimasukkan ke pusat kemudahan dipanggil Thyro-Cat, yang menyediakan kemudahan radioactive iodine. Sepanjang berada di sini, Scarlett tidak boleh dilawati kerana bahaya radiasi radioaktif. Setelah seminggu, Scarlett dibenarkan pulang. Walaupun hati dan buah pinggangnya kembali pulih, sel kanser masih aktif.

Beberapa kali dia dimasukkan ke hospital dan kali terakhir dia tidak mampu berdiri. Ketika itulah setelah berbincang dengan vetnya, Karen mengambil keputusan menidurkannya pada 11 Oktober 2008. Scarlett mati dipangkuan Karen.


Anugerah Scarlett

Nama Scarlett diilhamkan sempena filem Gone with the Wind yang mengisahkan seorang wanita bernama Scarlett O’Hara berjuang menyelamatkan rumahtangganya; dan juga kerana tompokan merah yang nyata kelihatan pada kulitnya akibat kesan terbakar.

Organisasi The North Shore Animal League telah mewujudkan anugerah khas (award) - Scarlett Award for Animal Heroism untuk haiwan-haiwan yang menjadi wira kerana jasa-jasa kepada manusia mahupun terhadap haiwan yang lain. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan terhadap kucing bernama Scarlett kerana pengorbanan dan keberaniannya.

Anda juga boleh menikmati puisi mengenai kisah Scarlett yang diwujudkan khas di dalam sebuah website --> http://www.moggies.co.uk/html/heroine.html bertajuk "Why is Everybody So Surprised That I Saved My Furry Five?"

Buku juga diterbitkan dan boleh didapati di Amazon.com


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...