Thursday, February 23, 2012

Organic Pet Grass

Nyam! Nyam!

Pada mulanya DC sangkakan pet grass itu adalah catnip yang digemari kucing.  Bila diberitahu ianya rumput yang biasanya kucing makan untuk membersihkan sistem penghadaman mereka, DC begitu kagum kerana rumput di luar rumah juga boleh dikomersilkan.

Sekali lagi DC silap sebab rumput ni bukan rumput biasa yg boleh didapati diluar tumah tu, ianya sejenis tumbuhan organik yang kaya dengan klorofil, nutrisi antioxidant, vitamin A, B-complex, C, E dan K, serta set lengkap amino acid. Fuh! mcm sayur segar rupanya. Jauh lebih sihat dr rumput di luar sana yg kita tak tau tahap kualitinya, tanpa kehadiran bakteria dan parasit halus!

Jom! kita tanam sendiri rumput organik ni :)

Kit untuk menanam rumput organik haiwan peliharaan
Caranya amat mudah.


Pertamanya, tuang tanah organik ke dalam bekas atau tapak semaian plastik yang disediakan. 

Kedua, taburkan biji benih rumput ke atas tanah organik tadi.
Siram biji benih dan tanah sehingga lembap. Elakkan dari benih tenggelam dalam air.

Tutup benih tadi dengan tisu yang disediakan dan lembapkan.

Hendaklah SENTIASA lembap/basahkan tisu tersebut
sehingga  benih rumput  keluar atau bercambah.
Bila nampak benih dah keluar, buang tisu tersebut

Hasil tanaman rumput yg kaya dgn khasiatnya dapat dilihat dalam masa 8 - 14 hari

Mudahkan?  Rasa puas bila dpt menyediakan sendiri makanan berkhasiat untuk haiwan peliharaan kita.  Kdg2 org bertanya, perlu ke kita sediakan atau beri kucing makan rumput? Terdapat 2 sebab yg perlu kita renungkan:



  1. Membantu membersihkan sistem penghadaman dan mengeluarkan sisa2 gumpalan bulu (hairballs). Lazimnya selepas kucing makan rumput mereka akan memuntahkan kembali sebahagian rumput tadi bersama2 lelehan atau lendir dari dalam perut mereka.
  2. Walaupun kucing bersifat karnivor, iaitu makan ikan dan daging, sebenarnya mrk juga perlu makanan seimbang mcm kita. Kucing seperti juga anjing dan arnab perlu ambil makanan yg mempunyai serat atau fiber untuk melawaskan pembuangan najis dan mencegah sembelit.

Arnab juga menggemarinya..
Begitu juga anjing..




10 comments:

  1. info yg menarik ni kak..tq sharing...:)

    ReplyDelete
  2. mane nk beli rumput tu ek???

    ReplyDelete
  3. Nak beli kat maner ya, benihnya..? Dr diorg makan rumput ntah hapa2, baik bg makan rumput ni.... kena cari ni,

    ReplyDelete
  4. Salam.. where can i get this? Not all pet store sell this product.Thanks

    ReplyDelete
  5. err..
    yg tu guinea pig rsenye.. bukan arnab..

    ReplyDelete
  6. Salam.. sebenarnya kak DC yg jual.. dealer utk zone KL :) Boleh refer ke link ni - DEARCATS PET HOUSE

    ReplyDelete
  7. info yg sgt berguna utk cat lover..1st time dgr ade petgrass ni kak dc..anyway tqvm 4 sharing..

    ReplyDelete
  8. salam.... ade x benih Catnip?? kat maner nak cari ek...hehehe

    ReplyDelete
  9. Berapa lm dia akn muntahkan?? Sehari ke@pas mkn terus muntah

    ReplyDelete
  10. Biasa amik masa berapa lm pas mkn utk muntahkan..tq

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC