Thursday, June 14, 2012

Home Remedies - Kucing Sembelit (Constipation)

Maksud Sembelit pada kucing

Gangguan pada sistem pencernaan/penghadaman haiwan tersebut di mana ia mengalami pengerasan najis (kumuhan) yang berlebihan sehingga sukar dikeluarkan dan seterusnya menimbulkan rasa sakit pada perut dan juga sakit ketika cuba mengeluarkan najis.



Tanda-Tanda/Simptom Sembelit

  • Tidak buang air besar lebih dari 2 hari
  • Kerap ke litter box atau bilik air tapi tidak mengeluarkan najis
  • Kucing tunjuk sikap tidak selesa
  • Asyik menjilat punggungnya
  • Menjerit/Berbunyi kuat sewaktu dalam posisi mencangkung
  • Murung
  • Hilang selera makan
  • Lesu
  • Muntah2
  • Kurang berat badan
  • Gagal berdandan (groom) sendiri/ bulu kusut
  • Keluar cairan dalam kuantiti yg sikit dari rektum/dubur

Rawatan Home Remedies untuk Kucing Sembelit

Keberkesanan menggunakan rawatan dari dapur untuk penyakit sembelit pada kucing lazimnya boleh dilihat dalam 1-2 hari dan sesetengah kes hanya dalam beberapa jam sahaja.  Sekiranya anda berasa was-was dan tidak yakin, segera la bawa kucing anda ke klinik veterinar berdekatan.  Sebelum anda menggunakan rawatan ini, harap anda dapat pastikan bahawa kucing anda benar2 mengalami simptom sembelit dan bukannya kerana terdapat objek keras/asing atau tajam menghalang pembuangan najis, yang hanya dapat dikeluarkan secara surgeri.




Labu

Kekurangan serat (fiber) dalam diet mengakibatkan sembelit. Adalah elok kita selalu cek label makanan untuk mengetahui kandungan serat dalam satu2 produk yg kita beli. Buah atau sayur labu sememangnya kaya dgn serat (fiber) yg kita tahu sangat baik untuk kucing yang menderita kerana sembelit.

Caranya, potong kecil dan rebus dalam air bersih. Masukkan 1-2 suduh teh labu rebus yang dilenyek ke dalam makanan basah kucing 2-3 kali sehari.





Susu

Biasanya susu lembu mengandungi laktosa yang boleh mengakibatkan kucing cirit birit (diarrhea). Tapi jika kucing anda mengalami sembelit, adalah dicadangkan diberi susu lembu yang suam sebanyak dua kali sehari. Pantau kucing dengan memberi 1/8 cawan atau 2 sudu teh susu pada waktu pagi dan juga pada waktu malam. Hentikan pemberian susu serta merta bila kucing tidak lagi sembelit.





Gel Pelincir (Petroleum Jelly)

Jenama popular - Vaseline, merupakan contoh terbaik gel pelincir yang kita boleh guna untuk merawat kucing sembelit. Molekul dalam gel ini terlalu besar utk menyerap dalam darah kucing, bermakna ia hanya melalui sistem penghadaman sahaja. Dalam perjalanan gel ini menyalut apa sahaja yg terdapat dalam sistem. Salutan membantu mencegah najis dari mengering dan seterusnya melicinkan perjalanan najis untuk keluar dengan mudah.

Beri ½ - 1 sudu teh jeli ini setiap hari dalam membantu melonggarkan najis dalam ususnya. Boleh diberi secara terus ke mulut kucing, Jika kucing anda enggan, cubalah sapukan gel ini pada tapak tangannya supaya dia terpaksa menghilangkannya dengan menjilat.

NOTA: pemberian gel mengganggu penyerapan nutrisi/khasiat makanan. Lebih elok diberikan sebelum waktu makan atau ketika perut kosong.






Trim Bulu Kucing

Sekiranya anda mempunyai kucing berbulu panjang, trim atau potong bulu di sekitar punggung atau yg berdekatan dengan dubur kucing.  Percaya atau tidak ianya membantu mencegah sembelit. Bulu kucing yang panjang boleh masuk dan bersimpul dalam dubur dan seterusnya mengakibatkan sembelit.


Rawatan Moden


Metamucil

Adalah penting kita campurkan metamucil ini dengan makanan basah kerana agak sukar diberikan begitu sahaja pada kucing.  Pastikan campuran itu sebati. Berikan 1/4 - 1 sudu teh setiap hari hingga dapat dilihat keberkesanannya.



Laksatif/Julap

Laksatif (laxative) seperti jenama Laxapet Gel dan Laxatone ini sering digunakan untuk kucing yang menghadapi muntah bulu atau hairball dan melawaskan kucing sembelit.  Berikan 1/4 - 1/2 teaspoonful 2-3 kali seminggu.

Enemas

Enema merupakan sejenis larutan yang digunakan secara memasukkannya ke dalam rektum kucing. Cecair ini berfungsi melonggarkan najis yg keras dalam usus. Bagaimanapun kita tidak digalakkan melakukannya tanpa nasihat veterinar.



Langkah-langkah Pencegahan Sembelit



Bekalan Air Bersih

Air membekalkan keperluan hidrasi bagi membantu penghadaman. Secara amnya kucing memang tidak minum dengan banyak kerana ia merupakan habitat semulajadi mereka. Lebih malang, kita sentiasa membekalkan mereka dgn makanan atau biskut kering (kibbles). Kita sebagai pemilik kucing haruslah menyediakan air bersih di beberapa tempat untuk menggalakkan mereka minum.

PET WATER FOUNTAIN


Bagi kucing yg cerewet tentang minuman, menyediakan pet water fountain (air yg sentiasa mengalir) dapat menarik perhatian kucing ini.

Pemberian makanan basah dalam diet kucing juga dapat mengelakkan kucing dari sembelit.




Aktiviti Fizikal/Senaman

Bermain dengan kucing2 anda membantu memudahkan proses penghadaman mereka.  Kurang menjalani aktiviti fizikal menyumbang kepada penyakit sembelit seperti kucing yg hanya duduk sepanjang hari mahupun kucing berusia (tua).  Dengan senaman, pergerakan dapat merangsang dan menjadikan usus lebih sihat.




Dandan Kucing Anda

Sikat kucing anda terutama yang berbulu panjang sekurang-kurang sekali sehari


Sebenarnya ada beberapa lagi cara home remedies yang boleh diberi untuk merawat sembelit seperti :

Ikan tuna dengan minyak dalam tin (tuna packed with oils) - harus diingat, jika kita silap membeli, ikan tuna dalam tin kadangkala mengandungi tahap bahaya merkuri dan bahan toksin yang lain. Satu dos berkemungkinan tidak merbahayakan pada kucing yg normal tetapi tidak boleh langsung diberikan kepada kucing yang mengalami kegagalan buah pinggang berfungsi yg kronik (chronic renal failure).

Kulit Oat (Oat Bran) - Taburkan ½ sudu teh setiap hari ke dalam makanan basah kucing.


Makanan Berkuah (Broth) - Sediakan makanan berkuah seperti sup ayam tanpa garam. Campurkan sedikit metamucil, kulit oat atau minyak zaitun. Bukan sahaja kucing anda mendapat makanan berserat malah kuah membantu kucing dari mengalami dehidrasi/pengeringan yang membawa kepada sembelit.

Pengurusan Stres (Stress Management) - Agak lucu bila kita harus mempraktikkannya pada haiwan tersayang :) Tapi sebenarnya kadangkala ia perlu. Bayangkan jika anda gagal membersihkan litter box kucing anda dengan baik. Ini menyebabkan kucing anda mengalami stres lantas malas atau enggan menggunakannnya. Kucing yang cerewet tentu akan menahan diri untuk membuang najis yang menjurus kepada sembelit!


AMARAN: Apabila anda memberi ubat cecair, pastikan dropper atau picagari telah dicuci bersih dan dibilas menggunakan air panas dan sabun. Keringkan terlebih dahulu sebelum memberi ubat cecair untuk dos seterusnya.




RUJUKAN:



3 comments:

  1. salam..boleh saya bertanya?kitten saya dia makan wet food tapi ada symptom2 sembelit macam yg cik list tu.apa perlu saya buat?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih! Sgt membantu! Kucing saya ada simpton2 yg tuan bgtau. Sgt merisaukan.

    ReplyDelete
  3. kucing saya sembelit dah cuba pelbagai cara seperti yg dinyatakan di atas tetapi tidak berjaya apakah yg harus dilakukan?

    ReplyDelete

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC