Wednesday, May 11, 2011

Dah jangka, tapi..

Ye, DC dah jangka hayat si 'Kechik', anak kucing dalmation yg bongsu tidak panjang usianya tapi masih ada rasa terbuku di dada. Seolah-olah tidak dapat menerima suratan takdir.. *mengucap sambil urut dada*

Kechik, ketika sihat. Time nak mandi ni, dia menyorok. (Gambar - 19/3/2011)



Bayangkan lah, dia dah pun berusia 3 bulan ketika ini. Dalam hati DC dah berbunga sakura, happy sbb si Kechik berjaya membesar tanpa sebarang masalah tidak seperti yang DC jangkakan sebelum ini.

Gambar-gambar Kechik yang DC kumpul sejak kecil

Segalanya bermula pada awal April, bila DC terserempak si Kechik berada dalam keadaan tidak bermaya nak berdiri, semput dan sukar bernafas. Mukanya pucat dan bibirnya biru.  DC segera asingkan dan cuba urut dada dan perutnya. DC plan nak berjumpa vet dengan segera tapi nobody home ketika tu dan tiada transport pulak. Suami yg sedang bekerja DC paksa balik ke rumah untuk ke klinik veterinar. Dalam setengah jam kemudian, tiba2 Kechik bangun dan berlari. isk iskk.. ni drama ke teater?.. DC segera membasahkan tekak Kechik dengan air suam sbb bila semput tadi kemungkinan dia kekurangan air. Macam2 bermain di fikiran DC, dia salah makan? dia tak mau kibbles dah, nak wet food je? kurang minum air?..

DC tak jadi jumpa vet sbb Kechik dah boleh bermain dgn abg dan kakaknya. Tapi dalam hati masih tertanya2 mengenai apa yang dah berlaku sebenarnya..

Pada 11 April, Kechik buat hal lagi. Simptom yg sama berlaku. Tapi kali ni perutnya agak besar dan lembut.  DC pasti Kechik alami alergik makanan dan DC nekad ambil off day lalu terus ke klinik.  Dalam perjalanan ketika memandu air mata DC beberapa kali menitik. Kesian sangat2 melihat dia susah bernafas.


Kechik di atas meja pemeriksaan di klinik
Rupa2nya Kecik mengalami "congenital abnormalities disease". Doktor menerangkan ianya merupakan sejenis kecacatan sejak dia dilahirkan. Banyak kucing mengalami kecacatan ni dan ianya berbagai. Buat Kechik, dia alami kecacatan tali perut dan buah pinggang.  Pendek kata, dia tidak dapat memproses makanan dan minuman dengan baik. Oleh sebab itu perutnya mengembang dengan cecair tetapi badannya mengurus.

Doktor kata, jika DC terfikir (macam tau2 je doc ni) untuk pegi ke hospital pakar sekalipun, apa yg DC dapat hanyalah informasi mengenai apa yang Kechik alami (condition) dan bukannya jalan penyelesaian (solution). Dia terlalu kecil untuk dibedah dan kejayaan pembedahan hampir zero percent. :(   DC tak dapat nak ceritakan keadaan DC masa tu sbb masa tulis entri ni pun airmata dah berjuraian isk iskk..

Walau bagaimana pun doktor menjelaskan Kechik boleh survive jika DC beri perhatian serius dan mengawal pemakanannya. Beri minum hanya air RO, supplement dan makanan diet seperti di bawah.

Inilah ubat dan makanan yang vet bekalkan

wajah2 Kechik selepas balik dari klinik

Pada hari kedua selepas kembali dari klinik, DC lihat perut Kechik semakin kembang :(


Dan pada hari ke-3, iaitu 13 April.. DC yang ketika itu berada di pejabat, dikejutkan dgn deringan telefon dari anak DC. "Mama, Kechik dah tak de"..

Keluarga DC sedia maklum keadaan DC yg akan kemurungan sekiranya sesuatu yg tidak baik berlaku terhadap haiwan kesayangan DC. Mereka akan buat apa yg patut dilakukan. Kechik tiada ketika DC pulang ke rumah.  DC terus membelai kakak2 dan abang2 Kechik yang kini tinggal 4 ekor sambil cuba memperkatakan sesuatu mengenai kehilangan adik mereka.

Apa yg DC dapat lihat hanyalah tanah yg masih merah pada pagi hari Khamis tu..



7 comments:

  1. New folower..

    Kucing pun minum RO? Rumah sy mmg ada filter Ro, dan kucing2 sy mmg minum air dr filter..
    patut la kucing sy kurang bermasalah...

    ReplyDelete
  2. salam ::EIDA:: :) Tkasih jengah ke sini. Sebenarnya air RO pun tak elok sbb dia air mati. Air yg tiada kuman tp jugak tiada faedah atau zat. Bingung jugak bila mula2 nak pilih air apa yg elok dan selamat. Akhirnya DC berpendapat, oleh kerana air RO ni tak de zat, kita dptkan sendiri tambahan zat dr apa yg kita makan spt sayuran & buahan juga supplement. DC pun dah lama langgan air RO di rumah. Syarikat dtg 2bulan sekali utk maintenance. Bkn nak promote kan? tp utk kesihatan bersama hehe

    ReplyDelete
  3. sabar ye kak DC, insyallah setiap perkara itu menguji supaya lebih tabah dan sabar.

    ReplyDelete
  4. Aunty DC,
    Kita sedihlah....Kechik, rest in peace.... purrr...meow!

    ReplyDelete
  5. tabahkan hati yer DC, DC dah buat yg terbaik..

    mungkin itu yg terbaik utk Kecik, Allah maha mengetahui

    damailah Kecik di sana..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak,

    Kucing saya pon cam mengalami mslh cam Kecik. Tp die selseme. Tido pon berdengur, nafas ikut mulut. Cam nak nanges plak ase tgk die nak tido mlm2. Hm, Nak pegi vet, xmahal ke kak. Die kuat tido.

    Hueda ( ;

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC