Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Bagamana Atasi Strok Haba Pada Kucing?

Share

Keadaan cuaca panas dan kering sekarang bukan sahaja memberi kesan terhadap manusia tetapi juga haiwan-haiwan di hutan dan peliharaan. Antara impak dari kepanasan melampau ialah strok haba (heat stroke).

STROK HABA

Strok haba (juga dikenali sebagai hyperthermia) merupakan life threatening medical condition (situasi perubatan mengancam nyawa) di mana organ dalaman badan (hati, buah pinggang, paru-paru, jantung dan otak) mula mengalami kegagalan akibat ketinggian suhu badan dan kelembapan.

TANDA-TANDA STROK HABA PADA KUCING

Anggaran suhu normal badan kucing lebih kurang 100.5 - 102.5 darjah Fahrenheit atau 38.2 - 39.2 darjah Celsius. Bermakna suhu yang melebihi tahap yang dinyatakan membawa maksud kucing berkemungkinan besar mengalami strok haba.

Antara simptom strok haba pada kucing ialah :

* Mencungap laju
* Lidah menjadi merah terang
* Gusi berwarna merah hitam atau pucat
* Mengeluarkan air liur (drooling)
* Kurang cergas
* Cemas
* Pening
* Gegaran otot (muscle tremors)
* Lemah dan lesu
* Muntah (berkemungkinan bersama darah)
* Cirit Birit (berkemungkinan bersama darah)
* Darah keluar dari hidung
* Koma

BAGAIMANA ATASI STROK HABA PADA KUCING?

1.  Bekalan Air Bersih

Pastikan bekalan air mencukupi - sentiasa ada, dalam keadaan bersih, diganti beberapa kali sehari untuk memastikan kesegaran. Pastikan juga air di dalam kolah di bilik air sentiasa penuh kerana kadangkala kucing tidak minum dalam bekas air yang kita sediakan tetapi sebaliknya lebih suka memilih air di kolah atau dalam baldi :)


Memasukkn sebiji ketulan ais boleh menyejukkan air minuman kucing



2. Gunakan bekas makanan jenis seramik dan tanah liat (clay pot)

Umum mengetahui pinggan mangkuk jenis seramik dan tanah liat membekalkan makanan dan air yang menyejukkan. Gunakan pinggan mangkuk jenis ini memastikan air sentiasa sejuk dan segar.

Antara jenis pinggan mangkuk seramik dan tanah liat


Sediakan air dalam tempayan di luar rumah juga boleh membantu kucing outdoor
mengatasi strok haba


3. Sediakan kawasan teduh atau sejuk

Perasan tak dalam keadaan cuaca panas begini, kucing2 kita sentiasa tidur atau duduk di kawasan redup dan agak sejuk seperti atas peti ais, di bilik air, di dalam sinki atau yang berdekatan dengan punca air? itu lah kawasan sejuk yg DC maksud kan di sini. Jgn2 kita marah atau menjauhkan mereka dari kawasan2 ini. Ia membantu menyejukkan badan kucing.

Jubin membantu mengurangkan haba badan kucing
Kucing DC benama Ginger lepak dalam sinki :)

Menjatuhkan tirai dapat meredupkan suasana bilik
Meletak tuala lembap dalam kotak menarik perhatian kucing untuk duduk di situ

4. Edaran udara yang baik

* Penyaman udara

Memasang penyaman udara pada suhu yang bersesuaian berupaya mengatasi strok haba pada kucing. Memasang pada suhu yang tinggi boleh menyebabkan kucing dan manusia mengalami kekeringan (dehydration).



* Kipas Ekzos

Pemasangan kipas ekzos atau kipas pengudaraan membantu sebuah rumah atau bilik mendapat edaran udara (ventilasi) yang baik. Ia membantu mengeluarkan udara panas (juga bau busuk) keluar sementara penyaman udara dan kipas membantu mengekalkan persekitaran yang nyaman.



* Kipas Angin

Kipas angin berdiri atau siling juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan haba dalam rumah apabila dipasang pada takat yang bersesuaian.  Pemasangan pada takat yang tinggi boleh meninggikan haba sekaligus mengakibatkan pengeringan atau dehidrasi.



* Humidifier/Air Cooler

Alat menyejuk ini juga membantu mengurangkan haba dalam bilik dan rumah.



Air cooler jenis ini memerlukan kita meletak ais atau air batu bersama air biasa ke dalam takung dan kemudian motor mesin akan menyebarkannya seperti kipas.
DC beli jenis Meck ini pd awal tahun lepas dgn harga RM280.

* Buka Tingkap dan pintu

Di rumah yang tiada penyaman udara, membuka tingkap dan pintu
berupaya mengawal haba dalam rumah. - khas untuk mereka yang mempunyai kucing outdoor.

5. Elakkan aktiviti luar rumah ketika cuaca panas

Jauhkan kucing anda dari bermain di luar rumah ketika cuaca panas terik.  Hadkan aktiviti di luar rumah pada waktu pagi di mana cuaca ketika itu agak sejuk. Atau anda boleh juga bermain dgn kucing anda di dalam rumah menggunakan ketulan ais!



Apa patut kita lakukan jika kucing alami strok haba tidak kritikal?

- Selimut kucing anda dengan tuala lembap (bukan basah).
- Letak ice pack atau sayuran sejuk (Frozen vegetables) di bawah kepala kucing dan di celah kaki dan tangan. Pastikan kepala berada dalam keadaan sejuk kerana strok haba boleh merosakkan otak dan menyebabkan brain damage.
- Berikan sedikit air melalui mulut kucing ketika kucing berada dalam sedar. Jangan sesekali berikan air ketika kucing di bawah sedar/pengsan.
- Sapukan air (sesetengah website menyarankan rubbing alcohol) di tapak tangan dan tapak kaki, perut, hujung telinga dan di celah ketiak dan kelangkang kerana kawasan2 ini mudah serap haba.
 - Bawa ke klinik



Semoga tips yang diberikan memberikan manfaat kepada kucing dan juga pemilik kucing. :)


Rujukan:

http://www.cat-world.com.au/heat-stroke-in-cats
http://m.wikihow.com/Cool-Your-Cat-Down-in-the-Summer

4 comments:

annieloh said...

Kalau cuaca panas i selalu buka aircord untuk kucing i,ok tak kalau macam ini?

zack said...

Terbaik DC

Man Siakap said...

untungle kucem hehehe

Man Siakap said...

untungle kucem hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...