Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Makanan dan ubatan yang merbahaya pada kucing - Siri 2

Share

Kita jumpa lagi :) Berikut ialah siri ke-2, mengenai entri makanan dan ubatan yang merbahaya pada si Comel. Sebelum tu, ingin DC tegaskan di sini, DC bukan lah otai atau pakar dalam penjagaan kucing. Sekali lagi  ingin DC tegaskan bahawa segala yang DC paparkan di blog ini merupakan maklumat dan pengetahuan yang DC dapat dari pengalaman, rakan2 cat lovers dan internet - yang ingin DC kongsi bersama kepada semua.. *kadang2 jauh di sudut hati DC terasa memandai je aku ni, pada hal pengalaman tak seberapa..* Kadang2 tu bila berkomunikasi dengan peminat kucing, DC mencungap nak menjawap sebab banyak sgt soalan, apa tah lagi pada orang yang baru berjinak2 dengan haiwan ini. Selalunya DC minta dia rujuk di link2 yg ada dalam blog DC.. Rasa happy sgt bila dpt bantu mereka!

Ok.. makanan berikut yg DC senaraikan mendatangkan bahaya hanya jika diberi berlebihan..

HATI




Pemberian organ dalaman - hati - dengan jumlah yang banyak boleh menyebabkan keracunan Vitamin A pada otot dan tulang. Boleh mengakibatkan tumbesaran tulang yang tidak normal terutama pada tulang belakang dan leher kucing.

IKAN MENTAH


Pemberian yang kerap membawa kepada kekurangan thiamine (Vitamin B1) kerana enzim thiaminase yang terdapat dalam ikan. Kesan2 yang berlaku ialah kurang selera makan, sawan dan kematian. Ikan yang dimasak boleh memusnahkan enzim tersebut.

Ikan salmon mentah di sebahagian Amerika utara boleh membawa penyakit keracunan seperti fluke dan Neorickettsia helminthoeca – yang mengakibatkan mual, demam panas, muntah dan diarrhea berdarah.  Setengah2 ikan tercemar dengan PCBs atau merkuri – yg tak boleh dibuang dengan cara memasaknya. Keracunan merkuri pada kucing telahpun dilaporkan di Jepun dimana ikan merupakan makanan utama dalam diet mereka. Sesetengah kucing liar hidup di kawasan menangkap ikan dan pasar dengan makan ikan mentah. Mereka akan selamat selagi mereka tidak makan ikan yg tercemar.

Ikan tuna jika diberi berlebihan membawa kepada penyakit radang Steatitis (Yellow Fat Disease, pansteatitis). Tuna begitu diminati oleh kucing tapi ia seharusnya dihadkan sebagai treats (snek ringan) sahaja. Kucing yang dapat sakit ini mempunyai kulit bersisik, bulu yang kusam dan berminyak. Mereka menunjukkan tanda2 kesakitan bila disentuh dan enggan bergerak.

TOMATO DAN UBI KENTANG


Tomato dan ubi kentang mengandungi racun alkaloid yang pahit dipanggil glycoalkaloid solanine yang menunjukkan simptom kecederaan dalam usus. Secara umumnya kucing tidak tertarik pada buah-buahan ini. Tapi tomato yang diproses dan dimasak seperti dalam ikan sardine sudah tentu menarik perhatian kucing. Ianya selamat untuk dimakan kerana toksin yang ada pada tomato telah terhapus apabila dimasak. Begitu juga dengan ubi kentang. Ubi kentang lenyek selamat dimakan apabila dicampurkan dengan makanan dalam tin yang digunakan khas untuk kucing overweight.

KACANG MACADAMIA


Pokok kacang macadamia banyak terdapat di Madagascar dan Australia. Kucing mungkin tidak tertarik dengan buah kacang ini tapi berminat pada tekstur minyak macadamia dalam bahan2 tertentu. Simptom akan dapat dilihat pada kucing selepas 3-12 jam kacang ini berada dalam tubuhnya seperti mual, muntah, hyperthermia, sakit perut, dan kekakuan sendi.  

ALKOHOL


Berbanding manusia, kucing mempunyai jantung yang lemah dan kurang berupaya membersihkannya (detox) dari unsur2 racun. Jumlah alkohol yang banyak menyebabkan kerosakan hati pada kucing, juga radang usus, keracunan, sesak nafas, koma dan kematian. Berhati-hati lah bila menggunakan Bach Flower Essence atau remedies yang sememangnya digunakan oleh manusia dan haiwan untuk menghilangkan stress dan penstabilan emosi kerana kadangkala terdapat kandungan alkohol di dalamnya. Namun begitu kini terdapat jenis bebas alcohol di pasaran.

DAGING BABI (PORK)


Selalunya digelar ham atau bacon tidak seharusnya diberi pada kucing. Terdapat makanan kucing di pasaran yang dilabelkan sepert "Chicken and Ham", "Chicken and Bacon” dan ada masanya disenaraikan secara tersembunyi dan tulisan yang halus dalam senarai kandungan pada tin dan paket. Secara umumnya, daging ini dianggap makanan yang tidak sihat kerana ada kaitan dengan cacing pita (tapeworm) yang dibawa oleh haiwan ini. Kepada umat islam, haiwan ini adalah haram dan sejarah telah membuktikan, daging babi yang tidak masak membawa penyakit kepada manusia.

Nota : Pesanan kepada catlovers sekalian, berhati-hatilah memilih makanan untuk haiwan kesayangan kita ya? :).  Jumpa lagi! 

4 comments:

Ecah said...

Thanks DC.. info yang berguna.. ;)

Namie Amir said...

thanx kak gee..i love this info so much!!

Mas Mesra said...

Kak mas baru bela seekor kucing..umor 3 bulan. Rasa takut pun ada sbb tak tahu apa nak bg makan. Dgn ada blog DC nie, lega kak mas sbb dpt info yg cukup meyakinkan. Now Qaseh (nama kucing kak mas) dh manja sgt sbb kami skeluarga dh tau apa yg terbaik untuk Qaseh.

Rumah Kasih Harmoni said...

(y)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...