Thursday, March 22, 2012

Bagaimana bersihkan rumah dari kutu dan hama kucing?

As Salam dan apa khabar ye semua? lama dah tak menjenguk blog DC ni sampai rasa naik tebal dah telinga bila sorang demi sorang menegur blog tak update :p  Dc sangka dah tak ada yg ikuti lagi blog ni rupanya masih ada yg setia .. :) ..Sebenarnya masa agak terhad, sebagai seorang isteri, ibu, peniaga, kakitangan kerajaan dan tak kurang pentingnya penggemar kucing serta rescue kucing sana sini sikit2..

Gambar dari Wikimedia


ok la tak yah merapu, kali ni kita bincangkan masalah di atas. kisah yg ini rentetan dari artikel Bolehkah kita dijangkiti kutu kucing? bertarikh 7 Disember 2011.  Sekiranya kita dpt mengatasi masalah jangkitan kutu kucing, tidak mustahil kita akan dijangkiti  semula malah secara berturut2 kalau kita tidak membersihkan rumah kita dari kutu, hama, pinjal tersebut.  Dc pd mulanya anggap perkara ini tidak serius sbb tidak pernah berlaku pd diri sendiri tapi bila rakan2 menceritakan betapa siksanya mrk nak memusnahkan kutu dan hama yg mula 'mengambilalih' rumah mrk malah menyerang kaki mereka, ada baiknya kita kongsi bersama penyelesaiannya.


BAGAIMANA NAK TAU RUMAH DISERANG KUTU/HAMA KUCING?

  1. Yang pasti kucing kita dijangkiti kutu dan kita tidak ambil langkah membasmi juga mengamal pencegahan terhadap kucing kita yg dijangkiti kutu/hama. Oleh sebab itu, kutu dan hama bermaharajalela akan 'menyerang' dan mendiami dalam rumah kita pula.
  2. Kita diserang gatal2 di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. 
  3. Kalau tak ada tanda2 seperti no. 1 dan 2, sila buat ujian berikut - sarung setokin putih yg tinggi hingga hampir paras lutut, dan berjalan di sekitar dalam rumah. Entah mengapa, kutu amat tertarik dengan warna dan cahaya putih.  Dgn mudah kita akan dpt kesan kehadiran kutu bila lihat ada kutu melekap di setokin yg kita sedang pakai :)

Serangan kutu dan hama kucing pada kaki manusia



ANTARA LANGKAH2 MEMBASMI KUTU/HAMA KUCING DI RUMAH

Vakum

Vakum rumah kita sekurang-kurangnya 4 kali seminggu  ini dapat menyingkirkan kutu dewasa serta telor kutu. Bersihkan beg vakum dgn cermat kerana dgn membiarkan tanpa dibersihkan, kutu boleh hidup di dalam mesin vakum tersebut.

Vakum sekitar kawasan rumah terutama pd karpet dan sofa  4x sehari


Buah lemon


1. Belah/hiris 6 biji buah lemon (bukan limau) dan masukkan ke dalam air.
2. Didihkan dan biarkan sejuk selama 3-4jam supaya larutan menjadi pekat.
3. Tapis untuk buang buah lemon dan bijinya. Masukkan dlm botol spray.
4. Semburkan pada karpet, sofa, alas kaki dan tilam, tmpt di mana kutu kucing bersarang.
5. Gunakan larutan ni utk mencuci/mop lantai, kerusi dan meja dimana kutu boleh kelihatan.
6 Jgn lupa semburkan juga pd haiwan peliharaan kita :)

Kalau kita rajin menyinggah pet shop, ada juga produk semburan yang berasaskan lemon  yg boleh kita beli.



Garam


Taburkan garam dan biarkan selama 24jam.  Tindakan ini membuatkan kutu mengalami dehidrasi atau pengeringan dan mati.  Vakum. Jgn lupa bersihkan beg vakum!

Garam dikatakan berupaya memutuskan 'kitaran hidup kutu kucing'


Lilin/Lampu

Nyalakan lilin dan letakkan di dalam bekas berisi air pada dasarnya.  Atau nyalakan lampu dan letak berhampiran dengan tankungan air. Letakkan di sudut bilik dalam keadaan bergelap.  Seperti yg telah diterangkan di atas tadi, kutu amat tertarik pd warna dan cahaya putih. Kutu akan segera terbang ke arah cahaya lilin lalu jatuh ke dalam takungan air dan lemas.

Gunakan lampu suluh

Atau gunakan lilin

Flea Trap yang  menggunakan air sabun, digunakan oleh kb2rocket dlm satu thread.  Semasa gambar ini di ambil beliau memberitahu berjaya mengumpul 20ekor kutu dalam masa sejam :)


Ok, sekarang kita dah cuba bermacam2 cara seperti di atas, dan berulang kali tapi masih tak dpt menghapuskan kutu dan hama kucing?.. Jalan terakhir gunakan produk berikut :


Flea Bomb/Foggers

Produk yg popular ialah Bob Martin Flea Bomb. Agak sukar nak dapatkan produk ni di Malaysia dan hanya terdapat di pet shop terkemuka.  Pastikan kita baca betul2 arahan penggunaannya kerana ia mengandungi toxic dan sangat merbahaya pada kita dan juga haiwan peliharaan.  Simpan makanan dlm peti ais atau bersihkan sekitar, tutup alat perkakas dapur seperti rak pinggan mangkuk dgn rapat, tampal pelekat di almari makanan dan jauh atau keluarkan haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, burung dan ikan dari rumah.  Kita hanya boleh kembali masuk ke bilik atau rumah (bergantung kawasan mana yg hendak kita 'bom' kan) sekurang-kurangnya 2 jam penggunaan atau mengikut arahan yg diberikan.

Selepas penggunaan, kita kena bersihkan persekitaran dan vakum sebelum melepaskan haiwan peliharaan masuk ke dalam rumah semula.


Bayticol


Bayticol dilaporkan sangat efektif dan boleh didapati dengan harga yg murah. Produk ini mesti dicairkan/dilute terlebih dahulu. Hanya campurkan 1ml Bayticol dengan 1.5 liter air bersih. Semasa proses mencairkan larutan, kita diminta berhati-hati sebab Bayticol juga bersifat toxic dan mempunyai bau yg boleh menyesakkan hidung. Gunakan botol spray dan sembur kawasan sekitar rumah (1 liter per meter persegi), tembok dan rekahan dinding, di karpet dan sofa. Campuran ini boleh dan selamat disembur atau mandian bilasan terakhir pada badan anjing, kambing, kuda, dan kerbau.  Jangan biarkan haiwan ini menjilat campuran ini hingga campuran ini kering terlebih dahulu.  Selama proses semburan di dalam rumah, JAUHKAN HAIWAN PELIHARAAN dari kawasan semburan hingga kawasan tersebut betol2 kering.

Dan yang paling penting, TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KE ATAS KUCING dan haiwan peliharaan yang lebih kecil darinya seperti arnab dan tikus.

Boleh dibeli dari Dearcats Pet House pada harga RM22 sebotol

Sebenarnya terdapat pelbagai produk perangkap kutu yang kita tidak ketahui seperti gambar bawah.  Ada ke dijual di Malaysia ye?


Di harap tips-tips di atas boleh menyelesaikan masalah anda, dan jika ada tips yg lain boleh la share sekali ye? :)







RUJUKAN:

http://www.ehow.com/how_6530832_make-homemade-remedy-rid-fleas.html
http://www.ehow.com/how_4449163_get-rid-fleas-household-items.html
http://homebuying.about.com/od/sellingahouse/qt/Getridoffleas.htm
http://gfpuppyhousekennels.blogspot.com/2009/07/fleas-fever.html
http://fleabombs.net/

40 comments:

  1. TERIMA KASIH BANYAK2 DC ATAS TIPS YG SANGAT BERGUNA NI

    ReplyDelete
  2. Ngeoww... Wajib pergi tesco dan borong lemon untuk buat lemonade untuk cik kutu!

    ReplyDelete
  3. kalau letak n cuci dgn clorox berkesan jgk kan?

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas tips di atas, bole le saye mencube, kaki da macam ape da penuh gatal2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu..x tahan tgh mlm x boley tdo mngaru aje keja nye

      Delete
  5. Berkesan x? Ada yg dah cuba?

    ReplyDelete
  6. Tq, rumah saye diserang oleh cik kutu2 jahat..skang ni pn tgh baring2 kene gigit kt tgn kaki..geli n gatal :( nk try sembur lem0n dulu..syukran jazilan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis..dh try gune lemon x?berkesan?skrg umh sy bnyk kutuw kecik..abis bdn sy ngn ank kena gigit..tido dh x lena ..stress..gatal sana sini

      Delete
  7. huhuhu...bilik umah aku kene serang hama halus yg putih tuh. dal lapa suma brg ngan dettol tp masih ada lg...rasa cam nak bakar jer bilik tuh. lepas nih nak kene cuba cara lain plak.

    ReplyDelete
  8. Vacum setiap ari n tabur gara mkat celah kapet..dlm vakum pon letak garam..besan gak..sy da cuba...

    ReplyDelete
  9. Thanks....aku syg kucing aku...tp bini abg aku tu...songgeh byk sgt...hama melekat kt kaki dia..tp aku ok...hmm..mak aku nk bg org da...aku sygg..thankssa

    ReplyDelete
  10. thx a lot..mmg nk kne buat sbb ank sy da abis hancor 1 bdn n ats kpala sbb alergic truk..sy pn abis kaki bengkak2 kne ggit pastu dia tglkn parot yg sgt hodoh..kucing da hilang jd mudah la sy nk ambush tmpt hama /kutu ni..mngeram sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun kena 😫padahal sy xpelihara kucing pun tpi jiran

      Delete
    2. Awk pakai apa utk hilang kn parut tu

      Delete
  11. THNX A LOT FOUR YOUR INFORMATION...LEPAS NIE ASANYA XDENGAR DAH LETERAN MAK,.HEHEE

    ReplyDelete
  12. Apakah kutu kucing bisa hidup di rambut manusia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ble... lagi dasyat kalo kena ngan kutu kucing..nak2 yg jenis hama halus tu. Sepupu sy sampai botak kepala dia kena serangan hama tu..

      Delete
  13. Asslmualaikum selain dari lemon ap lgi yg sesuai? Limau nipis tk bolehke? Knp limau tk boleh?

    ReplyDelete
  14. Thanks berkongsi pengalaman semua. Skng giliran sy kena gatal2, tak tau punca. Isnin ni baru nk diagnos. Mudah2an bukan fungus...Tp dh plan nk cuci satu rumh dgn clorox, sbb kucing bukan sikit, 21 ekor beb, skng sdng kuarentinkn mereka.

    ReplyDelete
  15. Teeeeerrriiiiiimmaaaaaakkaaaaaasssiiiiih banyak banyaaaaaak untuk DC...saya orang jakarta sangat berterimakasih atas informasinya..!!!!!!!!!TERIMAKASIH BANYAAAAK

    ReplyDelete
  16. terima kasih banyak2.. info sgt berguna..

    ReplyDelete
  17. Saya dah cuba mcm2 cara..

    1) sembur dgn ridsect nyamuk
    2) bedbug spray - beli kat giant
    3) sembur dgn ridsect lipas
    4) sembur dgn serai wangi
    5) basuh cadar,baju dgn dettol.. skang try sabun TOP utk anti-mites (x tau lah ok ke tak)

    semua tak menjadi..skang guna iron steamer lepas spray guna serai wangi kat tilam... harap2 menjadi. Kalau tak mmg bakar terus lah tilam ni... nak jemur tilam? Mmg tak lah sbb tilam berat yg amat..

    ReplyDelete
  18. Ubat organik ( 013-3604802)
    digunakan untuk membunuh hama,lalat,semut,lipas....
    sebotol RM 23 (berat 750 ml )

    ReplyDelete
  19. Skg ni saya jg kena kutu.kucing jiran bela. Haish.. siap beli lemongrass burner oil. Sblum ni dah try mcm2. Mari cuba yg mudah dulu.. lemon dan kaedah garam.

    ReplyDelete
  20. Skrg aku diserang kutu kucing.. tp aku bukan kucing. Jilake pnye kutu

    ReplyDelete
  21. MaliaN...berkesan x..
    Sy baru je jd victim kutu ni TT

    ReplyDelete
  22. Tq Dc. I just bought frontline combo spot on cat for my 14 cats and also frontline spray.

    ReplyDelete
  23. kaki aku habis xlawa dah... .memang natang kutu fleas tu jahat weiiii.... macam² cara dah gune xmenjadiiii, dettol pun mop still ade lagi... rimasss aku. .. huaaaa sedih

    ReplyDelete
  24. Saya kemas bilik siap skrg ni dlm satu hri dua kali aku kne.

    ReplyDelete
  25. Setiap thn bln yg sama, mesti kena serangan kutu kucing.. stress rasanya

    ReplyDelete
  26. Saya guna bukhoor, mende apa tu. Dia pewangi bentuk asap macam kemenyan, tapi bukan kemenyan. Sebab saya guna dia wangi sangat dan selain hama, bau bau tak menyenangkan juga boleh bantu utk hilangkan. Yelah kadang kencing kucing berak ni semua susah hilang, org dtg rumah dia rasa tak selesa kita pulak bau. Jadi bukhoor ni menjadi buang bau bau hanyir kucing ni. Dan bau kucing ni buat kita bersin bersin, bukhoor ni boleh hilangkan tu semua. Saya pernah cuba macam macam jenama, tapi paling efektif lah saya guna dari The Mabkhara www.themabkhara.com ata boleh search saja di facebook "The Mabkhara" agent dia pun ramai. Selamat Mencuba

    ReplyDelete
  27. Sy baru kena habis kaki n badan merah2 ada x cara yg lebih berkesan 😪

    ReplyDelete
  28. Jom beli garam banyak2. Letak dlm dan luar rumah pastu bersihkan ....

    ReplyDelete
  29. tak masalahnya sya bkn kt kaki..habis satu badan kena..wekkkk..akibat suka peluk kucing

    ReplyDelete
  30. Kalau pakai detol bole? Untuk mop lantai..

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC