Bila anda cuba tukar makanan kucing yang baru seperti jenama A, semua kucing mengalami diarrhea/cirit dan muntah walaupun mereka suka dengannya. Apa yg dah berlaku? jenama A dah diiktiraf jenama yg terbaik tp kenapa kucing anda tak boleh terima? Lantas, secepat kilat anda 'mark' atau 'reject' jenama tersebut dan melabelkannya tidak sesuai dgn kucing2 anda. Lebih menghampakan, bila anda yakin jenama A itu yg terbaik, anda beli pula pek yg besar sekali. Terasa sangat membazir kan?..
KENAPA TUKAR MAKANAN KUCING YG BARU?
- Bosan dgn hanya satu jenis makanan;
- Terdapat makanan yg lebih baik dari yg sedang digunakan;
- Perubahan Diet kerana masalah kesihatan seperti alahan (allergy), sakit buah pinggang (kidney disease) dan obesiti
Sebenarnya tidak semua kucing boleh bertolak ansur atau cepat sesuai dgn makanannya, apatah lagi kalau kucing tu cerewet (finicky eater) dgn pemakanannya. Beruntung lah mereka yg mempunyai kucing yg boleh 'telan' apa saja makanan yg diletak di hadapannya. DC pernah alami keadaan spt ini ketika mula2 pelihara kucing dulu, kerana kurang pengetahuan mengenainya. Rupa2nya.. ada cara atau tips utk anda beri atau perkenal makanan baru atau jenama lain dari yg biasa anda gunakan, jom kita ikuti cara yg diberikan oleh Dr. Richard H. Pitcairn, DVM, PhD :
1. BERANSUR-ANSUR (Gradually)
Apabila diet pemakanan bertukar secara tiba-tiba, kucing yg mempunyai perut sensitif mungkin mengalami cirit-birit sementara atau tiada selera makan. Dengan memperkenalkan makanan baru secara beransur-ansur, anda boleh mengurang atau mengelak masalah kucing enggan makan dan kemungkinan wujudnya rasa tak selesa pd kucing. Cara ini bukan hanya membantu membiasakan kucing dgn rasa dan bau makanan baru tetapi juga memberikan sedikit masa kpd sistem penghadaman kucing menyesuaikan diri.
Campurkan makanan lama dengan makan baru utk selama 4 - 10 hari. Selalunya syarikat pengeluar makanan kucing mencadangkan pemberian makanan selama 7 hari. Ada kucing yg dpt menyesuaikan diri hanya dlm masa 4 hari dan ada yg teramat cerewet mengambil masa 10 hari ke atas.
Ratio pemberian makanan baru kepada kucing |
Jika anda tau kucing anda jenis cerewet mahupun mempunyai perut AMAT sensitif, mulakan pemberian makanan dgn hanya 1 sudu makan shj. Sekiranya kucing anda masih enggan menyentuh makanan baru, cuba beri menggunakan tapak tangan anda (hand feeding). Ada pemilik kucing yg mencampurkan salivanya kpd makanan baru ini utk diberikan kepada kucingnya. Motif? Didapati kucing memberi respon yg positif terhadap makanan manusia :)
Hand Feeding |
Perhatikan najis kucing selepas pemberian, sekiranya tiada perubahan yg negatif atau pembuangan najis adalah tahap normal, anda boleh tambahkan persen ratio pemakanan pd keesokan harinya. Begitulah seterusnya, hingga anda dapat tukarkan kepada tahap 100% diet pemakanan yg baru.
Tahap kesukaran memperkenalkan kucing kepada makanan kering (kibbles) daripada makanan basah (wet or can food) adalah tinggi. Oleh sebab itu, kesabaran amat diperlukan dlm menangani masalah spt ini.
Sentiasa bekalkan air yg bersih.
2. PUASAKAN KUCING ANDA BEBERAPA HARI:
Sesetengah pemilik kucing diakui mmg takut dgn idea memuasakan kucing. Ingatlah kucing merupakan haiwan karnivor, mrk boleh hidup dgn hanya makan sekali dlm masa 24 jam spt kucing liar. Kenyataannya, oleh sebab kucing tinggal dgn manusia, jadual pemakanan mrk mengikut manusia juga iaitu 3x sehari. Jadi, jgn la terlalu bimbang untuk memuasakan kucing anda :)
Cara atau kaedah ini boleh merangsang selera, membantu membersihkan usus dan mengurang atau menyingkir tabiat pemakanan yg lama.
Untuk puasakan kucing, penjagaan yg sihat amat perlu seperti sentiasa membekalkan air yg bersih, keadaan yg aman, akses keluar rumah dan eksesais/senaman yg secukupnya.
Caranya :
Puasa Sekerat Hari (6-12jam). Beri makan makanan lama dlm kuantiti yg sedikit dgn menambah sedikit ayam, daging atau ikan.
Puasa Air pd hari yg kedua hingga ke-3, dgn membekalkan air bersih di beberapa tempat. Beri minum air jus atau kuah sup daging atau ayam (tanpa isi ayam atau daging). Buka puasa dgn memberikan isi ayam atau ikan/daging kpd sup tadi.
Pd hari yg seterusnya, teruskan puasa air dan beri makanan basah dgn makanan tambahan (supplement) tp masih dlm kuantiti yg sedikit. Ketika ini selera kucing akan bertambah secara semula jadi dan berkemungkinan utk makan apa saja yg ada di hadapannya. Dan ketika ini lah, anda boleh perkenalkan makanan baru kpd kucing anda.
3. KOMPROMI (Compromise):
Anda telah cuba cara pertama (beransur-ansur) dan juga yg ke-2 (puasa) tetapi kucing anda masih enggan mengubah ke diet yg baru. Malah kucing anda sanggup berlapar sehingga jadi kurus kerana masih mahukan makanan lama yg telah biasa dgnnya.
Menurut Dr. Richard H. Pitcairn, DVM, PhD - anda hendaklah berkompromi. Lazimnya kucing seperti ini, sering di'adopt' dari seseorang atau didapati dari pusat kurungan atau perlindungan haiwan yang telah biasa mahupun sebati dgn diet pemakanan yg lama.
Berkompromi, maksudnya gunakan makanan lama dalam kuantiti yg sedikit atau separuh dan campurkan dengan makanan yg baru. Contohnya, sebelum ni kucing anda suka dgn makanan komersil yg kita tahu tidak byk khasiat seperti makanan premium. Anda hendaklah beralah dan gunakan makanan lama itu dan blend dgn makanan baru. Jika kucing anda suka dengan makanan tuna dalam tin, campurkan sedikit tuna tersebut dalam sup ayam tanpa garam yg anda telah masak.
Makanan tin (can food) yg dicampur dgn kibbles |
Atau kucing anda telah biasa dengan ayam rebus sebelum ini dan anda ingin tukar kepada makanan kering, campurkan sedikit ayam rebus yg telah diracik halus ke dalam makanan kering tersebut. Tetapi, anda harus ingat, makanan basah tidak boleh terdedah kpd udara lebih dari 3 jam sbb bakteria mudah hinggap dan seterusnya mengakibatkan sakit lain pd kucing anda seperti cirit birit.
Anda juga boleh blend secara kasar untuk berkompromi |
Contoh lain, jika kucing anda suka dgn makanan kering jenama SmartHeart, campurkan sedikit makanan tersebut ke dalam makanan baru (seperti jenama Orijen atau jenama First Class) dan kekal seperti itu.
Jika nasib anda baik, lama kelamaan hidung kucing anda akan mula melupai bau makanan lamanya. Jika tidak, kekalkan kaedah berkompromi. Org kata 'give and take' la :)
tq kak for this info
ReplyDeletehahaha.. btol btol btol ^^
ReplyDeleteSaya memang sedang dlm dilema dgn kucing exotic shorthair yg dibeli dari seorang breeder...dia dah ajar kitten mkn makanan wet food..sampai sekarang dia tak nak makan dry food...saya dah cuba berbagai jenama bermula dgn blackwood diikuti royal cannin, iams dan terakhir sekali orijen..semua ditolak mentah2...dia hanya nak wet food...susahla kalau ada seminar yg kena stay 1hari atau lebih...kat rumah tak der sesiapa...huhuhh
ReplyDeleteNak minta tolong...baru-baru ni saya ada jumpa seekor anak kucing yg ditinggal ibu. betul2 kecik macam baru sebulan dua umurnya..rasanya still tak bercerai susu ibu. saya cuba bagi susu yang dibancuh tapi dia taknak, bagi makanan kering dan basah pun tak nak..risaunya..saya takut dia mati kebulur je..
ReplyDelete