Perkenalkan, kucing liar yang DC namakan ALIEN ni. Nama tu sesuai sangat dengan dia sbb perangainya yg mcm biskut chipsmore - kejap ada kejap tak de. Dah lama dia berlegar di kawasan perumahan DC, sejak dia berusia 5 bulan rasanya. Alien jadikan rumah DC sebagai 'one stop centre' untuk makanan dan bergurau senda dengan kucing2 DC. Percubaan demi percubaan DC dan keluarga dah lakukan untuk menangkapnya tetapi hampa belaka.
Gambar ni DC zoom dari cermin tingkap bilik. Jgn harap dpt snap gambar dia dr dekat. |
Hari berganti hari, minggu berganti bulan dan akhirnya, apa yg DC cukup takut, terjadi jua - Alien bunting. [Not with my cats ye sbb semua jantan dah zass :)] Masa tu fikiran negatif mula menerjah. Harap dia keguguran. Harap dia beranak di tempat lain. DC dah bersara jadi bidan dan catsitter ni. Cukup lah dengan the last dalmation furkids, yang bakal DC send for adoption.
Dah nak lari la tu! gambar zoom 5x |
"Mama jangan risau, nanti kita dpt gak tangkap Alien tu, bila perot dia dah besar", kata anak DC. Maksudnya? adakah DC akan jadi bidan dan catsitter lagi? Oh Tidak!! Tak sanggup dah. Bukan senang nak jaga, pemakanan pun berbeza. Perhatian pun kena lebih.
Tapi.. tergamakkah kita bila lihat keadaannya sebegini?
Gambar DC snap dgn kamera handphone pagi semalam - 9 Mei 2011 |
Waktu ni, DC panik mengalahkan 'kucing beranak'. Terjerit2 panggil anak DC yang belum bangun tidur untuk tolong tangkap Alien and her kids. DC keluar masuk rumah, sambil fikir apa yg perlu DC lakukan. Nak carik kotak? sangkar? mana kain? Mcm mana nak kutip Alien dgn anak2 yang terselit di celah rumah kucing DC. Nampak sgt DC bukan takat bela kucing kan?. siap bela rumput dan lalang ahakss!.. :) Sebenarnya, tukang potong rumput yang keluarga DC upah untuk datang sebulan sekali patut datang minggu tu, tapi dia tak datang pulak :p
Ketika ni Alien baru sedar kehadiran DC di situ |
Sebaik saja Alien nampak DC mendekatinya, dia bingkas bangun meninggalkan anak2nya yang seramai 5 ekor. Dipendekkan cerita DC terpaksa memotong pagar 'tambahan' untuk memudahkan kami mengambil anak2 Alien. Rupanya 3 ekor masih melekat pada uri. Ya, dalam kepayahan (sebab sebelah pagar ialah longkang yg lebarnya 3 kaki) DC terpaksa menjadi 'bidan
Entah mcm mana, Alien dapat ditangkap oleh anak DC. Mungkin dia keletihan lepas melahirkan? Sbb selama ni mmg teramat payah menangkapnya. Mereka kami masukkan ke dalam cage kecil. Tak henti2 Alien menyembur (hissing) sampai sanggup memijak anak2nya. DC cepat2 letakkan air dan makanan lalu selimut cage tu dgn tuala supaya Alien dpt ketenangan menyusukan anak2nya.
Selimut untuk kurangkan keagresifan Alien |
DC terus ke pejabat dengan hati yang berbelah bagi. Rasa macam nak cuti tapi terpaksa ke ofis sbb ada dua meeting nak kena attend. Sekembali dari pejabat, DC terus mengintai Alien and her kids. Mcm biasa, hissing dia mcm ular isk isk.. Cepuk la kepala dia 2 kali sbb geram hehe..
Anak DC kata, baby Alien keluar 2 kali dari celah sangkar.. Hmmmm.. DC kemudiannya ambil 'pagar tambahan' yang dipotong pagi tadi dan ikat di sekeliling sangkar Alien supaya baby dia tak terkeluar lagi.
Pagi ni, DC plan nak snap gambar Alien dan anak2nya. Ini hasil pertama gambar yg DC snapped. Slow motion buka pintu sangkar dengan harapan Alien tak terjaga.
Gambar bawah ni, Alien dah nak bangun. Tapi ye puan-puan dan tuan-tuan, sila kira berapa ekor semuanya?
Cekira cekira berapa anak dia? |
Enam ekor tau. Meaning lepas masukkan dlm cage pagi semalam, Alien beranak lagi 1 ekor.. adeh..
ganaz.. memang ganaz muka alien tuu.. muka sentiasa berwaspada. haha
ReplyDeleteye ke ~mrs azmi~? kalau ganas bukan predator ke? ahakss
ReplyDeleteAunty DearCats,
ReplyDeleteComel kittens tuh...Mama dah drooling tu...tapi rumah kita kecik, umat pun dah ramai kata Dad... Drama Queen juga si Alien ni ye? purrr....meow!
ok la jadi drama queen sbb nak tiru gaya diva Cat-from-Sydney hehe.. nmpk mcm comey kittens tu kan? Aunty DC pegang dgn tangan tau semua kittens tu..dgn darah2 tu.. adeh
ReplyDeleteHappy mother cat day to DC & Alien...
ReplyDeleteUrang Kuching
DC, comelnye anak2 alien tu..especially yg kaler mcm tiger tu....mmg rare kaler dia...nk tempah blh??hehehe...
ReplyDeletealien mesti dari kecik jadi feral cat tu yang ganazzz....tapi nasib dia baik jumpe Pn. DC yang baik hati sudi menolong dia....
ReplyDeleteurang kuching - u r great! never thought of that.. yeah.. happy mother's day to Alien :)
ReplyDeleteactuallykan, DC kenan gak tau dgn kaler tiger tu Mohd Taufik hehe.. Tapi kita tengok mcm mana nanti ye.. hope they can survive. Susah nak cooperate dgn Alien, sbb pagi tadi dia masih sanggup pijak anak dia bila DC jengah kandang tu iskk.. meaning dia still wild..
ReplyDeleteInsyaAllah, Mohd Taufik u r in the list kalau hubby DC bagi green light :)
Naddy tau tak apa yg DC nak buat pd si Alien kalau dia tak bunting? Mmg DC akan gomol dia sampai dia sedekah 'signature' kat DC .. sampai dia jinak baru DC lepas ekekekek.. *tumbuh tanduk*
ReplyDeleteTQVM DC... :)
ReplyDeletecantiknya bulu anak2 alien...
ReplyDeletewah..rindu nak baca post drpd DC...
ReplyDeleteamacam?, bela tak anak2 alien 6 ekor ni??banyak tu....
DC, ct nak tanya.. iodin untuk cat sama x dengan iodin manusia?
ReplyDelete